backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bagaimana Kaunseling Pasangan Membantu Dalam Perhubungan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    Bagaimana Kaunseling Pasangan Membantu Dalam Perhubungan

    Mempunyai pasangan dan tinggal bersama, melalui jatuh dan bangun dalam kehidupan bukanlah perkara mudah. Dan apabila ia tiba kepada perkahwinan dan membina keluarga bersama, ia hanya akan menambah komplikasi. Apabila segalanya hampir mula goyah, ia pasti akan menjejaskan kesihatan dan kebahagiaan. Ramai individu yang cuba menangani masalah yang wujud secara sendiri, sedangkan sebenarnya ada kebaikan jika kita mendapatkan bantuan dari luar. Antara pilihan yang ada, adalah dengan mendapatkan khidmat kaunseling – terapi bicara yang direka untuk membantu individu dalam perhubungan.

    Apa itu kaunseling pasangan?

    Kaunseling pasangan (panduan perkahwinan) adalah satu bentuk terapi yang direka untuk memperbaiki dan menyelesaikan isu-isu dalam hubungan intim. Kaunselor yang menawarkan terapi ini harus mempunyai latihan relevan dan bersesuaian untuk membantu bekerja secara dinamik dengan pasangan.

    Berkaitan teknik yang digunakan, ada beberapa tugasan yang memerlukan anda menyelesaikannya dalam sesi kaunseling anda. Walau bagaimanapun, ramai kaunselor juga meminta anda melakukan ‘tugasan rumah’, sama anda melakukan tugasan tertentu atau berbincang mengenai perkara yang spesifik apabila sampai di rumah. Apabila tiba sesi seterusnya, anda akan dapat bercakap mengenai tugasan yang diberikan, berbincang mengenai cabaran yang anda hadapi dan apa yang anda dan pasangan rasai ketika menyelesaikan tugasan tersebut.

    Masalah biasa sering berlaku

    Terdapat pelbagai masalah yang boleh membawa anda kepada kaunseling pasangan, ia bermula dari salah faham dalam berkomunikasi sehingga kecurangan dalam perhubungan. Antara masalah lain yang sering berlaku antara pasangan adalah:

    • Kurang kepercayaang yang membawa kepada ketidakpercayaan
    • Kurang komunikasi
    • Cemburu
    • Penkhianatan atau curang
    • Masalah kewangan, atau berkaitan kerja
    • Perhubungan seksual
    • Campur tangan keluarga
    • Perbezaan objektif
    • Perbezaan cara keibubapaan

    Bagaimana kaunseling boleh membantu pasangan?

    Setiap situasi perhubungan adalah unik, dan berbincang dengan profesional adalah satu langkah yang membantu. Selain itu, matlamat keseluruhan kaunseling pasangan adalah untuk:

    • Berkomunikasi dengan lebih efektif
    • Menyedari bagaimana perbincangan adalah penting
    • Membayangkan masa lalu dan bagaimana mencorakkan haluan akan datang
    • Memahami bagaimana faktor dalaman seperti nilai kekeluargaan, agama, gaya hidup dan kebudayaan memberikan kesan kepada hubungan
    • Bertolak ansur dan menyelesaikan masalah sebaik mungkin selagi termampu

    Sementara sesi kaunseling anda dalam progres, anda dan pasangan mungkin dapat mencari jalan untuk mengatasi masalah atau membuat keputusan untuk berpisah. Tidak kira yang mana satu, kaunseling akan memberikan anda ruang untuk meluahkan apa yang anda rasa dan mempertimbangkan tentang apa yang anda mahukan pada masa depan untuk anda dan pasangan.

    Setiap pasangan adalah berbeza. Oleh itu, memilih waktu yang tepat untuk mendapatkan bantuan adalah bergantung kepada jenis masalah yang anda hadapi. Sekiranya anda risau mengenai perhubungan dan merasa keliru bahawa anda tidak mampu untuk menyelesaikannya sendirian, ia bermakna anda memerlukan bantuan kaunseling pasangan.

    Untuk sesetengah pasangan, kaunseling dianggap ‘cara terakhir’ untuk menyelamatkan hubungan/perkahwinan. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menunggu segalanya sehingga segalanya menjadi terlalu kritikal. Sebaliknya, terdapat ramai pasangan menyertai sesi terapi ini sebagai cara untuk menyelamatkan perhubungan agar kekal sihat dan menangani sebarang kebimbangan yang mungkin mengugat perhubungan dalam masa hadapan.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan