backup og meta

11 Tanda Dengkuran Anda Itu Petanda Bahaya! Ia Mungkin Boleh Bawa Maut?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/07/2023

    11 Tanda Dengkuran Anda Itu Petanda Bahaya! Ia Mungkin Boleh Bawa Maut?

    Rasanya, ramai yang tidak tahu bahawa mungkin ada bahaya tidur berdengkur lebih-lebih lagi jika ia berlaku dengan kerap. Jom baca artikel untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur Berkualiti, anda boleh klik di sini.

    Apa punca tidur berdengkur?

    Dengkuran adalah bunyi serak atau keras yang berlaku ketika udara mengalir melalui tisu relaks di leher, lalu menyebabkan tisu tersebut bergetar ketika anda bernafas.

    Hampir semua individu mengalami masalah berdengkur, tetapi bagi sesetengah individu, ia boleh jadi satu masalah yang kronik.

    Kadangkala, bahaya tidur berdengkur juga mungkin menunjukkan keadaan kesihatan yang serius. 

    Dengkuran dan apnea tidur obstruktif (OSA)

    bahaya tidur berdengkur

    Dengkuran seringkali dikaitkan dengan satu gangguan tidur yang disebut sebagai apnea tidur obstruktif atau OSA.

    Bukan semua individu yang berdengkur memiliki OSA, tetapi sekiranya dengkuran yang berlaku diikuti dengan simptom-simptom di bawah, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan bagi menentukan sekiranya anda memiliki OSA atau tidak.

    • Pernafasan terhenti semasa tidur
    • Rasa mengantuk yang berlebihan di siang hari
    • Kesukaran untuk memberikan tumpuan
    • Sakit kepala pada waktu pagi
    • Sakit tekak ketika bangun daripada tidur
    • Tidur yang tidak selesa
    • Tercungap-cungap atau tersedak ketika tidur
    • Tekanan darah tinggi
    • Sakid dada pada waktu malam
    • Bunyi dengkuran yang amat kuat
    • Dalam kalangan kanak-kanak, berlaku masalah berkaitan kelakuan, perhatian yang kurang baik dan juga prestasi yang kurang memberangsangkan di sekolah

    OSA sering dicirikan melalui dengkuran yang kuat dan diikuti dengan tempoh senyap apabila berhenti bernafas atau hampir berhenti.

    Individu yang mempunyai OSA biasanya mengalami pemberhentian seketika apabila bernafas secara perlahan atau berhenti bernafas sekurang-kurangnya sebanyak lima kali bagi setiap jam waktu tidur.

    Bahaya tidur berdengkur boleh bawa maut?

    bahaya tidur berdengkur

    Bahaya tidur berdengkur secara umumnya tidak menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, jika ia melibatkan atau berkaitan dengan OSA, anda mungkin berisiko untuk mengalami kematian.

    Persatuan Apnea Tidur Amerika Syarikat menganggarkan sekitar 38,000 individu di Amerika Syarikat meninggal dunia setiap tahun akibat daripada penyakit jantung dengan apnea tidur sebagai faktor komplikasi. 

    Individu yang mempunyai apnea tidur atau OSA memiliki kesukaran untuk bernafas atau berhenti bernafas dalam tempoh yang pendek setelah tidur.

    Walau bagaimanapun, ia sering tidak didiagnosis. Berpandukan Persatuan Jantung Amerika, 1 dalam setiap 5 individu dewasa mempunyai apnea tidur pada tahap yang tertentu dan ia lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita.

    Kanak-kanak juga tidak terkecuali untuk mempunyai apnea tidur ini. Apnea tidur boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius jika tidak dirawat.

    Ia boleh memburukkan beberapa keadaan kesihatan yang mengancam nyawa, seperti:

    Bahaya kondisi apnea tanpa mendapatkan rawatan

    Apnea tidur menyebabkan hypoxia, iaitu tahap oksigen yang rendah dalam tubuh. Apabila keadaan ini berlaku, tubuh anda akan menjadi stres dan memberi reaksi dengan respon tindak balas tekanan akut.

    Ini kemudiannya menjadikan jantung anda berdegup dengan lebih laju dan menyempitkan arteri jantung. Antara kesannya termasuklah:

    • Tekanan darah yang lebih tinggi
    • Kadar degupan jantung yang lebih tinggi
    • Jumlah aliran darah yang meningkat
    • Lebih banyak berlakunya keradangan dan stres

    Kesan-kesan yang berlaku ini akan meningkatkan risiko masalah-masalah kardiovaskular.

    bahaya tidur berdengkur

    Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine pada tahun 2010 menemui, seseorang individu yang mempunyai apnea tidur berpotensi mempunyai peningkatan risiko untuk mengalami strok sehingga dua atau tiga kali ganda. 

    Kajian yang dilakukan pada tahun 2007 oleh Yale School of Medicine pula menyatakan apnea tidur boleh meningkatkan risiko untuk mendapat serangan jantung atau kematian sehingga 30% dalam tempoh empat atau lima tahun.

    Manakala kajian yang dijalankan pada tahun 2013 yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Cardiology menyatakan, individu yang mempunyai apnea tidur mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kematian akibat komplikasi berkaitan jantung.

    Kajian tersebut juga mendapati bahawa bahaya tidur berdengkur atau apnea tidur juga boleh meningkatkan risiko kematian jantung secara tiba-tiba.

    Anda akan lebih berisiko jika mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

    • Berumur lebih daripada 60 tahun
    • Mempunyai 20 atau lebih episod apnea dalam setiap jam tidur anda
    • Mempunyai tahap oksigen darah yang kurang daripada 78% semasa anda tidur

    Jadi, bahaya tidur berdengkur itu benar berbahaya dan jika ia kerap berlaku kepada anda, segera berjumpa doktor ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan