VR Boleh Bantu Merawat Keadaan Berkaitan Neurologi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Bermain permainan melalui penggunaan realiti maya atau virtual reality (VR) boleh menjadi alat untuk merawat individu yang mempunyai masalah berkaitan neurologi seperti autism, schizophrenia dan penyakit Parkinson. Berpandukan kajian yang dijalankan oleh University of Waterloo, Kanada, bermain permainan melalui teknologi VR boleh membantu seseorang individu yang mempunyai masalah ini mengalihkan persepsi mereka terhadap masa, yang mana keadaan masalah tersebut membawa mereka untuk melihat secara berbeza.

Seorang penyelidik yang juga felo pasca kedoktoran dalam bidang kinesiologi, Seamas Weech berkata, keupayaan untuk menganggarkan peredaran masa dengan ketepatan adalah asas kepada keupayaan kita untuk berinteraksi dengan dunia. Tetapi, bagi sesetengah individu, ‘internal clock’ mereka tidak diselaraskan, menyebabkan kekurangan masa yang mempengaruhi persepsi dan tindakan. Kajian ini membantu manusia untuk memahami bagaimana kekurangan ini mungkin diperoleh, dan bagaimana untuk menentu ukur semula tanggapan masa di dalam otak.

Kajian yang bertajuk ‘Movement-Contingent Time Flow in Virtual Reality Causes Temporal Recalibration’ ini melibatkan 18 orang perempuan dan 13 orang lelaki dengan penglihatan normal dan tidak mempunyai gangguan deria, muskuloskeletal atau neurologi. Para penyelidik menggunakan permainan VR, Robo Recall, untuk mewujudkan persekitaran semula jadi di mana untuk menggalakkan penentu ukuran semula persepsi masa. Manipulasi utama kajian ini adalah para penyelidik menggabungkan kelajuan dan jangka waktu peristiwa visual dengan gerakan tubuh peserta.

Para penyelidik mengukur keupayaan persepsi masa peserta sebelum dan selepas mereka terdedah kepada tugas VR yang dinamik. Sesetengah peserta juga menyelesaikan tugas persepsi masa yang bukan berbentuk VR, seperti membaling bola, untuk digunakan sebagai perbandingan kawalan. Para penyelidik mengukur tempoh sebenar dan yang dirasakan oleh siasatan bergerak dalam tugas persepsi masa. Mereka mendapati bahawa manipulasi VR dikaitkan dengan pengurangan ketara dalam anggaran masa peserta, iaitu sekitar 15 peratus.

Menurut Weech, kajian ini menambahkan bukti yang lebih bernilai yang mana persepsi masa adalah bersifat fleksibel, dan VR bertindak sebagai alat bernilai yang berpotensi untuk menentu ukur semula masa di dalam otak. VR turut menawarkan aplikasi yang menarik untuk inisiatif pemulihan yang memberi tumpuan kepada bagaimana persepsi masa bertebaran dalam populasi tertentu. Walau bagaimanapun, Weech menyatakan bahawa kesan VR tersebut masih kuat semasa kajian tersebut dijalankan, dan kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengenal pasti berapa lamakah tempoh masa kesan tersebut bertahan, dan adakah sekiranya isyarat ini boleh diperhatikan di dalam otak. Dan untuk membangunkan aplikasi klinikal, kajian perlu mengetahui sama ada kesan tersebut bertahan dalam jangka masa minit, hari atau minggu selepas itu.

Salah seorang penyelidik, Michael Barnett-Cowan menyatakan bahawa, VR pada masa kini mengubah pengalaman kita berkenaan ruang dan waktu, yang membolehkan penyelidikan asas berkaitan persepsi untuk memaklumkan pemahaman kita tentang bagaimana populasi otak normal, tercedera, berusia dan berpenyakit bekerja dan bagaimana mereka boleh dirawat untuk bertindak secara optimum.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 1, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut