Berapa Lama Bahan Solekan Bertahan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 3 minit bacaan

Bagi sesetengah wanita, menyolek dan mengubah penampilan wajah mereka adalah sumber kebahagiaan. Mereka gemar mewarnakan bibir dan melukis kening, menutup kedutan dan jerawat dengan bedak asas cecair. Solekan adalah cara untuk wanita mengekspresikan dirinya, agar kelihatan lebih cantik dan lebih yakin. Malah, di sesetengah syarikat, pekerja wanita diwajibkan memakai solekan setiap hari. Gincu, eyeliner, maskara, bedak asas adalah keperluan wajib dalam beg solek mereka.

Tidak semua produk solekan meletakkan label tarikh luputnya. Ini membuatkan anda perlu memberi perhatian lebih untuk menentukan masa untuk membuang dan menggantikan produk anda. Ini juga bergantung kepada cara penyimpanan solekan dan sama ada ia mempunyai kesan sampingan atau jangkitan apabila digunakan. Bahan solekan anda berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan bakteria. Tulis tarikh pembelian pada produk solekan anda jika anda sering kali sukar mengenal pasti masa sah penggunaan produk.

Maskara (3-4 bulan)

Secara keseluruhannya, maskara adalah produk yang paling perlu diwaspadai kerana bakteria mudah tumbuh apabila dibuka dan batangnya dikembalikan ke dalam tiub. Buang maskara anda selepas empat bulan penggunaan atau apabila terdapat bau seperti petrol yang ketara, dan ganti dengan yang baru. Dalam sesetengah kes, sekiranya maskara kering sebelum 90 hari, jangan menambah air untuk melembapkannya kerana ini boleh meningkatkan bakteria pada maskara yang menyebabkan kerengsaan seperti kemerahan, gatal-gatal, atau dan ketumbit. Lebih baik anda membuang semua solekan mata dan bekasnya sebelum bakteria tersebar keluar dan semakin teruk.

Eyeliner (3 bulan)

Solekan sederhana boleh dicantikkan lagi dengan penggunaan sedikit eyeliner, sama ada pensil atau cecair. Ramai wanita didapati bersalah apabila tinjauan menunjukkan bahawa eyeliner harus diganti setiap tiga bulan, kecuali eyeliner pensil. Walau bagaimanapun, demi mata anda, menjaga mereka lebih lama dapat menyebarkan lebih banyak bakteria dan mengalami kerengsaan berdekata bahagian sensitif mata anda. Kes konjunktivitis, kegatalan dan kemerahan yang teruk, pasti akan mengganggu penglihatan anda dan beberapa aktiviti anda. Untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan seperti itu, tajamkan pensil sebelum menggunakannya.

Bedak Asas Cecair (6 bulan – 1 tahun)

Bakteria suka produk berasaskan air. Sebaik sahaja penutup bedak asas dibuka, ia boleh bertahan selama setahun. Jangan celup jari anda ke dalam botol bedak asas cecair, jauhkan daripada persekitaran haba dan lembap. Haba boleh mempercepat pertumbuhan parasit  dan mengubah bau atau warna yang boleh menyebabkan kerengsaan.

Concealer (2 tahun)

Ia berfungsi dengan menutup cela. Buang concealer anda apabila terdapat perubahan warna. Concealer dalam bentuk batang dan serbuk boleh bertahan selama dua tahun.

Bedak muka (2 tahun)

Sekiranya bedak tersebut mengandungi ekstrak botani seperti ekstrak teh hijau, lidah buaya, chamomile, ia mungkin berisiko untuk pertumbuhan bakteria jika anda membiarkannya terbuka dalam suhu lembap seperti bilik mandi. Perhatikan apabila ia mempunyai perubahan warna dan bau aneh.

Lipstik (1 tahun)

Produk solekan ini adalah kegemaran gadis dan wanita. Gincu varian warna dan matte membolehkan anda menyesuaikannya dengan sebarang acara dan aktiviti harian. Kebanyakan wanita mempunyai  sekitar tiga atau enam gincu selama lebih kurang tiga tahun. Kebanyakan lipstik tidak mengandungi air. Walau bagaimanapun, risiko bakteria bertambah disebabkan pengulangan pendedahan kepada kawasan mulut. Gincu tidak patut digunakan jika terdapat perubahan dalam tekstur dan tidak dapat menyebarkan pigmen pada bibir. Sementara lip-gloss akan terasa pelik jika digunakan selepas waktu luputnya. Gantikan gincu dan lipgloss anda sekali setahun. Hindari gincu yang dikongsi, terutamanya ketika anda sedang sakit, kerana bakteria berpotensi menyebarkan bahaya kepada sistem imun anda.

Tip mencegah bakteria daripada solekan

  • Waspada dengan bahan solekan yang mengandungi air kerana berisiko tinggi menyebabkan pertumbuhan bakteria.
  • Jangan biarkan solek cecair dalam bilik mandi atau persekitaran lembap.
  • Jauhkan bahan solekan daripada haba dan simpannya di tempat yang sejuk.
  • Buang solekan jika berbau atau berubah warna.
  • Jika tidak ada label tarikh tamat tempoh, tulis tarikh pembelian sebelum penggunaan.
  • Beli solekan mengikut keperluan anda. Terlalu banyak solekan pada satu masa membazir. Selamatkan alam sekitar!
  • Gunakan solekan anda sendiri. Berkongsi solekan boleh meningkatkan risiko penyebaran bakteria seperti staphylococcus aureus dan staphylococcus epidermis.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kosmetik: Cantik Tapi Berbahaya!

    Kosmetik kini sudah menjadi keperluan bagi setiap wanita khusunya. Disebalik kecantikan, kosmetik juga ada keburukan sampingan tanpa anda sedari. Ia tidak bermakna kosmetik anda tidak berfungsi dengan baik tetapi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 22/06/2018 . 2 minit bacaan

    Kanser Kulit: Jauhi Cahaya Matahari dengan Solekan Mineral

    Mengalami sebarang penyakit boleh menyebabkan bukan sahaja kesan dalaman tetapi juga kerosakan luaran. Dalam kes ini, kanser kulit boleh menjadi penyakit utama yang menyebabkan kerosakan luaran dan dalaman untuk ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 08/05/2018 . 2 minit bacaan

    Keajaiban Solekan Primer!

    Bersama gincu atau celak, solekan primer adalah salah satu rahsia kecantikan wanita. Walau bagaimanapun, masih ada yang tidak tahu tentang asas solekan dan kesan ajaibnya. Artikel ini menyediakan pembaca pengetahuan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 03/05/2018 . 2 minit bacaan

    Cara Memilih Foundation yang Sesuai dengan Tona Kulit Anda

    Mencari foundation atau bedak asas yang tepat untuk tona kulit anda boleh menjadi salah satu cabaran terbesar dalam hidup anda. Pergi ke mana-mana kedai kosmetik dan anda akan dibanjiri dengan ratusan tona foundation ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 30/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ibu hamil

    Mak Buyung Gemar Bermekap? AWAS! Ada Kandungan BAHAYA Dalam Alat Solek PATUT Dihindari

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
    Kosmetik Tip dan Penjagaannya

    Kosmetik: Tip dan Penjagaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/08/2019 . 8 minit bacaan
    kecantikan

    5 Rutin Kecantikan Untuk Pembaikan Kulit Setiap Malam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/03/2019 . 3 minit bacaan
    berus makeup

    Bagaimana Membersihkan Berus Mekap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 07/11/2018 . 1 minit bacaan