backup og meta

7 Perkara Menarik Yang Dilakukan Oleh Testosteron Ke Atas Diri Anda

Fakta Disemak oleh Nurul Halifah


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 04/09/2021

    7 Perkara Menarik Yang Dilakukan Oleh Testosteron Ke Atas Diri Anda

    Perkara pertama yang datang dalam fikiran anda apabila anda mendengar perkataan hormon lelaki testosteron mungkin adalah agresif.

    Tetapi kajian baru dari University of Bonn menunjukkan bahawa hormon yang sering disalah faham ini boleh memupuk tingkah laku awam dan tindak balas jujur.

    Pengkaji membuat kajian melibatkan 46 orang yang menerima gel testosteron dan 45 orang dengan gel plasebo.

    Pada hari berikutnya, kesemua 91 orang telah diminta untuk membaling dadu secara berasingan serta melaporkan nombor yang didapati, dan mendapatkan wang berdasarkan keputusan mereka.

    Selepas memberikan duit tersebut, para pengkaji mendapati bahawa lelaki yang menerima gel testosteron melaporkan nombor yang mereka perolehi dengan lebih yakin.

    Berikut adalah sebabnya: Tahap testosteron boleh meningkatkan rasa bangga dan meningkatkan imej diri mereka.

    Tetapi testosteron memberi kesan lebih daripada sekadar membuat anda jujur.

    Kajian telah mendapati bahawa bukan sahaja hormon mempengaruhi cara anda bertindak-tetapi cara anda bertindak juga boleh mempengaruhi tahap testosteron anda.

    Berikut adalah 6 lagi perkara gila yang hormon lelaki testosteron lakukan terhadap diri anda.

    Kesan hormon lelaki testosteron

    #1 Memenangi Hati Wanita

    hormon lelaki testosteron

    Pengkaji dari Wayne State University membuat perbandingan antara 2 kumpulan lelaki bersaingan dalam memenangi perhatian seorang wanita dan mendapati bahawa lelaki dengan hormon lelaki testosteron yang lebih rendah langsung tidak mempunyai peluang.

    Lelaki dengan tahap testosteron yang tinggi lebih yakin, mampu mengawal perbualan, dan leboh serasi dengan wanita.

    #2 Mengelakkan Kematian Awal

    Apa yang boleh “T” lakukan untuk anda? Testosteron yang rendah telah dikaitkan dengan diabetes jenis 2 dan obesiti.

    Tambahan lagi, beberapa kajian telah menyatakan bahawa lelaki dengan tahap testosteron yang lebih rendah mempunyai peluang lebih besar untuk mengidap penyakit jantung.

    #3 Membantu Wanita Dalam Hubungan Seksual

    Testosteron juga memberikan manfaat terhadap wanita. Menurut kajian dari University of Michigan pada tahun 2009, wanita dengan tahap testosteron yang lebih tinggi dilaporkan lebih yakin dalam menghadapi hubungan seksual.

    Pengkaji mendapati bahawa wanita yang mempunyai tahap hormon yang tinggi mendapati seks lebih aman, santai, dan selesa.

    Kajian lalu juga telah menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai tahap testosteron mempunyai lebih banyak seks dan lebih cenderung untuk mencapai orgasme.

    #4 Menyamakan Dorongan Seksual Antara Pasangan

    Adakah anda tahu bahawa badan mengalami tahap testosteron berbeza mengikut kitaran haid?

    Dalam satu kajian yang dalam jurnal Hormones dan Behavior, pengkaji mendapati bahawa testosteron anda mencapai kemuncaknya setiap 28 hari dan juga pada hujung minggu-waktu di mana lelaki melaporkan mempunyai hubungan seks paling kerap.

    #5 Menjadi Optimis

    hormon lelaki testosteron

    Testosteron ternyata memberikan keyakinan dan sifat optimis kepada seseorang menurut kajian dalam The Archives of Sexual Behavior.

    Jika anda kurang berkeyakinan, anda boleh cuba “naikkan” tahap hormon anda.

    #6 Menyebabkan Krisis Kewangan

    Pengkaji membuat kajian melibatkan 98 orang untuk membandingkan tahap testosteron mereka dengan kesanggupan mereka untuk mengambil risiko kewangan dalam simulasi komputer.

    Hasilnya: Lelaki dengan testosteron tinggi dilihat melabur lebih banyak wang.

    Jadi adakah kita boleh menyalahkan testosteron dalam kemelesetan ekonomi yang berlaku?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Nurul Halifah


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 04/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan