Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Pemakaian topeng antara cara mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Tetapi topeng muka 95 berkesan ke? Atau terdapat jenis face mask lain yang lebih baik?
Statistik COVID-19 di Malaysia seperti berikut:
[covid_19]
Jenis face mask
Sejak heboh berita tentang novel coronavirus ini, ramai individu mula memikirkan langkah-langkah persediaan kesihatan yang perlu diambil.
Ada yang kerap menggunakan hand sanitizer, dan semakin ramai juga mula memakai topeng muka apabila berada di tempat awam.
Tapi persoalan mula timbul, adakah topeng muka biasa atau juga disebut surgical mask berkesan dalam mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus?
Adakah terdapat jenis topeng muka yang lebih berkesan berbanding surgical mask ini? Mari kami terangkan kepada anda melalui artikel di bawah ini.
https://www.facebook.com/1634329383494261/videos/2789383271108165/
Saiz coronavirus yang mungkin anda tidak tahu
Sekitar tahun 2002 dan 2003, wabak SARS telah melanda dunia, yang bermula di China. Wabak ini disebabkan oleh sejenis coronavirus, sama seperti novel coronavirus dari Wuhan.
Akan tetapi, saiz bagi SARS coronavirus ini hanyalah sebesar 100 nanometer.
Virus flu pula bersaiz antara 80 hingga 120 nanometer. Walaupun saiz novel coronavirus dari Wuhan ini tidak lagi diketahui, saiz coronavirus manusia biasanya adalah sebesar 125 nanometer.
Kesemua jenis virus ini adalah sangat kecil dan virus-virus ini sebenarnya boleh melepasi halangan seperti surgical mask yang anda pakai.
Surgical mask atau topeng muka 95?
Surgical mask mungkin melindungi anda daripada titisan pernafasan yang besar seperti cecair akibat bersin atau kahak akibat batuk, namun ia sememangnya tidak memberikan perlindungan terhadap titisan kecil dalam udara.
Menurut Center for Disease Control and Prevention (CDC), surgical mask tidak dianggap sebagai satu perlindungan terhadap pernafasan memandangkan ia tidak menapis partikel dalam udara yang lebih kecil.
Oleh itu, ia sememangnya tidak berkesan dalam mengelakkan jangkitan coronavirus. Ia hanya berfungsi untuk mengelakkan anda dari menyebarkan kuman kepada individu lain ketika anda sakit.
Artikel berkaitan:
Tambahan lagi, surgical mask hanya boleh dipakai sekali guna sahaja kerana ia tidak direka untuk penggunaan berulang kali.
Pemakaian topeng muka 95 pula bergantung jika anda adalah seorang ahli perubatan yang terlibat dengan tugas mengendalikan pesakit yang dijangkiti.
CDC menggalakkan pekerja kesihatan seperti doktor memakai topeng muka jenis ini sekiranya mereka terlibat dengan pesakit yang dijangkiti novel coronavirus.
Walau bagaimanapun, topeng muka ini bukanlah sejenis alat yang benar-benar kebal daripada serangan coronavirus.
Mengapa topeng muka 95?
Anda tahu mengapa nama yang diberikan kepada topeng ini ialah N95?
Ini kerana sekiranya pemakai memakai topeng muka ini dengan betul, ia memberikan perlindungan sebanyak 95% kepada si pemakai. Ia boleh menapis partikel halus sehingga saiz 0.3 mikron.
Selain itu, ia tidak sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dan juga individu yang memiliki bulu pada wajah.
Untuk lebih jelas, lihat perbezaan antara kedua-dua jenis topeng muka melalui jadual di bawah ini:
| Surgical Mask | Topeng muka 95 |
Ujian dan kelulusan | Disahkan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) | Dinilai, diuji dan diluluskan oleh NIOSH U.S |
Kegunaan | Lindungi tubuh daripada dimasuki titisan besar atau cecair berbahaya. Elak penyebaran kuman kepada individu lain | Kurangkan pendedahan kepada partikel halus yang berada dalam udara |
Fitting | Longgar | Ketat |
Penapisan | Kurang perlindungan terhadap partikel udara yang lebih kecil | Menapis sekurang-kurangnya 95% partikel udara termasuklah partikel yang kecil dan besar |
Kebocoran | Kebocoran akan berlaku di sekitar hujung topeng apabila pemakainya menghirup udara | Jika dipakai dengan fitting yang betul, hanya berlaku kebocoran yang kecil di sekitar hujung topeng |
Had penggunaan | Pakai buang | Paling ideal digunakan hanya sekali bagi setiap kali penggunaan. Ia juga patut dibuang apabila ia telah rosak, tidak berfungsi dengan berkesan, kotor, basah, sukar bernafas apabila menggunakannya, dicemari dengan darah atau cecair pernafasan |
Cara memakai topeng muka yang betul
- Sebaiknya, cuci tangan anda terlebih dulu dengan air dan sabun atau hand sanitizer.
- Pastikan topeng muka yang ingin dipakai dalam keadaan baik dan tidak terdapat sebarang koyakan atau kebocoran.
- Pastikan kedudukan topeng dalam keadaan betul. Sisi yang mengandungi jalur besi halus perlu berada di bahagian atas bagi menutup atas hidung dengan kemas apabila dibengkokkan.
- Sisi yang berwarna perlu berada di bahagian luar, manakala sisi yang berwarna putih pula di bahagian dalam.
- Sangkutkan pada telinga anda jika ia adalah topeng jenis sangkutan pada telinga. Ikat pada belakang kepala anda jika ia adalah topeng jenis ikatan.
- Bentukkan jalur besi topeng yang berada pada bahagian atas hidung mengikut bentuk hidung anda.
- Tarik bahagian bawah topeng muka ke bawah bagi menutupi mulut dan dagu anda.
- Gunakan topeng muka hanya untuk sekali penggunaan sahaja. Buang setelah digunakan.
[mc4wp_form id=’115319″]
Inti pati yang boleh anda ambil
Jika anda berjalan-jalan di luar rumah dengan menggunakan surgical mask, ia tidaklah benar-benar memberikan perlindungan kepada anda.
Walau bagaimanapun, dalam situasi di mana anda terdedah dengan risiko jangkitan yang tinggi, jenis face mask ini boleh membantu anda mengurangkan risiko.
Kami tidak mengatakan bahawa pemakaian topeng muka 95 tidak akan memberikan sebarang manfaat perlindungan, tetapi anda perlu tahu ia tidak akan memberikan jaminan 100% perlindungan kepada anda terhadap sebarang jangkitan virus.
#HelloHealthGroup, #hellodoktor, #HelloHealthCoronavirus
Anda mungkin berminat untuk baca artikel ini: