backup og meta

Nak Elak Coronavirus? Lepas Pegang 8 Benda Ini, Ajar Anak Cuci Tangan Dengan Betul!

Nak Elak Coronavirus? Lepas Pegang 8 Benda Ini, Ajar Anak Cuci Tangan Dengan Betul!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Tahukah anda – mencuci tangan adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah penyebaran jangkitan yang berasal dari rumah atau tempat kerja? Dengan cuci tangan juga boleh membantu mengelakkan penyebaran kuman antara individu kepada individu yang lain.

Bilakah anda perlu mengingatkan anak untuk mencuci tangan? Berikut senarai tempat yang paling kotor, di mana anak anda perlu cuci tangan mereka dengan segera selepas bersentuhan dengan lokasi tersebut!

[covid_19]

Lepas lawat 8 tempat ini, cuci tangan anak anda dan sila cuci tangan anda juga!

  • Rak berus gigi

Menurut satu kajian pada tahun 2011, rak berus gigi merupakan tempat ketiga paling kotor di rumah. 

Percikan air ketika mencuci tandas menyebabkan rak berus gigi yang terletak berhampiran menjadi kotor. Oleh itu, sebagai ibu bapa, anda perlu membersihkan ruangan tersebut dengan menggunakan disinfektan dan juga air panas.

  • Cuci tangan selepas pulang dari taman permainan

Ramai pakar menyatakan pendedahan kepada bakteria daripada tanah adalah baik untuk kanak-kanak. 

Walau bagaimanapun, anda masih perlu berhati-hati terhadap beberapa kemungkinan risiko. Jangan biarkan anak bermain di taman permainan tanpa kawalan kerana dia mungkin akan dijangkiti tetanus melalui luka pada kulitnya.

Artikel berkaitan:

Kanak-kanak berpotensi untuk dijangkiti bakteria, virus dan parasit melalui najis, air liur dan bulu haiwan peliharaan. 

Selain itu, alat mainan haiwan dan juga bekas makanannya boleh menjadi sarang bakteria yang mengandungi Salmonella dan E.coli. 

Bagi mencegah perpindahan bakteria kepada anak anda, pastikan si manja tidak membawa makanan, minuman, botol susu atau mainan ke kawasan haiwan peliharaan. Cuci tangan anak anda selepas mereka bermain dengan haiwan peliharaan di rumah.

cuci tangan

  • Peti sejuk

Peti sejuk dengan bungkusan makanan yang terbuka, susu yang tamat tarikh luput serta daging yang tidak dibungkus dengan baik membolehkan bakteria seperti Salmonella dan Campylobater membiak. 

Apabila anak terdedah dengan peti sejuk, bakteria ini boleh menyebabkan kolik atau cirit-birit kepada mereka. Untuk mengelakkan dijangkiti, anda perlu membuang makanan yang telah rosak dan sentiasa membersihkan peti sejuk anda setiap hari.

  • Cuci tangan setelah menyentuh lantai

Lantai biasanya mengandungi kesan makanan, gris, kesan tapak kaki dan juga kotoran lain terutamanya lantai yang berada di kawasan dapur rumah. 

Lantai atau karpet di rumah juga mungkin dilitupi dengan habuk, sisa makanan dan juga serangga kecil. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan alahan pada anak anda selain mencetuskan serangan asma.

Artikel berkaitan:

Satu kajian mendapati, bilik darjah mengandungi 800 kali ganda lebih banyak bakteria berbanding tempat duduk tandas. 

Selain itu, dulang plastik di kantin sekolah juga berada dalam keadaan yang begitu kotor. Kanak-kanak juga lebih mudah terdedah kepada kutu apabila mereka berada di sekolah. 

  • Cuci tangan setelah pulang dari pantai

Pantai merupakan tempat yang mempunyai nisbah bakteria tertinggi dengan purata 7,440 bakteria/m2. Bakteria-bakteria ini datang daripada haiwan, air liur dan juga sisa makanan manusia.

  • Pusat membeli-belah

Beberapa lokasi di pusat membeli-belah seperti pemegang eskalator, tombol pintu, butang lif dan permainan arcade adalah tempat yang amat ideal untuk bakteria membiak. 

Selain itu, kepala paip yang terdapat di tandas awam juga mengandungi kadar bakteria yang tinggi. Oleh itu, pastikan anda cuci tangan anak anda setelah anda pulang daripada pusat membeli-belah.

Baca artikel berkaitan:

Bagaimana anda boleh mendidik anak anda untuk cuci tangan?

cuci tangan

Adakah anda tahu kanak-kanak lebih cenderung untuk mengumpul bakteria pada tubuh mereka? 

Tingkah laku umum seperti memegang hidung, menggigit kuku atau memegang mana-mana kawasan pada bahagian muka akan menarik bakteria kepada tubuh mereka. Kebanyakan kanak-kanak juga tidak mencuci tangan mereka setelah melakukan perbuatan seperti yang dinyatakan di atas. 

Galakkan si manja anda untuk cuci tangan sebelum memegang makanan, selepas menggunakan tandas, selepas bersin dan juga batuk. 

Selain itu, didik anak anda mencuci tangan menggunakan air suam dan sabun. Ajar mereka untuk mencuci tangan sekurang-kurangnya selama 20 saat. 

Walau bagaimanapun, penggunaan hand sanitizer tidak digalakkan untuk kegunaan kanak-kanak kerana mereka gemar untuk memasukkan tangan mereka ke dalam mulut. 

Anda juga perlu mencuci tangan anda. Sila cuci tangan anda selepas anda mencuci tangan anak anda.

Bagaimana hendak membersihkan lokasi-lokasi yang paling kotor di rumah anda?

https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/

Anda boleh mencuci kawasan yang kotor dengan menggunakan air dan sabun. Tetapi cara yang terbaik adalah dengan menggunakan cecair pencuci dan biarkannya sekurang-kurangnya satu minit. 

Selain itu, anda juga boleh membancuh satu penutup cecair peluntur dengan 4 liter air bagi tujuan membunuh bakteria di dalam rumah. 

Artikel berkaitan: 

[mc4wp_form id=’115319″]

Kesimpulan berkenaan cuci tangan

Anda tidak semestinya perlu melarang anak-anak anda daripada berada di kawasan yang dinyatakan di atas. Mereka masih boleh bermain di taman permainan, tetapi pastikan mereka mandi atau sekurang-kurangnya mencuci tangan mereka setelah mereka habis bermain. Ini akan membantu mengehadkan pembiakan bakteria pada tubuh anak anda.

Jangan lupa, sila cuci tangan anda juga.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. http://www.webmd.com/parenting/d2n-stopping-germs-12/slideshow-kids-germs-handwashing 
  2. http://www.cdc.gov/features/handwashing/

Versi Terbaru

07/04/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Hah, Takut Terjolok Lubang Hidung Sampai Pecah Salur Darah, Betul Ke Swab Test Tak Selamat?

Mata Merah, Ini Simptom Bahaya Varian Baru COVID-19, Kanak-Kanak Paling Berisiko!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/04/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan