Bahan Karsinogen Ditemui, Ubat Ranitidine Ditarik Semula

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 2 mins read

Pada 30 Oktober 2019 (Rabu) yang lepas, 10 ubat yang mengandungi bahan aktif ‘ranitidine’ telah ditarik semula. Tindakan tersebut diambil selepas ubat-ubat tersebut dikenal pasti mengandungi kompaun N-Nitrosodimethylamine (NDMA) yang lebih tinggi berbanding paras yang dibenarkan.

NDMA dalam ranitdine

Ranitidine adalah sejenis bahan aktif yang menghalang reseptor H2 (Histamine-2). Tindakan menghalang reseptor H2 ini akan mengurangkan jumlah asid yang dirembeskan daripada sel-sel khusus di dinding perut. Oleh itu, ubat ini digunakan untuk melegakan simptom pedih ulu hati yang berlaku dalam penyakit seperti ulser gastrik, keradangan perut dan juga penyakit refluks asid. Bagi tujuan tersebut, ia hanya digunakan dalam jangka masa yang pendek, sekitar beberapa hari hingga beberapa minggu.

N-Nitrosodimethylamine ataupun NDMA pula adalah sejenis bahan kimia yang banyak terdapat dalam persekitaran. Kompaun ini boleh didapati dalam air, daging, makanan dan juga udara tercemar. Ia boleh terhasil akibat daripada pelbagai proses kimia yang banyak berlaku di kilang-kilang industri. NDMA juga boleh didapati dalam sesetengah racun serangga. Menurut Agensi Kajian Kanser Antarabangsa (IARC), NDMA boleh meningkatkan risiko kanser dalam jangka panjang.

Pengumaman penarikan semula ini dibuat beberapa minggu selepas GlaxoSmithKline (GSK) memaklumkan bahawa mereka akan menarik semula ubat yang mengandungi ranitidine keluaran mereka iaitu Zantac. Sebelum insiden tersebut, terdapat beberapa jenis ubat hipertensi yang telah berada dalam pemerhatian ketat kerana dikatakan mengandungi sisa bahan karsinogen.

Antara produk ranitidine yang ditarik semula adalah:

  1. Zantac Injection 50mg/2ml (MAL19950591ARZ)
  1. Zantac Syrup 150mg/10ml (MAL19910829ACRZ)
  1. Zantac Tablet 150mg (not marketed in Malaysia) (MAL19871471ARZ)
  1. Hyzan Tablet 150mg (MAL19984063AZ)
  1. Vesyca Film Coated Tablet 150mg (MAL19991131AZ)
  1. Apo-Ranitidine 300mg Tablet (MAL19988448AZ)
  1. Apo-Ranitidine 150mg Tablet (MAL19986966AZ)
  1. Ranitic Tablet 150mg (MAL19988460AZ)
  1. Pharmaniaga Ranitidine Tablet 150mg (MAL19987368AZ)
  1. Pharmaniaga Ranitidine Tablet 300mg (MAL19987370AZ)

Komited dalam memastikan keselamatan pengguna

Tindakan penarikan semula itu dilakukan berdasarkan penilaian dan juga ujian makmal yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga syarikat yang memegang pendaftaran ubat tersebut. Menurut Dr Noor Hisham, Pengarah KKM, walaupun risiko untuk menghidap kanser adalah sangat rendah dalam pendedahan jangka pendek, pihak KKM masih melihat isu dengan serius.

Walau bagaimanapun, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa untuk pesakit yang sedang menggunakan ubat yang mengandungi ranitidine, manfaat penerusan penggunaanya adalah lebih banyak berbanding risiko kecil yang dibawa oleh kandungan NDMA yang sedikit. Oleh itu, pesakit disarankan untuk meneruskan penggunaan ubat tersebut jika perlu dan dapatkan nasihat pakar jika terdapat indikasi untuk menukar ubat. Menurut Persatuan Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA), kajian preliminari menujukkan kandungan NDMA dalam ubat yang mengandungi ranitidine adalah lebih rendah berbanding kandungan NDMA dalam sesetengah makanan.

Tambah beliau lagi, pihak KKM akan terus komited dalam menjalankan ujian dan penilaian berkala demi memastikan keselamatan, kualiti dan juga keberkesanan ubat-ubat yang berada di pasaran.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, rawatan atau diagnosis.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Cara Mudah Melegakan Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung, Jom Amalkan Di Rumah!

    Ibu mengandung berisiko untuk alami pedih ulu hati berikutan perubahan fisiologi yang dialami oleh mereka. Baca 5 tip ini untuk atasi masalah tersebut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 04/03/2019 . 2 mins read

    Pedih Ulu Hati Lagi? Cuba Tips Ini

    Nama sahaja pedih ulu hati, tetapi tidak ada kaitan pun dengan hati atau jantung. Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai heartburn. Lagi menakutkan! Apakah itu pedih ulu hati? Keadaan ini sebenarnya disebabkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan 21/11/2018 . 2 mins read

    Menderita Pedih Ulu Hati Semasa Hamil? Ini 5 Cara Atasinya, Jangan Sampai Makin Teruk!

    Lebih separuh daripada semua wanita hamil melaporkan simptom pedih ulu hati yang teruk, terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 03/09/2018 . 8 mins read

    Pedih Ulu Hati Nampak Normal, Tapi Ini 6 Sebab Kenapa Ia TAK BOLEH Diabai

    Jangan abaikan jika anda pernah mengalami pedih ulu hati. Ini 6 sebab dan punca pedih ulu hati terjadi pada anda. Semak ia sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 03/09/2018 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    sakit dada

    Sering Sakit Dada? Adakah Disebabkan Pedih Ulu Hati Atau Sakit Jantung? Kenali Perbezaannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 mins read

    Ibu Hamil Suka Makan Pedas? Anda Sama Macam Fazura, Tapi Tak Bahaya Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/04/2020 . 3 mins read
    hilang selera ketika hamil

    Hilang Selera Makan Ketika Hamil? Ada 19 Cara Efektif Boleh Bantu Mak Buyung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/03/2020 . 3 mins read
    makanan tradisional cina

    Gong Xi Fa Cai! Ini 7 Tip Makan Secara SIHAT Semasa Tahun Baru Cina

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/01/2020 . 4 mins read