Wanita Hidup Lebih Lama Berbanding Lelaki Di Seluruh Dunia, Tetapi Kenapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 3 minit bacaan

Menurut laporan keseluruhan Statistik Kesihatan Dunia tahun 2019, jangka hayat wanita adalah lebih lama berbanding lelaki di seluruh dunia, khususnya negara-negara berpendapatan tinggi, dengan jurang jangka hayat antara negara-negara terkaya dan negara-negara termiskin sebanyak 18.1 tahun. Walaupun angka-angka dan figura-figura ini mungkin tidak difahami oleh khalayak ramai, namun memperhalusi dan menterjemah data-data ini membantu pihak berwajib untuk mengenal pasti siapa yang tertinggal dalam aspek kesihatan dan mengapa mereka tertinggal. Menurut Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Pengarah WHO, “Di sebalik angka dan nombor dalam statistik ini adalah seorang individu, sebuah keluarga, sebuah komuniti atau sebuah negara. Tugas kami adalah untuk menggunakan data ini untuk merangka polisi-polisi berdasarkan pembuktian dan fakta, dalam usaha mendekatkan lagi semua orang kepada dunia yang lebih selamat dan adil”

Daripada laporan ini, didapati bahawa dalam negara atau keadaan di mana wanita mempunyai akses terhadap servis kesihatan, kadar kematian ibu menurun dan jangka hayat wanita bertambah. Faktor ini membantu untuk memperjelaskan mengapa wanita hidup lebih lama berbanding lelaki. Turut ditemui bahawa dalam kebanyakkan situasi, akses terhadap servis kesihatan bagi lelaki adalah kurang berbanding wanita dan mereka lebih cenderung untuk mati akibat penyakit yang boleh dicegah, penyakit tidak berjangkit yang boleh dirawat serta kemalangan jalan raya. Mengikut sifir yang sama, jurang antara jangka hayat wanita dan lelaki menjadi kecil dalam situasi atau negara di mana akses terhadap servis kesihatan bagi wanita itu terhad. Sebagai contoh, dalam negara-negara berpendapatan rendah, di mana servis kesihatan adalah sedikit dan sukar diakses, 1 dalam 41 wanita mati akibat punca-punca maternal berbanding 1 dalam 3300 wanita dalam negara-negara berpendapatan tinggi. Dalam lebih 90% negara-negara berpendapatan rendah, terdapat kurang daripada 4 rumah jagaan dan bidan bagi setiap 1000 penduduk.

Dalam mengkaji mengapa wanita hidup lebih lama, akses terhadap kesihatan memainkan peranan, dan didapati bahawa terdapat perbezaan sikap dan tingkah laku antara lelaki dan wanita dalam mendapatkan rawatan. Apabila berdepan dengan penyakit atau diagnosis yang sama, lelaki akan lebih cenderung untuk tidak mendapatkan rawatan. Sebagai contoh, dalam negara yang mengalami epidemik HIV yang menyeluruh, didapati lelaki kurang cenderung untuk mendapatkan ujian HIV berbanding wanita di samping kurang terbuka atau kurang cenderung untuk mendapatkan rawatan antiretroviral dan lebih cenderung untuk mati akibat penyakit-penyakit berkaitan AIDS berbanding wanita. Begitu juga dalam penyakit Tuberkulosis, pesakit lelaki kurang terbuka atau cenderung untuk mendapatkan rawatan berbanding pesakit wanita.

Laporan ini juga menunjukkan perbezaan punca kematian dalam kalangan lelaki dan wanita – sesetengahnya adalah faktor biologi, ada yang dipengaruhi faktor persekitaran dan masyarakat, dan ada yang disebabkan oleh faktor ketersediaan dan penggunaan servis kesihatan. Berdasarkan laporan ini, daripada 40 punca kematian utama, 33 daripadanya menyebabkan kematian pramatang dalam lelaki berbanding wanita. Sebagai gambaran, kemungkinan untuk seseorang yang berusia 30 tahun mati akibat penyakit tidak berjangkit sebelum usia 70 tahun adalah sebanyak 44% lebih tinggi dalam kalangan lelaki berbanding wanita. Peratusan kematian global akibat bunuh diri adalah 75% lebih tinggi dalam kalangan lelaki berbanding wanita dalam tahun yang sama. Merujuk kepada kemalangan jalan raya, kadar kematian lelaki adalah lebih dua kali ganda berbanding wanita selepas usia 15 tahun, dan kadar kematian akibat homisid adalah 4 kali ganda untuk lelaki berbanding wanita. Kesemuanya menyumbang kepada mengapa dan bagaimana wanita hidup lebih lama berbanding lelaki.

Dengan fokus Hari Kesihatan Dunia tahun ini terhadap penjagaan kesihatan primer sebagai asas kepada liputan kesihatan universal, statistik WHO terbaru ini menumpukan kepada keperluan untuk menambahbaik akses terhadap servis kesihatan primer di seluruh dunia.

“Salah satu daripada matlamat WHO adalah untuk 1 bilion manusia untuk mempunyai liputan kesihatan universal pada tahun 2023” Kata Dr. Tedros. “Ini bermaksud akses terhadap servis, khususnya pada peringkat komuniti, perlu ditambah baik dan dipastikan agar ianya mudah diakses, berpatutan dan berkesan untuk semua orang – tanpa mengira jantina.”

“Statistik ini juga menumpukan kepada kepentingan untuk mengutamakan kesihatan primer dengan segera bagi memastikan pengurusan penyakit tidak berjangkit yang efektif, dan juga untuk membendung faktor-faktor risiko” kata Dr Samira Asma, pembantu pengarah WHO untuk Data, Analitik dan juga Penghantaran. “Sebagai contoh, perkara semudah mengawal tekanan darah tinggi tidak berlaku pada skala yang diperlukan dan merokok kekal sebagai punca utama kematian pramatang”

Walaupun angka-angka dan fakta berkaitan jangka hayat wanita yang lebih panjang ini merisaukan, hakikatnya, jangka hayat seluruh dunia telah meningkat sejak tahun 2000. Kita telah bergerak jauh ke hadapan bagi perihal pemanjangan jangka hayat, dengan peningkatan kadar kelahiran sebanyak 5.5 tahun (dari 66.5 kepada 72.0 tahun) pada tahun 2016 berbanding tahun 2000. Seseorang juga mampu berharap untuk hidup sepenuhnya hingga ke usia 63.3 tahun pada tahun 2016, berbanding 58.5 tahun pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, di sebalik statistik yang menunjukkan wanita hidup lebih lama berbanding lelaki ini, satu perkara yang kekal konsisten adalah jangka hayat masih dipengaruhi oleh pendapatan. Satu dalam 14 bayi yang dilahirkan dalam komuniti berpendapatan rendah dianggarkan akan mati sebelum usia 5 tahun.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Guna Minyak Kelapa Untuk Rawat Mati Pucuk? JANGAN Buat Dulu, Baca Ini!

    Dianggarkan 3 juta rakyat Malaysia mengalami mati pucuk. Ada yang percaya guna minyak kelapa boleh rawat masalah ini. Benarkah? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Betul Ke Orang Gemuk Punya Saiz Zakar Kecil? Kena Kuruskan Badan Nampaknya Ni!

    Ada mitos yang mengatakan orang gemuk punya saiz zakar kecil. Adakah ia benar? Jom klik artikel untuk tahu jawapan yang tepat lagi sahih ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Pelik Sebab Ada Banyak Jenis Zakar & Semua Normal! Anda Yang Mana Satu?

    Di dunia ini, terdapat banyak jenis zakar yang wujud. Namun, kalian tidak perlu risau kerana kesemuanya adalah normal. Klik untuk tahu anda yang mana satu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 19/06/2020 . 3 minit bacaan

    Penis Naik Susah Nak Turun, Adakah Tanda Penyakit? Buat 5 Perkara Ini Jika Ia Berlaku!

    Pernahkah anda sebagai seorang lelaki mengalami ereksi selama 4 jam tanpa henti? Penyebab ereksi sukar kendur ini mungkin petanda penyakit! Klik untuk baca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 16/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bahaya onani

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
    misai lelaki

    Bukan Rambut Saja, Misai Pun Boleh Rasa Gatal, Ini 5 Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 01/07/2020 . 3 minit bacaan
    kenapa harus sunat

    Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    seks semasa menopaus

    Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan