Tak Perlu Gel Karbohidrat, Kentang Pun Cukup – Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date November 28, 2019
Share now

Gel karbohidrat komersial dikatakan dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah sekali gus meningkatkan prestasi atlet terlatih dalam sukan ketahanan. Namun, kajian terbaru di Amerika Syarikat mendapati pengambilan puri kentang juga mampu untuk menghasilkan kesan yang sama.

Mempelbagaikan pilihan makanan tambahan sukan

Kajian-kajian sebelum ini membuktikan bahawa pengambilan gel karbohidrat pekat yang dirumus secara khas, dapat membekalkan atlet dengan tenaga yang diperlukan ketika bersukan. Gel ini membolehkan atlet sukan ketahanan seperti larian jarak jauh dan berbasikal untuk mengekalkan prestasi mereka di sepanjang perlumbaan. Tidak dinafikan, gel-gel yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat nutrisi sukan ini mempunyai manfaatnya. 

Namun, para pengkaji daripada University of Illinois at Urbana-Champaign memilih untuk membuat kajian lanjutan bagi mempelbagaikan lagi alternatif yang ada. Kekayaan pilihan makanan tambahan sukan membolehkan atlet mendapatkan keserasian dengan produk yang berbeza di samping memberi peluang untuk mereka mendapatkan alternatif yang lebih murah.

Oleh itu, pasukan pengkaji telah memilih untuk membandingkan keberkesanan makanan yang lebih asas berbanding gel kompleks – kentang.

Ada apa dengan puri kentang?

Kajian yang diterbitkan dalam the Journal of Applied Physiology ini merekrut 12 peserta yang sihat dan komited dalam sukan berbasikal. Atlet – atlet yang dikaji semuanya mempunyai purata kayuhan mingguan sejauh 267 kilometer. Kesemua atlet-atlet ini juga telahpun berlatih untuk bertahun lamanya dalam sukan mereka.

12 peserta tersebut kemudianya dibahagikan kepada tiga kumpulan – kumpulan pertama hanya menerima air minuman, kumpulan kedua menerima gel karbohidrat komersial dan kumpulan ketiga menerima jumlah karbohidrat yang sama dalam bentuk puri kentang. 24 jam sebelum cabaran kayuhan 120 minit berserta ujian masa, diet harian mereka telahpun dimalarkan. Ujian ini dibentuk untuk meniru keadaan perlumbaan sebenar. Sepanjang ujian, paras gula dalam darah peserta, suhu badan, keamatan senaman dan simptom gastrousus direkodkan. Paras asid laktik juga turut diukur untuk sebagai penanda kepada senaman berkeamatan tinggi.

Keputusan kuasa kentang

Di akhir kajian, pengkaji tidak menemui apa-apa perbezaan dari segi prestasi pengayuh di antara kumpulan penerima gel dan juga kumpulan yang menerima puri kentang (pada kadar yang sama 60 gram sejam). Kedua-dua kumpulan menunjukkan peningkatan prestasi yang banyak berbanding kumpulan yang hanya diberikan air. Kedua-dua kumpulan mempunyai peningkatan jumlah gula dalam darah yang sama, kadar degupan jantung yang sama meningkat dan juga lebih laju ketika ujian masa, berbanding kumpulan yang menerima air sahaja.

Satu perbezaan penting walau bagaimanapun adalah penerima kentang mengalami simptom perut kembut dan kerap membuang angin berbanding penerima gel. Ini mungkin disebabkan oleh isipadu kentang lebih banyak diperlukan untuk menyamai jumlah karbohidrat dalam gel pekat. Sungguhpun begitu, gejala gastrousus ini dilaporkan boleh diterima baik oleh atlet.

Kelebihan memilih puri kentang

Berbanding gel khas yang dirumus dalam makmal, kentang dapat dibeli dengan lebih mudah, pada harga yang jauh lebih murah. Selain itu, ia juga kaya dengan nutrien lain, menjadikannya sumber karbohidrat yang sihat dan menyeluruh. Kajian ini mengukuhkan lagi peranan makanan penuh sebagai sumber karbohidrat alternatif dalam membantu atlet kekal bertenaga ketika beraksi. Dalam mencari variasi makanan tambahan sukan, atlet tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang besar. Mereka boleh memilih alternatif yang lebih mudah dan murah untuk mengekalkan prestasi. Kajian susulan dengan saiz sampel yang lebih besar dapat menguatkan lagi dapatan kajian ini dan membolehkan atlet lebih yakin apabila mereka memilih kentang. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    Amadeo F. Salvador, Colleen F. McKenna, Rafael A. Alamilla, Ryan M. T. Cloud, Alexander R. Keeble, Adriana Miltko, Susannah E. Scaroni, Joseph W. Beals, Alexander V. Ulanov, Ryan N. Dilger, Laura L. Bauer, Elizabeth M. Broad, Nicholas A. Burd. Potato ingestion is as effective as carbohydrate gels to support prolonged cycling performance. Journal of Applied Physiology, 2019; DOI: 10.1152/japplphysiol.00567.2019

    https://www.newsweek.com/sports-gels-potato-athletes-performance-study-1466489

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kenapa Orang Gemuk Makin Gemuk, Walaupun Dah Cuba Pelbagai Diet? Ini Sebabnya!

    Jika lemak itu tenaga, bukankah orang gemuk boleh gunakan tenaga tersebut jika glukosa di dalam darah habis? Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan November 17, 2019

    Diet Ketogenik Boleh Menyebabkan Masalah Psoriasis Lebih Teruk

    Kajian mendapati bahawa pelaksanaan diet ketogenik tertentu boleh menyebabkan masalah psoriasis semakin teruk. Ikuti artikel ini untuk maklumat lanjut. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan November 4, 2019

    Kerap Bersenam Menyebabkan Fungsi Otak Terganggu?

    Kerap bersenam itu bagus? Hati-hati kerana berdasarkan kajian terkini, ia boleh menjejaskan keupayaan otak anda. Baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan Oktober 3, 2019

    Bagaimana Diet Tinggi Gula Menyebabkan Obesiti?

    Diet tinggi gula kerap dikaitkan dengan keterjadian penyakit obesiti. Namun yang demikian, bagaimana gula berlebihan menyebabkan anda menjadi gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan September 24, 2019

    Artikel lain untuk anda

    Tips Pemakanan Untuk Turunkan Berat Badan

    Tips Pemakanan Untuk Turunkan Berat Badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Januari 9, 2020
    3 Menu Makanan Berpantang Yang BAGUS Bagi Wanita Selepas Bersalin, Jom Try!

    3 Menu Makanan Berpantang Yang BAGUS Bagi Wanita Selepas Bersalin, Jom Try!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Januari 6, 2020
    Penyakit Simpanan Glikogen Jenis 2

    Penyakit Simpanan Glikogen Jenis 2

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada Disember 13, 2019
    Kedah Negeri Yang TINGGI Populasi Diabetes?

    Kedah Negeri Yang TINGGI Populasi Diabetes?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada November 19, 2019