Malaysia Berdepan Sekatan Ekonomi Amerika Kerana Ubat Generik Hepatitis C?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan

Pada 11 Februari yang lepas, pertubuhan Doctors Without Borders (MSF) telah menghantar sepucuk surat sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyokong tindakan kerajaan untuk menggunakan lesen kegunaan kerajaan ke atas ubat untuk penyakit Hepatitis C, ‘sofosbuvir’ dan mempercepatkan perolehan versi generik ubat tersebut. Menurut MSF, hasrat KKM yang dinyatakan pada September 2017 yang lepas dikatakan sebagai satu langkah positif untuk kesihatan awam dan inovasi.

Harga sebenar Sofosbuvir

Tujuan pengisuan lesen kegunaan kerajaan ini adalah supaya versi generik ‘sofosbuvir’ yang jauh lebih murah dapat dihasilkan dan lebih ramai pesakit Hepatitis C di Malaysia mendapat akses kepada rawatan ini. Buat masa kini, sofosbuvir merupakan ubat terbaik yang berjaya dihasilkan dalam merawat Hepatitis C dengan kadar kesembuhan setinggi 95% dan kesan sampingan yang jauh lebih sedikit berbanding ubatan lain yang digunakan sebelum ini. Namun yang demikian, syarikat Gilead yang memegang paten penghasilan ubat ini dikatakan menjualnya pada harga RM 4000 untuk satu pil (USD 1000) dan untuk tempoh rawatan selama 12 minggu bersama ubat lain, kos keseluruhan adalah RM 336 000 (USD 84 000).

Apabila sesuatu ubat dapat dihasilkan pada harga yang lebih murah, kerajaan mampu membeli dan memberi subsidi kepada ubatan tersebut dan juga mampu meningkatkan akses rakyat Malaysia terhadap ubat tersebut. Atas sebab itu, hampir semua negara luar mempunyai masalah untuk mempercayai kos rawatan di klinik-klinik kesihatan di Malaysia yang selalunya serendah RM 1 (USD 0.25). Dengan harga RM 1, rakyat Malaysia boleh mendapatkan konsultasi, pemeriksaan daripada doktor, ujian pengimejan radiologi seperti X-ray dan juga ubat-ubatan yang lazimnya lebih daripada satu jenis. Sekiranya kerajaan Malaysia berjaya untuk membolehkan syarikat penghasil ubatan generik dari Mesir atau India untuk menghasilkan ‘sofosbuvir’ yang generik, kos rawatan untuk 12 minggu boleh dikurangkan kepada serendah RM 480 sahaja (USD 120). MSF khususnya, bergantung kepada bekalan ubat-ubatan generik dalam misi kemanusian mereka untuk memberi rawatan kepada pesakit menggunakan ubat-ubatan berkualiti mampu milik dan mudah diakses.

Laporan 301: Respon Syarikat Farmaseutikal Amerika

Pengisuan lesen kegunaan kerajaan ke atas paten sofosbuvir ini adalah satu permulaan bagi anjakan paradigma dalam rawatan penyakit Hepatitis C dan juga dalam pengurusan beban penyakit-penyakit kronik di Malaysia. Ianya akan memberikan manfaat kepada ramai pesakit namun yang demikian, tindakan ini bukanlah tanpa tentangan dan halangan.

Badan Kajian Farmaseutikal dan Penghsilan Amerika (PhRMA) telah menghantar surat kepada Badan Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) untuk meletakkan Malaysia dalam laporan 301 sebagai Negara Asing Keutamaan (Priority Foreign Country). Untuk makluman pembaca, laporan 301 adalah laporan yang menyemak sebarang bentuk halangan ke atas hak milik intelek, hak cipta terpelihara, paten dan tanda dagangan (Trademarks) syarikat-syarikat kapitalis Amerika dalam meperdagangkan produk mereka ke negara luar. Laporan ini diberi nama sempena syeksyen 301 dalam Akta Perdagangan tahun 1974 dalam perundangan Amerika Syarikat.

Dalam surat tersebut, PhRMA mencadangkan agar Malaysia diletakkan dalam senarai Negara Asing Keutamaan, iaitu satu pengkelasan terburuk untuk negara-negara yang gagal memberikan perlindungan yang cukup dan efektif ke atas hak cipta terpelihara dan harta intelek. Sekiranya Malaysia tersenarai dalam senarai ini, Malaysia berdepan kemungkinan sekatan ekonomi daripada Amerika Syarikat yang akan menjejaskan lebih banyak aspek perdagangan dan diplomatik antara dua negara ini. Jelas sekali, tangan-tangan yang memainkan peranan untuk mempengaruhi keputusan ini adalah syarikat-syarikat farmaseutikal kapitalis Amerika yang ingin menjana keuntungan yang lumayan.

Komitmen kerajaan dalam memastikan akses kesihatan yang luas adalah satu tindakan yang wajar dipuji oleh rakyat dan diteruskan demi kesejahteraan bersama.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    PDRM Benarkan Perjalanan Rentas Negeri Mulai 1 Mei, Hanya Dari Kampung Ke Bandar! Mohon Di Aplikasi ‘Gerak Malaysia’ 

    Namun, pergerakan rentas negeri ini hanya melibatkan dari kampung ke bandar sahaja. Permohonan permit perjalanan boleh dimohon di aplikasi Gerak Malaysia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 27/04/2020 . 2 minit bacaan

    5 Tahap Jangkitan Covid-19, 88% Positif Di Malaysia Tak Tunjuk Gejala, Hanya Simptom Ringan!

    Tahukah anda, ada 5 tahap jangkitan yang boleh berlaku? Paling mengejutkan, 88% pesakit tidak tunjukkan sebarang tanda-tanda COVID-19 atau gejala COVID-19.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 16/04/2020 . 3 minit bacaan

    Mesin ATM Beras Bantu Golongan B40? Bagusnya Kalau Ada Banyak Di Malaysia, Lagi-lagi Masa PKP Ini

    Ada satu kaedah bantuan beras yang lebih inovatif untuk disampaikan kepada golongan B40. Ia adalah mesin ATM beras yang semestinya 'mesra' jarak sosial.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    Nak Jadi Hero Negara? Ini 5 Cara Yang Boleh Anda Lakukan Dalam Melawan COVID-19

    Selain bantuan makanan, anda juga boleh menyumbang dalam 4 lagi perkara ini untuk membantu melawan COVID-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Coronavirus, COVID-19 15/04/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ubat dan penyusuan

    Ibu Menyusu Badan JANGAN Terus Ambil Paracetamol Kalau Demam, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
    ubat dilarang semasa hamil

    PERHATIAN Mak Buyung! Jangan Makan 10 Ubat Ini, Bahaya Untuk Ibu & Kandungan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    TERBAHARU! Virus COVID-19 Dikesan Dalam Air Mani Manusia! Ada Potensi Merebak Melalui Hubungan Seks

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    6 Penumpang AirAsia AK5742, AK5740 Sah POSITIF COVID-19, Yang Lain Diminta Jalani Ujian Saringan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 14/05/2020 . 2 minit bacaan