backup og meta

Berdepan Sakit Kepala Selepas Strok

Berdepan Sakit Kepala Selepas Strok

Sakit kepala adalah aduan yang sering didengar. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai keadaan seperti kemurungan, tekanan, kekurangan tidur atau mungkin disebabkan penyakit tertentu. Ada masanya ia boleh disebabkan strok. Jadi seandainya anda berdepan sakit kepala selepas strok, apa yang patut anda lakukan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kenapa muncul sakit kepala selepas strok?

Bengkak pada bahagian otak, kerosakan pada bahagian tertentu pada otak selepas strok, atau perubahan aliran darah ke otak boleh mengakibatkan sakit kepala selepas strok. Sakit kepala ini lebih cenderung untuk berlaku jika strok anda berlaku disebabkan oleh pendarahan ke otak.

Terdapat 4 jenis sakit kepala selepas strok, iaitu:

  • Sakit kepala kerana ubatan yang berlebihan: ini berlaku apabila anda menggunakan terlalu banyak ubat sakit.
  • Sakit kepala kerana ketegangan otot: sakit kepala jenis ini boleh di atasi dengan mudah
  • Sakit kepala migrain: boleh menjadi sakit kepala yang amat menyakitkan. Biasanya berhubung kait dengan mual, keletihan. Doktor mungkin boleh memberikan ubatan yang kuat untuk merawat keadaan ini.
  • Sakit kepala disebabkan ubatan lain yang digunakan untuk merawat strok, ini termasuk ubatan yang digunakan untuk mengecilkan saluran darah atau mengurangkan tekanan darah.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika anda mengalami sakit kepala selepas strok, anda perlu berbincang dengan doktor untuk memastikan sakit kepala yang anda alami bukan satu masalah serius dan menerima rawatan yang betul. Kebanyakan masanya, sakit kepala bukanlah sesuatu yang perlu anda risaukan. Doktor akan membantu untuk menentukan punca dan mencadangkan rawatan yang bersesuaian kerana sakit kepala boleh di atasi.

Jenis rawatan

Rawatan adalah bergantung kepada jenis sakit kepala anda. Pilihan rawatan yang ada:

  • Ubatan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan
  • Rehat – berhenti berfikir dan berehat di tempat tidur yang selesa
  • Teknik fizikal – ubah pemikiran, tingkah laku yang mempunyai kaitan dengan sakit kepala
  • Bersenam – lakukan senaman yang dapat membantu memberikan ketenangan dan meningkatkan kekuatan. Anda boleh bekerjasama dengan pakar terapi untuk merancang program rawatan yang betul.
  • Makanan yang sihat – makan lebih banyak sayuran dan buahan
  • Hindari tabiat buruk seperti merokok atau minum terlalu banyak alkohol

Hubungi doktor jika simptom yang anda hadapi menjadi lebih teruk atau terdapat perubahan corak sakit kepala. Ini mungkin tanda masalah yang kronik. Jika secara tiba-tiba anda mengalami sakit kepala yang teruk, ini mungkin disebabkan anda mengalami strok lagi.

Sakit kepala bukan tanda kepada penyakit yang serius; tetapi, ia masih penting untuk anda menjalani pemeriksaan sakit kepala untuk sebab-sebab yang disebut di atas. Sakit kepala lebih kerap berlaku selepas serangan strok iskemia, dan sakit kepala yang dialami selepas strok adalah suatu masalah yang boleh dikendalikan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pain and headaches. https://www.stroke.org.uk/effects-of-stroke/physical-effects-of-stroke/pain-and-headaches . Accessed May 20, 2017.

Paciaroni M, Parnetti L, Sarchielli P, Gallai V. Headache associated with acute ischemic stroke. The Journal of Headache and Pain. 2001;2(1):25-29. doi:10.1007/s101940170043.

Headache Information Page. https://www.ninds.nih.gov/Disorders/All-Disorders/Headache-Information-Page. Accessed May 20, 2017.

Pain management after stroke. https://strokefoundation.org.au/-/media/A20E0EE19EC14952A93264A8773D41B5.ashx?la=en. Accessed May 20, 2017.

Versi Terbaru

20/06/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Punca Sebenar Di Sebalik Isu Sakit Kepala Sebelah Kanan, Perhatikan Yang No. 3!

Ubat Pening Bukan Hanya Paracetamol, Ini 5 Urutan Hilangkan Sakit Kepala


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan