backup og meta

5 Fakta Mengejutkan Mengenai Migrain

5 Fakta Mengejutkan Mengenai Migrain

Migrain mungkin sangat biasa kedengaran, tetapi bagi yang pernah mengalaminya ia mungkin satu kesakitan yang teruk. Simptom dan punca migrain kelihatan berbeza bagi setiap pesakit. Berikut adalah beberapa fakta yang mungkin boleh membantu anda untuk mengetahui tentang migrain.

1. Tekanan bukan penyebab migrain

Para saintis mengiktiraf hampir ratusan perkara yang meningkatkan risiko serangan migrain. Penyebab migrain mungkin termasuk makanan tertentu, perubahan cuaca, ketidakseimbangan hormon, jadual tidur tidak teratur dan pendedahan kepada lampu terang serta bunyi yang kuat.

Tekanan secara tidak langsung memberi kesan kepada sakit kepala migrain dengan menyebabkan migrain sukar bertoleransi, meningkatkan sensitiviti terhadap perkara tertenti seperti bunyi bising, cahaya, aroma yang kuat dan cuaca lembap.

2. Kanak-kanak boleh mendapat migrain

Migrain selalunya tidak didiagnosis pada kanak-kanak, tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa sehingga 10% kanak-kanak mendapat migrain. Keadaan ini tidak turun-temurun, tetapi mungkin terdapat beberapa gen yang menimbulkan predisposisi seseorang. Akibatnya, kira-kira 50% daripada kanak-kanak dipengaruhi migrain. Jumlah itu melonjak sehingga 75% jika kedua-dua ibu bapa mempunyai migrain.

3. Migrain meningkatkan risiko bunuh diri

Statistik menunjukkan bahawa pesakit migrain kronik adalah tiga kali lebih berkemungkinan membunuh diri daripada orang yang tidak mendapat sakit kepala kronik. Ini mungkin disebabkan oleh kemurungan sebagai keadaan komorbid migrain, sebagai tambahan kepada gangguan bipolar dan keresahan.

4. Perubatan mungkin mengeruhkan keadaan

Walaupun ubat-ubatan dimaksudkan untuk membantu meredakan kesakitan migrain, dalam beberapa kes ia menimbulkan kekacauan atau gangguan.

Penggunaan ubat-ubatan migrain yang terlalu kerap boleh mengakibatkan rawatan sakit kepala berlebihan dan mengganas dengan cepat. Jenis sakit kepala ini boleh berlaku dengan pelbagai ubat berbeza, termasuk narkotik, acetaminophen, ubat anti-radang nonsteroid (NSAID seperti ibuprofen) dan triptans, jenis ubat yang digunakan khusus untuk merawat migrain. Sebaiknya berbincang dengan doktor anda untuk tindakan selanjutnya.

5. Migrain berkait dengan masalah kesihatan serius

Orang yang mempunyai migrain mempunyai risiko strok dan masalah kardiovaskular lain apabila dibandingkan dengan penduduk umum. Risiko strok, khususnya, adalah lebih tinggi lagi ketika migrain disertai dengan aura dan pada wanita berusia 35 tahun atau lebih, terutama bagi mereka yang menggunakan kontraseptif oral atau yang merokok.

6. Seks boleh mencetuskan migrain

Penuaan fizikal yang sengit termasuk aktiviti seksual dan kadang-kadang walaupun rangsangan sebenarnya boleh menyebabkan migrain. Biasanya migrain jenis ini lebih biasa pada lelaki muda atau pertengahan umur dan, biasanya hilang apabila usia meningkat.

Satu penyelesaian yang jelas adalah untuk mengelakkan aktiviti seksual tetapi ada cara yang lebih mudah untuk mencegah migrain. Sesetengah doktor sebenarnya akan menetapkan ubat tekanan darah yang dikenali sebagai beta blocker untuk mencegah migrain ini. Perlu diingatkan juga bahawa beberapa kajian mencadangkan hubungan seks boleh menghilangkan migrain.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

7 Surprising Facts About Migraines https://abcnews.go.com/Health/Wellness/surprising-facts-migraines/story?id=19581796 Accessed on Aug 6, 2018.

10 SURPRISING FACTS ABOUT MIGRAINES YOU PROBABLY DIDN’T KNOW http://migravent.com/blog/10-surprising-facts-about-migraines-you-probably-didnt-know/ Accessed on Aug 6, 2018.

9 Shocking Facts About Migraines https://uppercervicalawareness.com/9-shocking-facts-migraines/ Accessed on Aug 6, 2018.

Versi Terbaru

05/07/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

5 Punca Sebenar Di Sebalik Isu Sakit Kepala Sebelah Kanan, Perhatikan Yang No. 3!

Ubat Pening Bukan Hanya Paracetamol, Ini 5 Urutan Hilangkan Sakit Kepala


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan