backup og meta

Pesakit Sawan Ingin Berenang? Hati-Hati, Penghidap Epilepsi Lebih Mudah Lemas!

Pesakit Sawan Ingin Berenang? Hati-Hati, Penghidap Epilepsi Lebih Mudah Lemas!

Bolehkah individu yang mempunyai penyakit sawan atau epilepsi mengambil bahagian dalam aktiviti renang?

Kebaikan berenang ada banyak. Namun, risau juga jika individu yang menghidap sawan ingin cuba mandi kolam.

Penghidap epilepsi atau sawan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk lemas berbanding kanak-kanak lain, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak berusia bawah 5 tahun.

Kejadian lemas boleh berlaku di mana sahaja walaupun ketika berada di rumah.

Menurut Seattle Children Hospital, tempat yang paling lazim untuk pesakit lemas adalah di dalam tab mandi.

Individu yang diserang sawan sewaktu berenang selalunya senyap dan tidak sempat untuk menjerit atau beri amaran kepada sesiapa.

Oleh itu, penting untuk perhatikan individu yang menghidap sawan supaya aktiviti tersebut selamat untuk mereka.

Lemas tanpa sebarang amaran

penyakit sawan

Seorang kanak-kanak berumur 7 tahun meninggal dunia kerana lemas dalam satu lawatan spontan yang diadakan oleh pihak sekolah.

Menurut ibu bapa kanak-kanak tersebut, mereka tidak pernah membiarkan anak mereka pergi berenang tanpa sebarang pengawasan.

Lebih malang lagi, tidak ada sesiapapun dalam lawatan tersebut yang sedar akan kehilangan kanak-kanak malang itu sampailah waktu mereka bersedia untuk pulang.

Para penyelamat telah menjumpai kanak-kanak tersebut pada kedalaman 1.5 meter.

Kanak-kanak tersebut tidak mempunyai apa-apa kecederaan serius, cuma sedikit luka pada kawasan mata. Tangan kanak-kanak tersebut juga bersilang pada dada.

Menurut gurunya, mereka nampak kanak-kanak tersebut sedang berenang dengan gembira bersama rakan-rakannya yang lain sebelum hilang daripada pandangan.

Kes kematian ini dikategorikan sebagai kematian disebabkan lemas kerana epilepsi.

Menurut beberapa kajian, pakar mengakui bahawa lemas merupakan salah satu punca utama kematian bagi pesakit epilepsi.

Pada tahun 1990 hingga 1995, seramai 132 orang kanak-kanak meninggal dunia kerana lemas. Kajian yang dilakukan oleh Kemp dan Sibert menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Mereka telah meneliti sebanyak 306 kes lemas yang melibatkan kanak-kanak dan mendapati 4 daripadanya melibatkan kanak-kanak dengan epilepsi.

Walau bagaimanapun, mereka mendapati bahawa tiada kes kanak-kanak yang menghidap epilepsi lemas ketika berenang.

Anda mungkin juga berminat:

Kanak-kanak dengan penyakit sawan perlukan pengawasan ketika berenang

Ibu bapa kanak-kanak tersebut telah menghubungi British Epilepsy Association untuk maklumat lanjut.

Menurut mereka, kebaikan berenang ada banyak untuk individu yang mempunyai epilepsi.

Walau bagaimanapun, mereka perlu diawasi ketika berenang. Malahan, penghidap sawan juga boleh menarik orang lain untuk lemas bersama mereka.

Namun, perkara lain yang perlu dititikberatkan ialah tahap epilepsi yang dialami individu tersebut.

Disebabkan mereka jadi berat ketika diserang sawan, penyelamat yang profesional juga boleh hadapi masalah untuk menyelamatkan individu yang lemas ketika epilepsi.

Selain itu, pastikan pesakit tidak mempunyai sawan yang boleh menyebabkan mereka hilang kawalan badan. Sawan jenis ini lebih berisiko untuk buatkan pesakit lemas.

Sebagai contoh, individu yang mempunyai sawan jenis tonik menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk lemas.

Udara akan ditolak keluar melalui paru-paru ketika penghidap epilepsi tonik diserang sawan.

Akibatnya, mereka mudah tenggelam dan kemudiannya hilang daripada pandangan.

Individu yang mempunyai penyakit sawan boleh ke berenang?

kebaikan berenang

Sawan ketika berenang merupakan perkara yang amat jarang berlaku.

Keadaan ini juga boleh dielakkan jika pesakit melakukan langkah-langkah pencegahan yang betul. Anda boleh ikut senarai yang kami berikan di bawah sebagai panduan:

  1. Penting untuk anda memberitahu pasukan penyelamat (lifeguard) tentang kondisi anda ataupun ahli keluarga yang mempunyai masalah sawan.
  2. Seseorang perlu ditugaskan untuk memerhatikan individu yang mempunyai sawan dan juga orang yang menemaninya.
  3. Lebih baik jika pesakit diperhatikan secara 1-on-1.
  4. Jika individu yang mempunyai sawan berasa sakit, elakkan daripada terus berada di dalam kolam.
  5. Galakkan pesakit memakai baju yang berwarna terang.
  6. Pastikan alatan berenang seperti jaket keselamatan berfungsi dengan baik.
  7. Sawan bukan penyebab anda tidak patut belajar berenang. Kebaikan berenang ada banyak. Oleh itu, jika seseorang yang mempunyai masalah epilepsi ingin berenang, berikan mereka semangat untuk mencuba.
  8. Elakkan mandi di kawasan sungai atau laut.

Bagaimana jika ingin menyelamatkan individu yang diserang penyakit sawan ketika berenang?

Paling penting sekali, anda perlu pastikan bahagian muka mereka berada lebih tinggi daripada permukaan air.

Cara yang terbaik adalah dengan menghampiri mangsa daripada belakang.

Perlahan-lahan, bawa mangsa ke darat. Pastikan posisi mereka dalam keadaan mengiring.

Periksa sama ada mereka masih bernafas. Kemudian, telefon 999. Beri CPR kepada mangsa jika diperlukan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Besag, Frank M. C. 2001. “Tonic seizures are a particular risk factor for drowning in people with epilepsy.” BMJ. 975-976. https://www.bmj.com/content/322/7292/975. Accessed August 1, 2020. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1120138/#:~:text=Tonic%20seizures%20are%20a%20particular%20risk%20factor%20for%20drowning%20in%20people%20with%20epilepsy,-Frank%20M%20C%20Besag&text=It%20is%20accepted%20that%20people,for%20particular%20types%.
  2. Epilepsy Society . 2019. Swimming And Water Sports. January. Accessed August 1, 2020. https://www.epilepsysociety.org.uk/swimming-and-water-sports#.XyLMdZ4zbIU.
  3. Kemp, A. M., and J. R. Sibert. 1993. “Case Report: Epilepsy in children and the risk of drowning.” Arch Dis Child. 684-685. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/8323342/.
  4. Mersey Region Epilepsy Association. n.d. Epilepsy and swimming. Accessed August 1, 2020. http://www.epilepsymersey.org.uk/docs/swimming.pdf.
  5. Seattle Children’s Hospital. n.d. Water Safety for Children with. Accessed August 1, 2020. https://www.seattlechildrens.org/globalassets/documents/for-patients-and-families/ce/ce348-water-safety-children-with–epilepsy-seizures.pdf.
  6. Swimming. n.d. Swimming with epilepsy. Accessed August 1, 2020. https://www.swimming.org/justswim/swimming-with-epilepsy/.

 

Versi Terbaru

03/11/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anak Demam Panas? AWAS, Ada Risiko Mereka Terkena SAWAN TARIK!

Panduan Berpuasa Bagi Pengidap Sawan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 03/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan