Otak juga mempunyai sel-sel yang memerlukan oksigen. Sel tersebut disebut sebagai neuron. Jika bekalan oksigen terputus dan neuron terbabit mati, simptom-simptom seperti apa yang dilihat pada pesakit strok akan berlaku.
Awasi mini stroke
Strok berlaku apabila pembuluh darah di bahagian tertentu pada otak tersumbat atau pecah sehingga darah tidak sampai kepada sel tersebut. Ada juga keadaan di mana pembuluh darah tersumbat tetapi hanya untuk beberapa ketika sahaja sebelum darah boleh mengalir semula.
Keadaan ini disebut sebagai transient ischaemic attack (TIA) atau mini stroke. Pesakit yang mengalami serangan ini akan menunjukkan simptom seperti serangan strok (lumpuh kaki dan tangan, mulut senget, susah bercakap) tetapi akan hilang selepas kurang daripada 24 jam. Ini adalah kerana halangan pada aliran darah tersebut berakhir apabila darah beku yang bertanggungjawab mengehentikan aliran darah terusir atau menjadi cair.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen