Definisi
Apa itu Hemiplegia?
Hemiplegia, juga digelar hemiparesis, ialah keadaan di mana separuh dari badan kita menjadi lemah. Ia boleh jadi hemiplegia kanan atau kiri, bergantung kepada bahagian yang terlibat. Secara umumnya, bahagian berlakunya stroke pada otak anda akan menentukan bahagian badan yang menjadi lemah.
Kecederaan pada otak kiri akan menyebabkan hemiplegia kanan dan sebaliknya. Apabila pesakit mengalami hemiplegia, mereka masih boleh menggerakkan bahagian yang terbabit; walau bagaimanapun dengan kekuatan otot yang telah berkurang atau dalam sesetengah kes, mereka tidak boleh bergerak.
- Hemiplegia kongenital ialah kecederaan otak yang berlaku sebelum, semasa atau sebaik sahaja selepas bersalin.
- Hemiplegia diperolehi berlaku lama selepas lahir disebabkan kecederaan atau penyakit.
Lemah satu bahagian boleh melibatkan otot lengan, tangan, kaki dan muka. Dalam kes ini, ana mungkin mengalami masalah melakukan aktiviti harian seperti makan, memakai baju dan menggunakan tandas. Rawatan rehabilitasi, senaman di rumah dan alatan pembantu boleh membantu pergerakan dan penyembuhan.
Apakah kebarangkalian Hemiplegia?
Keadaan ini adalah sangat kerap berlaku dan melibatkan semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen