Fungsi Paru-Paru Di Rumah (Ujian)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Ujian Fungsi Paru-Paru Di Rumah?

Ujian fungsi paru-paru di rumah menggunakan meter arus puncak (peak flow meter) atau spirometer rumah untuk memantau dan menilai secara harian sebarang masalah pernafasan yang anda mungkin hadapi.

Meter arus puncak membolehkan anda mengukur arus ekspiratori puncak anda.

Spirometer rumah pula membolehkan anda mengukur isi padu ekspiratori paksaan pada 1 saat (forced expiratory volume at 1 second, FEV1).

Jika anda ada penyakit paru-paru seperti asma, doktor mungkin akan menguji arus inspiratori puncak (peak inspiratory flow, PIF) dan arus ekspiratory puncak (peak expiratory flow, PEF) untuk mengukur kuantiti udara yang anda boleh sedut dan buang.

Ini adalah bahagian ujian fungsi paru-paru yang lebih lengkap.

Mengapa ujian ini dijalankan?

Menguji PEF atau FEV1 di rumah boleh membantu:

  • Mengukur sebaik mana paru-paru anda bekerja jika anda menghidapi penyakit paru-paru kronik seperti asma.
  • Memandu dan memantau keberkesanan rawatan asma. Pemantauan PEF memberikan maklumat untuk membantu mereka yang menghidapi asma memilih pilihan rawatan yang lebih baik.
  • Memantau fungsi paru-paru jika anda terdedah kepada bahan-bahan yang boleh mencederakan paru-paru anda (asma okupasional).
  • Memantau tanda-tanda awal penolakan (rejection) jika anda menjalani pemindahan paru-paru.

Perkara yang perlu anda tahu sebelum ujian

Apa yang anda perlu tahu sebelum menjalani ujian ini?

Bacaan PEF paling rendah di awal pagi dan paling tinggi di waktu tengah hari.

Jika anda mengukur PEF hanya sekali sehari, lakukannya di waktu pagi sebelum mengambil apa-apa ubat bronkodilator.

Mereka yang menghidapi asma intermittent atau persisten ringan mungkin tidak perlu mengukur PEF mereka setiap hari.

Tetapi jika ada symptom, mengukur PEF dengan kerap pada satu-satu waktu boleh membantu mengawal asma.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan ujian ini?

Untuk menjalankan ujian PEF, anda memerlukan meter arus puncak – alat boleh genggam yang tidak mahal.

Anda perlu bernafas ke dalamnya sekuat dan secepat yang anda mampu.

Baca dan ikut arahan yang disediakan.

Minta doktor menunjukkan kepada cara cara penggunaannya sebelum anda menggunakannya di rumah.

Jika ada soalan tentang penggunaannya dan cara membaca bacaannya, sila berbincang dengan doktor anda.

Elakkan mengambil makanan berat sekitar 3 jam sebelum menjalankan ujian PEF.

Pastikan anda duduk tegak atau berdiri untuk membantu anda mengambil nafas sebanyak yang boleh. Gunakan posisi yang sama bagi setiap kali ujian.

Pemantauan arus puncak bergantung kepada kekuatan usaha anda.

Untuk mendapatkan bacaan yang tepat, pastikan anda memberikan usaha terbaik setiap kali ujian.

Apa yang berlaku ketika ujian ini?

Sebelum mula, buang gula-gula getah atau makanan yang ada di dalam mulut.

Sila ikut langkah-langkah berikut:

  • Tetapkan jarum pada meter ke 0 (kosong).
  • Lekatkan corong mulut ke meter arus puncak.
  • Bangun atau duduk tegak untuk membolehkan anda mengambil nafas dalam. Pastikan anda menggunakan posisi yang sama setiap kali ujian.
  • Ambil nafas dalam-dalam. Letakkan corong mulut ke dalam mulut dan tutup bibir anda dengan ketat mengelilingi corong tersebut. Jangan letakkan lidah anda di dalamnya.
  • Hembuskan nafas sekuat dan sepantas yang boleh. Anda tidak perlu melakukannya lebih dari satu saat.
  • Catatkan bacaan pada meter.
  • Gerakkan jarum pada meter kembali ke 0 (kosong) sebelum anda menghembus sekali lagi.
  • Lakukan hembusan sebanyak 2 kali lagi. Catatkan bacaan anda setiap satunya. Jika anda terbatuk atau tersilap semasa ujian, lakukannya sekali lagi.
  • Selepas melakukannya 3 kali, catatkan bacaan tertinggi dalam rekod harian anda.

Apa yang berlaku selepas ujian ini?

Sila semak dengan doktor atau baca maklumat yang disediakan bersama meter arus puncak anda untuk mengetahui julat bacaan normal yang mungkin berbeza bergantung kepada jenis masalah pernafasan yang anda alami.

Jika anda menemui bacaan abnormal, sila berbincang dengan doktor anda.

Memahami keputusan

Apa maksud keputusan saya?

PEF mengukur sepantas mana anda mampu menghembus nafas dengan usaha yang paling kuat.

Spirometer rumah membolehkan anda mengukur kuantiti ekspiratori paksaan pada 1 saat (FEV1).

Bacaan-bacaan daripada ujian-ujian ini boleh dibandingkan untuk memantau perkembangan penyakit atau membantu mengukur respon kepada rawatan penyakit kronik paru-paru seperti asma.

Julat normal bagi ujian ini mungkin berbeza bergantung kepada makmal dan hospital.

Sila berbincang dengan doktor anda tentang apa-apa persoalan yang anda ada berkenaan keputusan ujian anda.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan ujian ini, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami dengan lebih baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kombinasi Tiga Ubat Efektif Dalam Merawat Cystic Fibrosis

    kombinasi tiga ubat berjaya menambah baik fungsi paru-paru simptom cystic fibrosis (CF) dalam pesakit yang mempunyai satu salinan mutasi genetik lazim.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 06/11/2019 . 2 minit bacaan

    Ada Asbestos Dalam Bedak Bayi?

    Pihak berkuasa telah menjumpai sejumlah kecil asbestos di dalam kandungan bedak bayi. Ikuti artikel ini untuk penerangan selanjutnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Berita, Berita Antarabangsa 03/11/2019 . 3 minit bacaan

    Sikit Atau Banyak, Kesan Merokok Tetap Sama

    “Hari ini aku hisap sebatang ‘aje weyh’, so kuranglah sikit kesan merokok ‘tu.” Tetapi adakah ia benar atau kuantiti rokok tidak membawa perbezaan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Bukan Susah Nak Bersihkan Paru-Paru, Cuba Anda Buat 5 Benda Ini – Bagus Untuk PEROKOK!

    Pendedahan terhadap pencemaran udara sama ada di luar atau di dalam rumah, telah menyebabkan partikel-partikel bendasing memasuki paru-paru kita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 10/10/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    manfaat sukan tinju

    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 5 Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/02/2020 . 3 minit bacaan
    pneumothorax

    Pneumothorax

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 3 minit bacaan
    rambut mudah gugur

    MENGEJUTKAN! Udara Luar Kotor Buat Rambut Anda Mudah Gugur!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/11/2019 . 3 minit bacaan