backup og meta

Suplemen Untuk Kesihatan Jantung

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fong Jiar Yi · Disemak pada 22/11/2022

    Suplemen Untuk Kesihatan Jantung

    Vitamin dan suplemen boleh menjadi pilihan yang baik untuk meningkatkan kesihatan jantung anda. Adakah anda tahu apakah suplemen yang memberi kesan terbaik? Berapa banyak perlu saya ambil? Berikut merupakan senarai suplemen yang mugkin baik untuk jantung anda.

    Senarai suplemen terbaik

    Tumbuhan sterol

    Tumbuhan sterol (juga dikenali sebagai phytosterols) membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah dengan menghalang serapan kolesterol dalam usus.

    Coenzyme Q10

    Coenzyme Q10 berfungsi seperti antioksida, membantu melindungi dan menghalang sel daripada musnah. Pengkaji menunjukkan bahawa suplemen coenzyme Q10 mungkin membantu mengurangkan tekanan darah secara berperingkat dan membantu merawat kegagalan fungsi jantung. Coenzyme Q10 juga membantu untuk merawat sakit pada otot yang berlaku pada sesetengah individu yang mengambil ubat kolesterol dipanggil statin.

    Fiber (Psyllium)

    Menurut kebanyakan kajian, fiber mengurangkan kolesterol dan juga risiko penyakit jantung dan angin ahmar (strok) secara keseluruhan. Fiber terlarut bergabung dengan kolesterol di dalam usus dan melindungi ia daripada diserap oleh badan.

    Minyak flaxseed

    Flaxseed dan minyak flaxseed mungkin mengurangkan paras kolesterol.  Maklumat yang jelas belum diperoleh sama ada ia juga merendahkan risiko penyakit jantung secara keseluruhan.  

    Asid folik

    Asid folik, vitamin B, merendahkan paras amino acid homocysteine,dimana ia mempunyai kaitan dengan penyakit jantung. Tetapi kajian tidak membuktikan bahawa asid folik mengurangkan kadar serangan jantung dan angin ahmar (strok).

    Magnesium

    Magnesium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan kadang kala ia digunakan oleh doktor untuk memperbaiki rima jantung tidak normal.

    Omega-3 fatty acids

    Menurut kajian, omega-3 fatty acid daripada minyak ikan boleh merendahkan tekanan darah dan triglycerides. Omega-3s juga mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung secara keseluruhan.

    Nasi yis merah

    Menurut kajian, nasi yis merah mungkin merendahkan jumlah kolesterol, triglycerides dan kolesterol jahat LDL. Satu bahan dalam nasi yis merah – mionacolin K –  sama dengan bahan aktif di dalam ubat kolesterol.

    Perhatikan vitamin dan mineral

    Apabila tiba pada vitamin dan mineral, berapakah yang perlu saya ambil? Dapatkan had paling atas yang selamat untuk pengambilan vitamin anda, begitu juga cadangan kebenaran harian yang anda perlukan dengan berbincang dengan doktor anda.

    Berjaga-jaga

    Sesetengah suplemen boleh berinteraksi dengan ubat anda dan juga boleh memberi kesan sampingan. Pastikan doktor anda mengetahui supplemen yang anda ambil. Dan jangan pernah bergantung pada supplemen untuk membuat pilihan diet yang tidak baik.

    Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fong Jiar Yi · Disemak pada 22/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan