backup og meta

Tip Menguruskan Ketinggian Anda

Tip Menguruskan Ketinggian Anda

Suatu yang mengejutkan apabila seseorang tidak berpuas hati dengan ketinggian mereka. Sesetengahnya beranggapan mereka terlalu tinggi, manakala sesetengahnya membenci diri mereka terlalu rendah. Ketinggian anda lazimnya dipengaruhi oleh gen, termasuk juga gaya hidup dan persekitaran kehidupan.

Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, anda tidak boleh mengubah ketinggian anda. Sama ada anda suka atau tidak, anda perlu meneruskan kehidupan dengan keadaan itu. Akhirnya, anda perlu berurusan dengan ketinggian. Barikut beberapa tip untuk anda.

Ketahui bahawa ketinggian bukan masalah

Masalahnya terletak pada orang yang membuli atau mengkiritik disebabkan ketinggian anda. Jika tiada sesiapa yang menganiaya anda dengan ketinggian, adakah anda masih membencinya? Jawapannya mungkin tidak.

Perspektif anda terhadap diri sendiri terbentuk oleh penghakiman sosial. Suatu hari nanti anda akan sedar bahawa anda tidak dapat memuaskan semua orang. Jika anda terlalu tinggi atau rendah, bagi orang yang suka mengkritik, dia akan sentiasa mencari sesuatu yang lain untuk terus melakukan perbuatan itu.  Jadi, adalah mustahil untuk hidup dengan jangkaan orang lain. Anda tidak perlu melakukannya terhadap diri anda.

Seseorang yang benar-benar menjaga anda akan menyayangi anda seadanya. Jika boleh, bercakap dengan pembuli anda. Tunjukkan kepada mereka bahawa anda bahagia dengan saiz diri anda. Melangkah dengan yakin. Berdiri dengan tegap. Wujudkan hubungan mata. Seseorang hanya malu kepada anda terhadap apa yang pernah dimalukan. Dan, sekiranya perkara itu masih berlaku, jangan teragak-agak untuk melaporkannya kepada ibu bapa, guru atau penyelia anda. Jika perlu, dapatkan bantuan penguatkuasaan undang-undang.

Tenang dengan ketinggian anda

Jika anda perlukan sedikit penambahan dalam inci, berbincang dengan doktor anda. Sekiranya masih bertambah, mungkin diet dan rutin senaman yang betul boleh menambahkan beberapa inci pada ketinggian anda. Jika anda sudah tinggi, tiada apa-apa yang boleh dilakukan untuk tumbesaran anda.

Walau bagaimanapun, tinggi atau pendek, selalunya ada cara untuk membuatkan anda berasa baik dengan diri anda. Mula melihat majalah fesyen untuk mengetahui jenis pakaian yang boleh mengecilkan saiz anda. Menyertai kelab sukan juga satu idea yang baik yang mana ketinggian anda menjadi satu kelebihan.

Seseorang yang bersaiz kecil sesuai dengan gimnastik dan menari, sementara seseorang yang tinggi sesuai untuk bola jaring, bola keranjang dan lain-lain. Anda hanya perlu mencari sesuatu yang bersesuaian utnuk kekal bahagia dan sihat.

Sejujurnya, ia memerlukan masa dan usaha untuk menerima diri anda. Perlu diingatkan bahawa ketinggian anda tidak menentukan siapa diri anda. Berikan diri anda sedikit masa. Cepat atau lambat, anda akan memikirkannya. Seseorang akan mengambil kesempatan atas kelemahan anda. Jadi, satu-satunya cara untuk melawan mereka adalah berkeyakinan dan menjauhkan diri daripada perkara negatif.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Cope with Being Small. http://www.wikihow.com/Cope-With-Being-Small. Assessed August 22, 2016.

Feeling Too Tall or Too Short. http://kidshealth.org/en/kids/my-height.html. Assessed August 22, 2016.

Versi Terbaru

25/10/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Moon Face, 7 Punca Ini Sebabkan Muka Jadi Bulat & Kelihatan Bengkak, Bahaya!

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan