backup og meta

Bolehkah Individu Sindrom Down Tinggal Bersendirian?

Bolehkah Individu Sindrom Down Tinggal Bersendirian?

Sebagai ibu bapa yang menjaga individu sindrom Down, agak berat hati sebenarnya untuk melepaskan mereka memikirkan kesusahan yang akan mereka alami apabila tinggal di dunia luar berseorangan. Adakah mereka mampu untuk hidup bersendirian tanpa bantuan keluarga? Ikuti artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.

Keupayaan untuk berdikari

Penat menyebut perkataan stigma. Makin disebut, makin teruk prasangka sesetengah individu terhadap golongan ini. Individu sindrom Down tidak terlepas daripada prasangka buruk sesetengah masyarakat yang suka membuat spekulasi tanpa mengetahui apakah keupayaan sebenar mereka yang menghidap sindrom ini. Mereka mempunyai keinginan yang sama seperti individu yang lain. Ada yang mahu memandu, ada yang mahu bekerja, ada yang mahu menjalinkan hubungan intim dan mereka semua mahu berjaya dalam hidup.

Persoalan yang sering menjadi tanda tanya adalah adakah mereka boleh tinggal bersendirian? Walaupun kebanyakan media bersifat positif apabila ia berkaitan dengan keupayaan golongan ini, namun secara realistiknya, ia bergantung kepada tahap ketidakupayaan mereka dalam menguruskan diri. Ada individu yang boleh menguruskan diri mereka dengan baik, ada yang memerlukan pertolongan untuk menguruskan diri mereka dan ada yang tidak boleh menguruskan diri mereka tanpa bantuan. Situasi ini sama dengan individu yang bukan sindrom Down.

Merancang perubahan fasa hidup

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak sindrom Down, jangan takut untuk memberikan anak anda ruang untuk belajar berdikari. Apabila tamat zaman pembelajaran, mereka akan memasuki alam pekerjaan seperti orang lain. Ini merupakan fasa perubahan yang menakutkan terutamanya kepada mereka yang perlu memikirkan tentang perkara asas untuk hidup bersendirian seperti tempat tinggal, pekerjaan, kenderaan untuk bergerak dan perancangan kewangan.

Sokongan sosial merupakan salah satu aspek penting yang perlu ditekankan kepada mereka yang menghidapi sindrom Down. Ini kerana cabaran hidup yang bakal dihadapi oleh mereka boleh diringankan melalui perhubungan sosial justeru keupayaan ini perlu dididik sejak di bangku sekolah lagi. Sekolah bukan sahaja menyediakan platform untuk belajar malah ia merupakan satu struktur sokongan sosial. Pelajar akan diajar bagaimana untuk menguruskan diri, menjalinkan hubungan sosial dan gaya hidup sihat.

Faktor-faktor lain

Apakah keupayaan anak sindrom Down anda? Adakah mereka mampu untuk menguruskan diri mereka jika tinggal bersendirian? Adakah mereka tahu bagaimana cara untuk menaiki kenderaan awam ke tempat kerja? Adakah mereka sedar pintu perlu dikunci, gas dapur perlu ditutup sebelum meninggalkan rumah atau sebelum tidur? Persoalan ini tidak terhad kepada individu sindrom Down sahaja, malah buat individu biasa.

Terdapat beberapa jenis tempat tinggal yang boleh didiami oleh mereka yang menghidapi sindrom Down:

  • Rumah ibu bapa mereka
  • Kolej kediaman jika mereka menyambung pengajian ke peringkat universiti
  • Rumah sewa atau kepunyaan mereka sendiri dengan bantuan servis yang dapat membantu menguruskan mereka
  • Pusat yang dikhususkan untuk mereka yang berkelainan upaya

Konklusi

Individu sindrom Down boleh tinggal bersendirian jika mereka boleh menguruskan diri mereka sendiri. Ramai di antara mereka yang bekerja di syarikat-syarikat yang kompetitif atau di tempat yang mempunyai peralatan sokongan menunjukkan keupayaan mereka untuk berdikari dan hidup dengan baik di dalam masyarakat. Jangan pandang rendah kepada tahap keupayaan mereka!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Just like anyone else, a person with Down syndrome can live on their own. (https://cdss.ca/down-syndrome-answers/can-a-person-with-down-syndrome-live-on-their-own/). Diakses pada 16 Oktober 2019
  2. Tips for Adults Who Have Down Syndrome. (https://www.webmd.com/a-to-z-guides/tips-adults-down-syndrome#2). Diakses pada 16 Oktober 2019

Versi Terbaru

12/06/2020

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Moon Face, 7 Punca Ini Sebabkan Muka Jadi Bulat & Kelihatan Bengkak, Bahaya!

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 12/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan