Tahun ini, banjir terkini terus melanda beberapa negeri di Malaysia, termasuk kawasan pantai timur dan utara Semenanjung. Antara negeri yang masih dilapor terjejas adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Tahun ini, banjir terkini terus melanda beberapa negeri di Malaysia, termasuk kawasan pantai timur dan utara Semenanjung. Antara negeri yang masih dilapor terjejas adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Ramai mangsa terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara, manakala air banjir meliputi jalan raya, kawasan perumahan dan sungai yang meluap.
Dalam situasi ini, kebimbangan bukan hanya soal kerosakan harta, tetapi juga keselamatan kesihatan, terutama risiko keracunan akibat air tercemar.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.
Air banjir bukan sekadar air hujan, ia bercampur dengan najis, bahan kimia, sisa sampah dan patogen seperti bakteria dan virus.
Minum atau menyentuh air banjir tanpa disanitasi boleh menyebabkan jangkitan, keracunan dan penyakit kulit.
Ini kerana air banjir membawa pelbagai bahan pencemar dari saluran perparitan, longgokan sampah, bahan kimia industri dan kotoran ternakan.
Tanpa perlindungan, air ini boleh memasuki sistem tubuh melalui luka terbuka, mulut atau kutikel tangan. Ia sekali gus meningkatkan risiko seperti cirit-birit, leptospirosis (kencing tikus), penyakit kulit dan komplikasi yang serius.

Kawasan yang paling berisiko termasuk kawasan perumahan rendah, kawasan berhampiran sungai dan longokan sampah serta jalan raya yang dilalui air lama. Risiko meningkat jika air stagnan terlalu lama.
Antara kawasan berisiko tinggi:
Elak meminum air banjir, elak menyentuh air tanpa pelindung, bersihkan badan dan pakaian segera selepas terdedah dan elakkan kawasan banjir jika ada luka. Gunakan air bersih atau rebus air sebelum guna.
Antara tip yang boleh diamalkan:
Simptom awal termasuk cirit-birit, sakit perut, rasa loya, ruam kulit, demam atau gejala seperti leptospirosis, segeralah berjumpa doktor jika simptom muncul.
Gejala ini lazimnya akan menjadi lebih jelas dalam tempoh 24 hingga 72 jam selepas terdedah kepada air tercemar, terutamanya jika air tersebut masuk melalui luka atau diminum tanpa disedari:
Dalam keadaan semasa yang disertai amaran banjir terkini di pelbagai negeri, risiko air tercemar naik mendadak khususnya di kawasan banjir terkini yang masih dinaiki air.
Air banjir boleh menjadi penyebab utama penyebaran penyakit, terutama jika air dikira selamat tanpa disanitasi.

Oleh itu, masyarakat perlu sedar bahawa mengambil ringan terhadap air banjir boleh membawa kepada keracunan air banjir yang bahaya, jadi langkah pencegahan, pemantauan dan kesedaran sangat penting.
Banjir mungkin meninggalkan kesan fizikal, tetapi bahayanya terhadap kesihatan tidak boleh diabaikan.
Minum atau menyentuh air banjir tanpa perlindungan boleh membawa pelbagai risiko termasuk keracunan, jangkitan dan penyakit serius.
Kesedaran dan tindakan awal mampu melindungi anda dan keluarga daripada impak buruk keracunan air banjir.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
The Visible and Unseen Dangers Lurking in Floodwater. https://publichealth.jhu.edu/2024/the-dangers-of-floodwater. Diakses Disember 2, 2025.
Safety Guidelines: Floodwater. https://www.cdc.gov/floods/safety/floodwater-after-a-disaster-or-emergency-safety.html. Diakses Disember 2, 2025.
What are the impacts of floods. https://www.waterconnect.sa.gov.au/Flood-Awareness/SitePages/What%20are%20the%20impacts%20of%20floods.aspx. Diakses Disember 2, 2025.
The Dangers Of Entering Floodwater! https://thefloodhub.co.uk/wp-content/uploads/2019/09/FT-Q-R101-The-dangers-of-entering-floodwater.pdf. Diakses Disember 2, 2025.
Impacts of Flooding. https://www.floodinfo.ie/about_frm/impacts_of_flooding/. Diakses Disember 2, 2025.
Versi Terbaru
08/12/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor