backup og meta

Enema Barium

Ketahui asas-asasnya

Apa itu Enema Barium?

Enema Barium adalah prosedur untuk membawa bahan yang dipanggil barium sulfat ke dalam kolon (usus besar) anda. Kemudian mesin sinar-x digunakan untuk merakamkannya kerana barium sulfat adalah agen kontras, ia akan kelihatan dengan jelas pada sinar-x dan membolehkan doktor untuk melihat gambar-gambar di dalam kolon dengan jelas dan juga keabnormalan di dalamnya.

Mengapa Enema Barium dilakukan?

Doktor anda mungkin mencadangkan enema barium untuk menentukan punca bagi tanda-tanda dan simptom-simptom berikut:

  • Sakit perut;
  • Pendaraham rektum;
  • Perubahan tabiat buang air besar;
  • Kehilangan berat badan yang misteri;
  • Cirit-birit yang berpanjangan;
  • Sembelit yang berulang.

Enema barium boleh membantu doktor mengenalpasti patologi seperti:

  • Percambahan abnormal (polips)
  • Penyakit usus inflamatori

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Enema Barium?

Enema barium mungkin mempunyai komplikasi seperti berikut:

  • Keradangan pada tisu-tisu di sekitar kolon;
  • Sumbatan gastrousus;
  • Kolon pecah;
  • Tindakbalas alahan kepada barium

Enema barium biasanya tidak dijalankan semasa kehamilan kerana sinar-X boleh menyebabkan perkembangan abnormal ke atas janin.

Adalah penting anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Ketahui apa yang berlaku

Apakah persediaan yang harus saya lakukan sebelum menjalani Enema Barium?

Sebelum prosedur ini, doktor anda memberikan pil atau enema untuk mengosongkan kolon. Proses ini sangat diperlukan kerana sisa usus besar dapat mengaburi imej sinar-X atau doktor kadang-kadang boleh terkeliru mereka dengan imej yang tidak normal.

Untuk mengosongkan kolon, anda mungkin perlu melakukan langkah-langkah berikut:

  • Ikuti diet khas sebelum prosedur ini. Doktor anda mungkin meminta anda tidak makan dan minum cecair yang jelas – seperti air, kopi atau teh tanpa susu atau krim, sup, dan minuman ringan.
  • Berpuasa selepas tengah malam. Biasanya, doktor anda akan meminta anda untuk tidak makan atau minum apa-apa selepas tengah malam sebelum enema.
  • Gunakan julap malam sebelum enema. Laksatif, tablet atau cecair, akan kosongkan kolon.
  • Gunakan kit enema. Dalam sesetengah kes, anda mungkin perlu menggunakannya – pada waktu petang atau hanya beberapa jam sebelum ujian – untuk membersihkan sisa di kolon.

Anda harus memberitahu doktor tentang ubat yang anda ambil selama sekurang-kurangnya seminggu sebelum ujian. Doktor anda mungkin meminta anda berhenti mengambil ubat tertentu dalam masa beberapa hari atau beberapa jam sebelum ujian.

Apa yang berlaku semasa Enema Barium?

Proses ini biasanya mengambil masa kira-kira 30 minit. Ahli radiologi akan meletakkan tiub ke dalam rektum dan mengepam barium melaluinya untuk memasukkan agen kontras ke dalam kolon anda.

Doktor menggunakan sinar-x dalam pelbagai posisi. Apabila mempunyai semua sinar-x yang diperlukan, doktor akan mengeluarkan tiub itu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila berunding dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apa yang berlaku setelah Enema Barium?

Ia mengambil masa beberapa hari untuk mendapat keputusannya jadi kakitangan perubatan akan membuat temujanji untuk anda.

Bersenam secara kerap akan membantu anda mengekalkan kesihatan jangka panjang. Sebelum latihan, sila berunding dengan pakar perubatan atau doktor anda.

Terdapat perubahan komplikasi selepas pembedahan. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila dapatkan nasihat dan jawapan doktor. Beberapa komplikasi yang biasa adalah:

Komplikasi boleh berlaku apabila enema diambil termasuk:

  • Ketidakselesaan dan sakit perut;
  • Berdarah;
  • pendedahan kepada radiasi;
  • penembusan usus;
  • embolisme disebabkan udara atau barium;
  • Penglihatan kabur.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Barium enema. http://www.mayoclinic.org/ Diakses Mei 30, 2016.

Versi Terbaru

08/01/2020

Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Kate


Artikel Berkaitan

Pembedahan Buat Lesung Pipit Palsu Berbahaya? 9 Risiko Ini Mungkin Berlaku!

Minyak Ikan, Jangan Sekadar Ambil Suplemen. Kena Tahu Dari Mana Ia Dihasilkan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 08/01/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan