backup og meta

Ekokardiogram Transtorasik

Definisi

Apakah itu Ekokardiogram Transtorasik?

Ekokardiogram (juga disebut echo) adalah prosedur yang menggunakan sebuah alat untuk menukarkan gema kepada gambar, yang membantu doktor untuk mendiagnosis penyakit dengan lebih mudah. Pertama, alat ini, yang dipanggil transduser akan menghantar gelombang bunyi yang berpic (nyaring) tinggi ke bahagian-bahagian jantung yang lain dan kemudian mengambil kembali gema dari gelombang bunyi ini. Akhir sekali, gema ini ditukar menjadi imej-imej jantung anda pada skrin video.

Terdapat empat jenis ekokardiogram yang berbeza iaitu Ekokardiogram Transtorasik (TTE), EkokardiogramTtekanan,Ekokardiogram Doppler dan Ekokardiogram Transesofagus (TEE). Di antara kesemua ekokardiogram, Ekokardiogram Transtorasik (TTE) adalah jenis yang paling biasa. Dalam ekokardiogram ini, transduser akan melantunkan banyak titik di dada atau dinding abdomen anda untuk mendapatkan gambar jantung.

Mengapakah Ekokardiogram Transtorasik (TTE) dilakukan?

EkokardiogramTranstorasik (TTE) biasanya dilakukan apabila anda mungkin didiagnosis mempunyai satu atau lebih masalah jantung seperti berpotensi untuk berlakunya kejutan mekanik, bacaan yang bermasalah, atau ruang jantung anda. Di samping itu, ibu kepada janin yang disyaki mempunyai kecacatan jantung kongenital juga boleh disyorkan untuk menjalani ekokardiogram untuk mengesahkan keadaan ini.

Perkara yang perlu diketahui

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menjalani Ekokardiogram Transtorasik?

Menurut pakar, ujian jantung rutin tidak semestinya perlu walaupun banyak pesakit sering meminta doktor mereka untuk menjadualkannya secara automatik.

Gelombang bunyi berfrekuensi tinggi dianggap tidak berbahaya bagi jantung dan badan anda. Oleh itu, dalam kebanyakan kes, adalah selamat untuk menjalani ujian ini kecuali ujian yang melibatkan bahan kontras. Penggunaan bahan kontras boleh membawa kepada alahan, namun beberapa ubat dapat digunakan untuk mengurangkan tindakbalas ini.

Alternatif bagi ekokardiogram termasuk:

  • Imbas MRI jantung digunakan apabila doktor memerlukan gambar terperinci dan tepat bahagian dalam jantung anda. Ujian ini menggunakan magnet yang kuat, gelombang radio dan komputer.
  • Ujian Radionuklid digunakan untuk mengukur aliran darah dan fungsinya. Dalam ujian ini, doktor akan menyuntik bahan radioaktif ke dalam badan anda dan menggunakan kamera untuk mengambil gambar apabila bahan ini bergerak di dalam jantung anda.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengenalpasti prosedur yang paling sesuai untuk anda

Proses

Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum menjalani Ekokardiogram Transtorasik?

Bincangkan dengan teliti dengan doktor anda mengenai setiap aspek kesihatan anda atau ubat-ubatan yang anda ambil untuk mendapat hasil yang terbaik dari ujian ini. Secara amnya, tiada persediaan khas untuk Ekokardiogram Transtorasik Standard.

Apa yang berlaku semasa Ekokardiogram Transtorasik?

Hanya juruteknik ultrabunyi yang terlatih disyorkan untuk melakukan Ekokardiogram Transtorasik (TTE), EkokardiogramTtekanan, Ekokardiogram Doppler.

Sekiranya anda mempunyai keadaan tertentu seperti obesiti atau penyakit paru-paru kronik, yang menghalang pandangan jantung anda, doktor anda boleh meminta anda menerima bahan kontras melalui IV. Ini akan memberikan hasil yang lebih tepat akan fungsi jantung anda.

Anda akan berbaring di atas katil atau meja secara terlentang atau di sisi kiri anda. Cakera logam kecil (elektrod) akan ditampal pada tangan dan kaki anda untuk merekodkan kadar denyutan jantung anda semasa ujian.

Untuk mengenalpasti gelombang bunyi dengan lebih mudah, sedikit gel akan disapu di sebelah kiri dada anda. Transduser akan ditekan dengan kuat ke atas dada anda untuk menghantar gelombang bunyi ke dalam dada dan dipindahkan dari satu sisi ke sisi yang lain untuk mengambil kembali gema gelombang bunyi tadi yang dipantulkan dari bahagian-bahagian yang berlainan di jantung. Gema ini kemudian diubah menjadi gambar yang boleh dilihat pada skrin video. Prosedur ini biasanya dilakukan di bilik gelap untuk membolehkan juruteknik melihat gambar dengan lebih mudah.

Untuk mendapatkan gambar jantung anda yang terperinci, transduser perlu dipindahkan ke hampir setiap kawasan di dada anda. Anda juga akan diminta untuk tidak bergerak, menarik nafas dan menghembus nafas dengan sangat perlahan, menahan nafas anda, atau berbaring di sebelah kiri anda pada masa tertentu.

Ujian ini sering berlangsung selama 30 hingga 60 minit. Selepas itu, juruteknik akan mengeluarkan elektrod dan mengelap gel tersebut.

Apakah yang berlaku selepas Ekokardiogram Transtorasik?

Kebanyakan orang tidak mengalami sebarang ketidakselesaan daripada ujian ultrabunyi. Tetapi jika anda mengalami kesukaran bernafas atau tidak boleh berbaring terus untuk menjalani pemeriksaan untuk yang lama, anda mungkin tidak dapat menjalani keseluruhan ujian echo. Sila berbincang dengan doktor anda atau juruteknik yang melakukan ujian echo anda tentang sebarang kebimbangan anda.

Untuk menjalani ujian echo secara keseluruhan, anda harus boleh berbaring terus untuk tempoh yang lama dan pastikan anda tidak mengalami kesukaran untuk bernafas. Dalam kebanyakan kes, pesakit tidak mengalami sebarang ketidakselesaan. Maklumkan kepada juruteknik tentang setiap kebimbangan anda tentang perkara yang boleh menjejaskan ujian.

Sekiranya ujian menghasilkan keputusan yang baik, maka anda mungkin tidak diminta untuk menjalani ujian-ujian lain. Sekiranya ujian tersebut memberikan keputusan yang tidak normal, maka, untuk mendapatkan hasil yang tepat, seorang pakar jantung akan mencadangkan lebih banyak ujian seperti ekokardiogram berulang dalam beberapa bulan selepas itu, atau imbasan tomografi berkomputer jantung (CT) atau angiogram koronari. Selepas mengenal pasti semua simptom dan tanda-tanda tertentu dalam keputusan tersebut, doktor anda akan mempreskripsikan sesuatu untuk merawat penyakit anda.

Penjelasan Keputusan

Apakah maksud keputusan saya?

Seorang pakar jantung boleh menghasilkan keputusan sebaik sahaja ujian itu selesai sementara sekiranya ujian itu dilakukan oleh juruteknik akan mengambil masa satu hari untuk memperolehi keputusannya.

Ekokardiogram

Normal: Kamar jantung dan dinding jantung berada pada saiz dan ketebalan yang normal, dan keduanya bergerak dengan normal.

Injap jantung berfungsi dengan normal, tanpa kebocoran atau penyempitan. Tiada tanda jangkitan.

Jumlah darah yang dipam dari ventrikel kiri dengan setiap denyutan jantung (fraksi ejeksi) adalah normal.

Tiada cecair yang berlebihan dalam kantung yang mengelilingi jantung, dan lapisan di sekeliling jantung tidak menebal.

Tiada tumor dan darah beku di dalam kamar jantung.

Tidak normal: Kamar jantung terlalu besar. Dinding jantung lebih tebal atau nipis daripada biasa. Dinding jantung tipis mungkin bermakna aliran darah yang lemah ke otot jantung atau serangan jantung lama. Kawasan yang nipis, membebani dinding jantung mungkin menunjukkan bonjolan di ventrikel (aneurisme ventrikel). Dinding otot jantung tidak bergerak secara normal kerana bekalan darah menurun dari arteri koronari yang sempit.

Satu atau lebih injap jantung tidak membuka atau menutup dengan betul (bocor) atau tidak kelihatan normal. Tanda-tanda jangkitan hadir.

Jumlah darah yang dipam dari ventrikel kiri dengan setiap denyutan jantung (fraksi ejeksi) lebih rendah daripada biasa.

Terdapat cecair di sekeliling jantung (lelehan perikardium). Lapisan di sekeliling jantung terlalu tebal.

Tumor atau darah beku boleh didapati di dalam hati.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal untuk Ekokardiogram Transtorasik (TTE) mungkin berbeza-beza.

Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya mempunyai apa-apa soalan tentang keputusan ujian anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Echocardiogram.

http://www.webmd.com/heart-disease/echocardiogram?print=true. Accessed June 20, 2016.

Echocardiogram.

http://www.bupa.co.uk/health-information/directory/e/echocardiogram. Accessed June 20, 2016.

Echocardiogram. http://www.mayoclinic.org/tests-procedures/echocardiogram/basics/what-you-can-expect/prc-20013918. Accessed June 20, 2016.

Echocardiogram. http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/003869.htm. Accessed June 20, 2016.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Pembedahan Buat Lesung Pipit Palsu Berbahaya? 9 Risiko Ini Mungkin Berlaku!

Minyak Ikan, Jangan Sekadar Ambil Suplemen. Kena Tahu Dari Mana Ia Dihasilkan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan