backup og meta

Berapa Lamakah Anestesia Kekal dalam Tubuh Anda?

Berapa Lamakah Anestesia Kekal dalam Tubuh Anda?

Anestesia adalah gabungan ubat-ubatan yang digunakan untuk menghalang kesakitan dan mengurangkan ketidakselesaan semasa prosedur perubatan. Walau bagaimanapun, kesannya mungkin berlangsung selama tempoh masa yang singkat dan biasanya akan hilang selepas pembedahan.

Apabila prosedur selesai, anda akan berhenti menerima ubat-ubatan. Berapa lama ia kekal di dalam tubuh anda bergantung kepada ubat-ubatan dan ubat lain yang digunakan, jenis, dos, dan keadaan kesihatan anda.

Anestesia setempat

Ubat jenis ini menggunakan ubat anestetik tempatan untuk mematikan rasa di kawasa tubuh anda. Anda boleh mengambil ubat secara suntikan atau ubat topikal. Ia nayak mengambil masa beberapa minit untuk membuatkan anda kehilangan rasa. Selepas prosedur, ubat-ubatan boleh hilang dalam beberapa jam. Anda boleh sembuh dengan cepat dan kembali kepada keadaan normal selepas itu.

Anestesia sebahagian

Anestesia sebahagian mencipta kebas atau mati rasa pada bahagian besar tubuh anda, seperti lengan atau kaki atau perut. Anda masih sedar. Anestesia sebahagian mempunyai dua jenis utama.

Anestesia tulang belakang

Ubat-ubatan akan dimasukkan ke dalam kawasan yang dikenali sebagai ruang subaraknoid melalui jarum. Anda mungkin tidak dapat menggerakkan kaki anda sehingga anestesia itu hilang. Ubat-ubatan biasanya bermula dengan serta-merta dan hilang dalam beberapa jam.

Anestesia epidural

Jenis ubat anestetik serantau ini menggunakan kateter untuk menyuntik ubat-ubatan ke kawasan yang dipanggil ruang epidural. Selepas prosedur, kateter boleh kekal di dalam tubuh anda untuk meringankan kesakitan. Ini boleh menjadi beberapa jam, malah beberapa hari.

Penyedia anestesia boleh menyesuaikan jumlah ubat yang dimasukkan ke dalam badan anda dengan menyambungkan kateter ke pam automatik.

Apabila penyedia menghentikan ubat, ia mungkin mengambil masa beberapa jam untuk kesannya hilang. Selepas itu kesakitan sepenuhnya boleh kembali dengan segera.

Anestesia am

Di bawah ubat-ubatan anestetik am, anda tidak sedarkan diri sepenuhnya. Doktor biasanya menggunakan jenis ini untuk pembedahan yang lama dan rumit. Pesakit boleh mengambil ubat dalam dua cara, sebagai cecair dengan menyuntiknya melalui kanula atau sebagai gas yang anda bernafas melalui topeng.

Selain itu, ubat-ubatan akan bertindak dengan cepat selepas dimasukkan ke dalam tubuh anda dan mungkin akan hilang selepas beberapa jam. Kesedaran anda boleh kembali sejurus selepas ubat hilang. Dan anda akan terjaga sepenuhnya selepas sehari atau lebih, bergantung kepada dos dan keadaan kesihatan anda.

Kebanyakan ubat-ubatan adalah selamat. Ia akan bertindak dengan cepat dan boleh kekal di dalam tubuh anda selama beberapa jam atau beberapa hari selepas penyedia anestesia menghentikan pemberian ubat, yang mana bergantung pada keadaan kesihatan anda, jenis ubat, dan jumlah ubat di dalam tubuh anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

General anaesthesia. http://www.nhs.uk/conditions/Anaesthetic-general/Pages/Definition.aspx. Accessed October 14, 2016

Local anaesthesia. http://www.nhs.uk/Conditions/Anaesthetic-local/Pages/Introduction.aspx?url=Pages/What-is-it.aspx. Accessed October 14, 2016

Epidural anaesthesia – How it is performed. http://www.nhs.uk/Conditions/Epidural-anaesthesia/Pages/Howitisperformed.aspx. Accessed October 14, 2016

Anesthesia – Topic Overview. http://www.webmd.com/pain-management/tc/anesthesia-topic-overview?page=3. Accessed October 14, 2016

Spinal and epidural anesthesia. https://medlineplus.gov/ency/article/007413.htm. Accessed October 14, 2016

Versi Terbaru

04/10/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Pembedahan Buat Lesung Pipit Palsu Berbahaya? 9 Risiko Ini Mungkin Berlaku!

Minyak Ikan, Jangan Sekadar Ambil Suplemen. Kena Tahu Dari Mana Ia Dihasilkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 04/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan