backup og meta

Anestesia: Kepentingan Dalam Pembedahan

Anestesia: Kepentingan Dalam Pembedahan

Anestesia adalah rawatan perubatan yang menghalang pesakit daripada berasa sakit semasa pembedahan. Untuk menghasilkan anestesia, doktor menggunakan ubat-ubatan yang dipanggil anestetik. Para saintis telah membangunkan koleksi ubat anestetik dengan kesan yang berbeza.

Ubat-ubatan ini termasuk anestetik umum, serantau, dan tempatan. Anestetik am meletakkan pesakit dalam keadaan tidur semasa prosedur. Anestetik tempatan dan serantau hanya kebas atau kehilangan rasa pada bahagian tubuh dan membolehkan pesakit tetap terjaga semasa prosedur.

Bergantung kepada jenis kelegaan yang diperlukan, doktor memberikan anestetik dengan suntikan, penyedutan, losyen topikal, semburan, titisan mata, atau skin patch.

Peranan anestesia dalam pembedahan

Anestetik am/umum

Anestetik am menjejaskan seluruh tubuh, menjadikan pesakit tidak sedarkan diri dan tidak dapat bergerak. Anestetik am boleh diberikan melalui suntikan IV atau dengan gas atau wap.

Pakar bedah menggunakannya apabila mereka melakukan prosedur pada organ dalaman dan untuk prosedur invasif atau prosedur yang memakan masa yang lain seperti pembedahan belakang. Tanpa anestetik am, kebanyakan prosedur menyelamatkan nyawa tidak mungkin dilakukan atau berjaya, seperti  pembedahan jantung, pembedahan otak, dan pemindahan organ.

Anestetik tempatan dan serantau

Doktor menggunakan anestetik tempatan dan serantau untuk menghalang kesakitan di bahagian tubuh. Dengan anestetik ini, pesakit tetap sedar dan selesa. Biasanya, pesakit boleh pulang ke rumah selepas pembedahan.

Anestetik setempat menjejaskan sebahagian kecil tubuh, seperti gigi tunggal. Ia sering digunakan dalam pergigian, pembedahan mata seperti penyingkiran katarak, dan untuk menghilangkan pertumbuhan kulit kecil termasuk kutil dan tahi lalat.

Manakalan anestetik serantau menjejaskan kawasan yang lebih besar, seperti lengan, kaki, atau segala-galanya di bawah pinggang. Sebagai contoh, anestetik jenis ini digunakan untuk pembedahan tangan dan sendi, untuk meringankan kesakitan semasa bersalin, atau semasa pembedahan C-section.

Bagaimanakah anestesia berfungsi?

Para saintis kini mengkaji bagaimana anestesia mempengaruhi molekul tertentu dalam sel. Kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa ia mensasarkan protein dalam membran di sekitar sel-sel saraf. Oleh kerana anestetik yang dihirup mempunyai kesan yang berbeza daripada yang intravena, para saintis mengesyaki bahawa ia menyasarkan pelbagai set protein.

Berikut adalah fungsi anestesia:

  • Fungsi penting tubuh: Selain melegakan kesakitan semasa pembedahan, pakar anestesia juga memerhatikan fungsi penting badan seperti pemantauan tekanan darah, kadar jantung, suhu tubuh untuk melakukan pembedahan yang berjaya.
  • Tahap kesakitan: Peranan anestesia semasa pembedahan adalah untuk mengekalkan tahap kesakitan dan tahap kesedaran semasa pembedahan.
  • Otot: Penenang otot yang diberikan sebagai sebahagian daripada anestesia supaya otot di sekitar kawasan pembedahan tidak dipadatkan dan doktor dapat melakukan tugas mereka dengan mudah.
  • Tidak menyebabkan komplikasi: Anestesia sangat unik, dalam erti kata lain, bukan rawatan pembedahan secara langsung tetapi ia membantu merawat, menyembuhkan semasa pembedahan tanpa menyebabkan kesakitan atau komplikasi kepada tubuh.
  • Pengurusan kesakitan: Anestesia yang diberikan semasa pembedahan membantu dalam pengurusan kesakitan. Kajian telah menunjukkan bahawa kesakitan yang diuruskan dengan baik semasa pembedahan mengurangkan tekanan fisiologi dan sakit kronik di kemudian hari.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anesthesia https://www.nigms.nih.gov/education/pages/factsheet_Anesthesia.aspx Accessed on Feb 18, 2019.

What do anesthesiologists do? https://www.medicalnewstoday.com/articles/287857.php Accessed on Feb 18, 2019.

Importance Of Anesthesia In Surgery https://www.boldsky.com/health/wellness/2016/importance-of-anesthesia-in-surgery/articlecontent-pf119487-100802.html Accessed on Feb 18, 2019.

Versi Terbaru

08/07/2020

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Pembedahan Buat Lesung Pipit Palsu Berbahaya? 9 Risiko Ini Mungkin Berlaku!

Minyak Ikan, Jangan Sekadar Ambil Suplemen. Kena Tahu Dari Mana Ia Dihasilkan!


Fakta Disemak oleh

Dr. Shelby


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan