Semasa berada di sekolah rendah, penulis dan rakan-rakan lain akan mula berasa sedikit gusar apabila mula menginjakkan kaki ke Tahun 6. Mengapa? Sebab katanya, suntikan ini akan diberikan jika parut BCG tiada di lengan kiri. Betul ke?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Semasa berada di sekolah rendah, penulis dan rakan-rakan lain akan mula berasa sedikit gusar apabila mula menginjakkan kaki ke Tahun 6. Mengapa? Sebab katanya, suntikan ini akan diberikan jika parut BCG tiada di lengan kiri. Betul ke?
Terdapat cakap-cakap yang mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang tidak mempunyai kesan di bahagian lengan kiri, akan menerima suntikan BCG semula.
Perkataan BCG ini pasti menyeramkan setiap kanak-kanak sekolah terutama mereka yang berada di Tahun 6. Anda tahu apakah sebenarnya vaksin BCG ini?
BCG atau bacille Calmette-Guerin, adalah sejenis vaksin yang digunakan untuk mencegah penyakit tuberkulosis atau TB.
Suntikan ini digunakan di negara-negara dengan kadar kelaziman TB yang tinggi.
Suntikan ini digalakkan untuk diberi kepada bayi, kanak-kanak dan individu dewasa yang berumur bawah 35 tahun yang berisiko untuk mendapat TB.
Vaksin BCG mengandungi bakteria TB yang dilemahkan, yang membina imuniti dan menggalakkan tubuh untuk melawan TB jika dijangkiti dengannya.
Walau bagaimanapun, ia tidak akan menyebabkan sebarang penyakit TB daripada berlaku akibat suntikan tersebut.
Tindak balas yang biasa terjadi daripada vaksin BCG adalah kemerahan dan/ atau benjolan kecil di tempat suntikan, diikuti oleh ulser kecil selama beberapa minggu kemudian.
Ulser tersebut mungkin terjadi dalam masa beberapa minggu hingga beberapa bulan sebelum ia sembuh dan membentuk parut rata yang kecil.
Di Malaysia, suntikan vaksin BCG telah bermula sejak tahun 1961 sebagai salah satu usaha di bawah Program Kawalan Tibi Kebangsaan. Antara golongan yang perlu menerima suntikan ini ialah:
Bagi mereka yang telah menerima suntikan dan ada parut BCG, mereka tidak perlu lagi mendapatkan vaksinasi tersebut memandangkan ia tidak memberikan perlindungan tambahan kepada penerimanya.
Walau bagaimanapun, jika tidak terdapat sebarang reaksi pada kulit seperti parut kecil, anda mungkin perlu disuntik sekali lagi dengan suntikan vaksin tersebut.
Melalui Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan pada tahun 2015, pemberian semula vaksinasi BCG kepada murid sekolah Tahun 1 atau yang berumur 7 tahun telah diberhentikan.
Pemeriksaan kewujudan parut pada lengan juga telah dihentikan untuk murid Tahun 1.
Hanya bayi yang baru dilahirkan perlu diperiksa status suntikan BCG pada umur 3 bulan secara rutin.
Pemberian semula vaksin diberikan kepada bayi yang tidak mempunyai sebarang parut vaksin ini.
Kini, murid sekolah daripada Tahun 1 hingga 6 mungkin tidak akan lagi mengalami mimpi ngeri sebagaimana yang dialami oleh penulis ketika bersekolah di sekolah rendah.
Walau bagaimanapun, seingat penulis, memang tiada lagi program suntikan vaksin BCG di sekolah penulis sehinggalah penulis menamatkan sekolah rendah pada tahun 2006.
Jika program vaksinasi ini masih ada lagi ketika itu, penulis mungkin terselamat kerana parut di lengan kiri penulis masih wujud.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen