Berapa Lamakah Anestesia Kekal dalam Tubuh Anda?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan

Anestesia adalah gabungan ubat-ubatan yang digunakan untuk menghalang kesakitan dan mengurangkan ketidakselesaan semasa prosedur perubatan. Walau bagaimanapun, kesannya mungkin berlangsung selama tempoh masa yang singkat dan biasanya akan hilang selepas pembedahan.

Apabila prosedur selesai, anda akan berhenti menerima ubat-ubatan. Berapa lama ia kekal di dalam tubuh anda bergantung kepada ubat-ubatan dan ubat lain yang digunakan, jenis, dos, dan keadaan kesihatan anda.

Anestesia setempat

Ubat jenis ini menggunakan ubat anestetik tempatan untuk mematikan rasa di kawasa tubuh anda. Anda boleh mengambil ubat secara suntikan atau ubat topikal. Ia nayak mengambil masa beberapa minit untuk membuatkan anda kehilangan rasa. Selepas prosedur, ubat-ubatan boleh hilang dalam beberapa jam. Anda boleh sembuh dengan cepat dan kembali kepada keadaan normal selepas itu.

Anestesia sebahagian

Anestesia sebahagian mencipta kebas atau mati rasa pada bahagian besar tubuh anda, seperti lengan atau kaki atau perut. Anda masih sedar. Anestesia sebahagian mempunyai dua jenis utama.

Anestesia tulang belakang

Ubat-ubatan akan dimasukkan ke dalam kawasan yang disebut kord tulang belakang melalui jarum. Anda mungkin tidak dapat menggerakkan kaki anda sehingga anestesia itu hilang. Ubat-ubatan biasanya bermula dengan serta-merta dan hilang dalam beberapa jam.

Anestesia epidural

Jenis ubat anestetik serantau ini menggunakan kateter untuk menyuntik ubat-ubatan ke kawasan yang dipanggil ruang epidural. Selepas prosedur, kateter boleh kekal di dalam tubuh anda untuk meringankan kesakitan. Ini boleh menjadi beberapa jam, malah beberapa hari.

Penyedia anestesia boleh menyesuaikan jumlah ubat yang dimasukkan ke dalam badan anda dengan menyambungkan kateter ke pam automatik.

Apabila penyedia menghentikan ubat, ia mungkin mengambil masa beberapa jam untuk kesannya hilang. Selepas itu kesakitan sepenuhnya boleh kembali dengan segera.

Anestesia am

Di bawah ubat-ubatan anestetik am, anda tidak sedarkan diri sepenuhnya. Doktor biasanya menggunakan jenis ini untuk pembedahan yang lama dan rumit. Pesakit boleh mengambil ubat dalam dua cara, sebagai cecair dengan menyuntiknya melalui kanula atau sebagai gas yang anda bernafas melalui topeng.

Selain itu, ubat-ubatan akan bertindak dengan cepat selepas dimasukkan ke dalam tubuh anda dan mungkin akan hilang selepas beberapa jam. Kesedaran anda boleh kembali sejurus selepas ubat hilang. Dan anda akan terjaga sepenuhnya selepas sehari atau lebih, bergantung kepada dos dan keadaan kesihatan anda.

Kebanyakan ubat-ubatan adalah selamat. Ia akan bertindak dengan cepat dan boleh kekal di dalam tubuh anda selama beberapa jam atau beberapa hari selepas penyedia anestesia menghentikan pemberian ubat, yang mana bergantung pada keadaan kesihatan anda, jenis ubat, dan jumlah ubat di dalam tubuh anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Obesiti dan Risiko Pembedahan

    Obesiti adalah keadaan di mana terdapat kandungan lemak badan berlebihan yang membahayakan kesihatan. Ramai orang yang gemuk atau berlebihan berat badan berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan seperti penyakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan, Pembedahan A-Z 19/03/2019 . 2 minit bacaan

    Kesan Pembedahan terhadap Perubahan Hormon

    Pembedahan dan prosedur anestesia boleh membawa kepada beberapa perubahan hormon. Hipovolemi (penurunan isi padu darah) dan kesakitan adalah kesan langsung tindak balas hormon terhadap trauma termasuklah pembedahan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan, Pembedahan A-Z 19/03/2019 . 2 minit bacaan

    Anestesia: Jenis-jenis Ubat Bius yang Patut Anda Ketahui

    Pelbagai prosedur perubatan memerlukan penggunaan ubat bius atau anestesia. Ubat bius memang sangat diperlukan untuk melegakan kesakitan pesakit dalam proses tersebut. Tetapi dengan prosedur yang berbeza, ubat bius ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan, Pembedahan A-Z 19/03/2019 . 2 minit bacaan

    Anestesia dan Sedatif, Apakah Perbezaannya?

    Apabila doktor anda mengesyorkan pembedahan atau prosedur diagnostik atau pengimejan yang memerlukan sedatif atau anestesia, pakar bius akan menilai dan membuat keputusan tentang jenis anestetik atau sedatif yang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 20/02/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    orang tua, ubat bius, pembiusan, warga emas

    Anestesia bagi Warga Emas: Bahaya atau Selamat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 22/03/2019 . 3 minit bacaan
    suntikan epidural

    Kesan Sampingan Suntikan Epidural

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 22/03/2019 . 2 minit bacaan
    anestesia, kesan sampingan, pembiusan

    Kesan Sampingan Anestesia: Apa yang Patut Anda Jangkakan Selepas Pembedahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 22/03/2019 . 3 minit bacaan
    pembedahan, anestesia, pembiusan, ubat bius

    Bagaimana Mempersiapkan Anak Anda untuk Pembiusan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 20/03/2019 . 2 minit bacaan