Betul Ke Jatuh Terduduk Boleh Sebabkan Tulang Retak Akibat Terlalu Rapuh?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/06/2020

Pernahkah anda terfikir mengapakah orang tua lebih berisiko untuk mengalami keretakan tulang berbanding dengan orang muda? Adakah anda tahu berkenaan dengan osteoporosis? Ikuti artikel ini untuk mengetahui maklumat selanjutnya.

Tulang retak akibat tersadung

Secara umumnya, semua orang takut dengan pembedahan terutamanya jika ia melibatkan organ-organ penting seperti jantung dan otak. Adakah tinggi kebarangkalian untuk saya mati di dalam bilik bedah? Adakah saya tidak akan bangun lagi seusai pembedahan tamat? Adakah saya akan mengalami kecacatan kekal jika saya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan? Itulah antara persoalan yang bermain dalam fikiran Lo Lan Yen.

Puan Lo, seorang wanita yang kini berusia 77 tahun telah menjalani pembedahan pada tahun 2015 akibat daripada jatuh, tersadung dek karpet di kediamannya. Dia jatuh terduduk dan tidak dapat berdiri selepas itu kerana kesakitan yang amat pada bahagian pinggul di sebelah kiri. Ketidakpastian berkenaan dengan punca kesakitan tersebut telah mendorong suaminya, Encik Wong untuk menelefon ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut di hospital swasta.

“Puan mengalami keretakan pada bahagian leher tulang femur (tulang paha) kiri.”. Apabila Puan Lo diberitahu berkenaan dengan diagnosis tersebut, dia tergamam. Dia tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan tetapi kini, dia diberitahu bahawa tulangnya retak hanya kerana jatuh daripada posisi berdiri.

Diam-diam tulang merapuh

Osteoporosis adalah penyakit tulang rapuh kesan daripada perubahan pada kekuatan tulang. Ia boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor risiko seperti peningkatan usia, jantina pesakit, faktor kekurangan vitamin D atau kalsium dalam pemakanan, menopaus dan lain-lain. Kekuatan tulang bergantung kepada jisim dan kualiti tulang tersebut. Secara mudahnya, ia dipengaruhi oleh struktur, kadar pusing ganti (turnover rate), kadar kerosakan dan kadar pemineralan tulang.

Estrogen adalah merupakan salah satu hormon penting bagi wanita dalam memastikan kadar resorpsi tulang berada pada tahap minima. Ketika wanita mengalami menopaus, rembesan estrogen terhenti dan ini akan mengakibatkan kadar resorpsi tulang meningkat sekali gus menyebabkan kerapuhan tulang. Ini adalah sebab mengapa wanita mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat osteoporosis setelah mereka mencapai usia menopaus.

Osteoporosis dianggap sebagai salah satu daripada masalah kesihatan yang besar dialami oleh populasi orang tua. Oleh sebab jangka hayat manusia semakin meningkat, kita akan menyaksikan peningkatan populasi orang tua kelak di seluruh dunia. Isu osteoporosisi tidak lagi boleh dipandang enteng kerana ia bakal mempengaruhi kualiti hidup warga tua dan secara tidak langsung, bebanan kewangan negara bagi merawat komplikasi osteoporosis.

Awasi langkah anda

Selepas pembedahan, Puan Lo akhirnya boleh berdiri dan berjalan dengan menggunakan tongkat. Kini (2019), dia dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa dan bergerak ke sana ke mari tanpa menggunakan alat bantuan. Selepas tempoh pembedahannya pada tahun 2015, Puan Lo telah diberitahu oleh doktor bahawa tulangnya mengalami kerapuhan yang serius. Dia telah dirawat oleh doktor dengan terapi alendronate dan diberikan kalsium dan vitamin D tambahan.

Bersempena dengan Hari Osteoporosis Sedunia yang akan disambut pada 20 Oktober 2019 yang lalu, Puan Lo dan Encik Wong menekankan kepentingan untuk mendapatkan rawatan bagi orang tua yang mengalami kesakitan akibat daripada terjatuh. Kadangkala, kita memandang ringan terhadap perkara ini yang seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif terhadap individu tersebut. Namun perlu diingatkan bahawa, setiap manusia berbeza. Orang tua, khususnya mempunyai tubuh fizikal yang kian lemah dan jika mereka mengadu kesakitan, usah teragak-agak untuk menelefon ambulans.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    11 Jenis Makanan yang Sangat Baik Untuk Tulang Anda

    Untuk membina tulang yang kuat, kita memerlukan sekurang-kurangnya dua nutrien penting: kalsium dan vitamin D. Kalsium bertindak menyokong kepadatan dan kekuatan tulang anda manakala vitamin D menggalakkan penyerapan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Keretakan Tulang Pinggul

    Keretakan tulang pinggul adalah kecederaan serius, dengan komplikasi yang boleh mengancam nyawa. Risiko keretakan tulang pinggul meningkat seiring dengan usia. Apa itu keretakan tulang pinggul? Keretakan tulang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Fakta Menarik Tentang Tubuh Badan Manusia

    Tubuh manusia ialah satu produk ciptaan yang sangat unik dan berteknologi tinggi. Mari ikuti fakta menarik mengenai tubuh badan anda yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini. 1. Manusia normal mempunyai ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Zedcal Op

    Kenali apa itu Zedcal Op. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nurizati Hamizah Abd. Rahim

    Artikel lain untuk anda

    minum susu

    Anda Tahu Berapa Banyak Susu Perlu Diminum Dalam Sehari?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 24/10/2019
    depresi

    Mengharungi Sekolah Perubatan Dengan Depresi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/10/2019
    sakit belakang

    Sakit Belakang? Posisi Tidur Anda Mungkin Memainkan Peranan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 29/03/2019
    osteoporosis

    Osteoporosis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 25/03/2019