Vitreus Kabur (Vitreous Opacity)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah itu vitreus kabur?

Vitreus kabur adalah keadaan apabila anda mengalami floaters (objek terapung) di dalam mata.  Floaters adalah bintik-bintik kecil yang terapung dan melayang merentasi medan penglihatan anda. Ia akan tampil apabila anda melihat kepada sesuatu yang terang, seperti kertas putih atau langit biru. Ia boleh membuatkan anda rasa terganggu, tetapi ia sepatutnya tidak mengganggu penglihatan anda.

Apakah kebarangkalian kelegapan vitreus?

Vitreus kabur boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom kelegapan vitreus?

Simptom yang lazim bagi vitreus kabur ialah :

  • Bintik-bintik pada penglihatan anda yang kelihatan seperti serpihan-serpihan gelap dan bebenang telus yang terapung
  • Bintik-bintik yang beralih apabila anda mengalihkan mata anda. Jadi apabila anda cuba untuk melihatnya, ia akan segera beredar daripada medan penglihatan anda.
  • Bintik-bintik yang sangat ketara apabila anda melihat latar belakang kosong yang terang seperti langit biru dan dinding putih
  • Bintik-bintik yang akan tenggelam dan beredar daripada pandangan anda.

Floaters mendapat namanya kerana ia terapung di dalam mata anda. Ia cenderung untuk beralih arah apabila anda cuba memberikan fokus kepadanya. Sekali anda mengalaminya, ia tidak akan pergi, tetapi keadaan tersebut boleh bertambah baik dari masa ke semasa.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus hubungi doktor anda  sekiranya mengalami perkara-perkara berikut:

  • Floaters di dalam mata bertambah berbanding biasa
  • Floaters yang baru yang datang secara mengejut
  • Melihat kerlipan cahaya
  • Penglihatan bahagian tepi menjadi gelap (Kehilangan penglihatan periferi)

Simptom yang tidak menyakitkan ini adalah berpunca dari retinal yang tercarik, dengan atau tanpa retinal tercabut – kondisi yang mengancam penglihatan dan memerlukan perhatian segera.

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan vitreus kabur?

Kebanyakan floaters adalah bintik-bintik kecil protein yang dipanggil kolagen. Ia adalah sebahagian daripada bahan-bahan seperti gel di belakang mata anda yang dipanggil vitreus. Semakin anda berumur, gentian protein yang menghasilkan vitreus mengecil menjadi serpihan-serpihan yang bergumpal. Bayang-bayang yang  ia hasilkan pada retina anda itulah yang digelar sebagai floaters. Sekiranya anda melihat kerdipan cahaya, itu adalah kerana vitreus telah tercabut daripada retina. Berikut adalah punca kepada kondisi tersebut.

    • Perubahan mata yang terkait dengan umur: Floaters mata biasa berlaku disebabkan perubahan yang berlaku kepada vitreus dari masa ke semasa – bahan seperti jeli yang memenuhi bola mata anda dan membolehkan ia mengekalkan bentuk bulatnya. Semakin lama, vitreus menjadi separa cair — proses yang menyebabkan vitreus tercabut daripada bahagian dalam bebola mata. Apabila vitreus semakin mengecut dan tergantung, ia bergumpal dan menjadi seperti bebenang. Serpihan-serpihan ini menghalang cahaya daripada melaluinya lalu menghasilkan bayang-bayang pada retina.
    • Keradangan di bahagian belakang mata: uveitis posterior adalah keradangan pada lapisan uvea di bahagian belakang mata. Uveitis posterior yang boleh menyebabkan floaters mata, terjadi mungkin hasil daripada jangkitan atatu keradangan.
    • Pendarahan dalam mata: Pendarahan dalam vitreus mempunyai banyak sebab, termasuklah kecederaan atau masalah pembulu darah..
  • Retina tercarik: Retina boleh tercarik apabila vitreus yang tergantung menarik retina dengan kuat .Tanpa rawatan, retinal tercarik boleh membawa kepada kondisi yang lebih teruk, retina tercabut — pengumpulan cecair di belakang retina yang menyebabkan ia terpisah daripada belakang mata anda. Sekiranya tiada rawatan yang diberikan , ia boleh menyebabkan buta yang kekal selamanya.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Berumur lebih 50 tahun
  • Rabun jauh;
  • Trauma pada mata;
  • Komplikasi daripada pembedahan katarak
  •  Retinopati Diabetik;
  • Radang mata.

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakan kelegapan vitreus didiagnosis?

Doktor akan menjalankan pemeriksaan mata yang lengkap termasuklah meluaskan anak mata (pupil) untuk melihat bahagian belakang mata dengan baik.

Bagaimanakan kelegapan vitreus dirawat?

Floaters mata sangat mengjengkelkan dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengannya. Namun, selepas beberapa ketika, anda akan mampu untuk menghiraukannya atau anda akan merasakannya lebih kurang daripada biasa.

Sekiranya floaters mengganggu penglihatan anda, yang jarang-jarang sekali berlaku, anda mungkin memerlukan rawatan. Pilihan rawatan yang ada termasuklah:

  • Menggunakan laser untuk menghapuskan floaters. Pakar oftalmologi akan menyasarkan laser khas pada floaters di dalam vitreus, yang akan menghancurkan dan membuatkannya kurang disedari. Sebahagian orang yang menerima rawatan ini mengatakan penglihatan mereka bertambah baik, yang lain pula berkata terlalu sedikit perbezaan atau tiada perubahan langsung.
  • Risiko terapi laser termasuk boleh merosakkan retina anda sekiranya tidak disasarkan dengan betul. Pembedahan laser untuk merawat floaters tidak selalu digunakan.
  • Pembedahan untuk membuang vitreus.. Pakar oftalmologi akan membuang vitreus tersebut melalui bukaan kecil dan menggantikannya dengan cecair yang membantu untuk mengekalkan bentuk bulat mata. Pembedahan mungkin tidak mampu mengalihkan semua floaters, dan floaters baru boleh terhasil selepas pembedahan. Risiko vitrektomi termasuklah pendarahan dan retinal tercarik.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas ?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi vitreus kabur:

Kebanyakan floaters mata berlaku hasil daripada proses penuaan semula jadi. Anda mungkin tidak boleh mengelakkan floaters, tapi anda boleh pastikan yang ia bukan berpunca daripada masalah yang serius. Sebaik sahaja anda menyedari floaters mata, sila berjumpa pakar oftalmologi. Mereka akan memastikan floaters mata anda bukan berpunca daripada masalah serius yang boleh merosakkan penglihatan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Arteritis Sel Gergasi

    Kenali apa itu Arteritis Sel Gergasi . Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 27/05/2018 . 6 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gangguan penglihatan

    Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/08/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit katarak

    Jika Tidak Dirawat, Katarak Boleh Menyebabkan Buta! Buat 6 Langkah Ini Untuk Elak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    masalah penglihatan

    Sekurang-kurangnya 2.2 Billion Alami Masalah Penglihatan – Laporan WHO

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 11/10/2019 . 2 minit bacaan

    Rabun Jauh: Apakah Puncanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Diterbitkan pada 21/08/2018 . 2 minit bacaan