backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Sinusitis Kronik

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Sinusitis Kronik?

Sinusitis kronik ialah keadaan biasa dimana kaviti sekeliling laluan hidung (sinus) menjadi radang dan membengkak sekurang-kurangnya 12 minggu, walaupun sudah mencuba dengan rawatan.

Ia juga dikenali sebagai rhinosinusitis kronik, keadaan ini mengganggu penyaliran dan menyebabkan terjadinya mukus. Bernafas melalui hidung mungkin menjadi sukar. Kawasan disekitar mata dan muka anda mungkin berasa bengkak, dan anda mengalami kesakitan atau berasa pedih pada muka.

Sinusitis kronik terjadi disebabkan oleh jangkitan, dengan pertumbuhan kuman tersebut di dalam sinus (nasal polyp) atau septum hidung menjadi senget. Keadaan ini sering berlaku kepada orang dewasa pertengahan umur dan orang muda, tetapi ia juga boleh berlaku kepada kanak-kanak.

Apakah kebarangkalian Sinusitis Kronik?

Sinusitis kronik boleh terjadi kepada pesakit pada semua perigkat usia. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Sinusitis Kronik?

Sekurang-kurangnya dua daripada empat tanda-tanda dan simptom utama sinusitis kronik perlu muncul bersama radang hidung untuk diagnos keadaan ini. Antaranya ialah:

  • Cecair pekat, berwarna yang keluar daripada hidung atau mengalir ke belakang tekak (pengaliran belakang hidung).
  • Hidung tersumbat, menyebabkan kesukaran bernafas melalui hidung.
  • Sakit, berasa pedih dan bengkak sekeliling mata, pipi, hidung atau dahi.
  • Kurang deria bau dan rasa dalam kalangan orang dewasa atau batuk pada kanak-kanak.

Tanda-tanda dan simptom lain ialah:

  • Sakit telinga
  • Saki pada rahang dan gigi atas
  • Batuk yang menjadi semakin teruk pada waktu malam.
  • Sakit tekak
  • Mulut berbau (halitosis)
  • Letih atau mudah berasa jengkel
  • Loya

Sinusitis kronik dan akut mempunyai tanda dan simptom yang sama, tetapi sinusitis akut ialah jangkitan sinus sementara dan biasanya bersama selsema. Tanda dan simptom sinusitis kronik lebih lama dan selalunya menyebabkan keletihan. Demam bukanlah tanda yang lazim bagi sinusitis kronik, tetapi anda mungkin mengalaminya bersama sinusitis akut.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda sekiranya anda mengalami perkara berikut:

  • Anda mengalami sinusitis berulang kali, dan  tidak pulih dengan rawatan.
  • Anda mengalami simptom sinusitis melebihi daripada tujuh hari.
  • Simptom anda tidak pulih selepas berjumpa doktor.

Berjumpa dengan doktor anda dengan segera jika anda mengalami tanda berikut dimana ia mungkin merupakan tanda jangkitan serius:

  • Demam panas
  • Bengkak dan merah disekeliling mata
  • Sakit kepala yang teruk
  • Kekeliruan
  • Penglihatan menjadi dua atau perubahan penglihatan yang lain.
  • Kekakuan leher

Punca

Apakah Punca Sinusitis Kronik?

Punca lazim sinusitis kronik ialah:

  • Polyp hidung. Pertumbuhan tisu ini boleh menghalang laluan hidung atau sinus.
  • Septum hidung bengkok. Septum yang senget-dinding antara lubang hidung-mungkin menjadi sempit atau menghalang laluan sinus.
  • Keadaan kesihatan lain. Komplikasi cystic fibrosis, reflux perut dan esofagus atau HIV dan penyakit berkaitan sistem imuniti yang lain juga boleh menyebabkan laluan hidung terhalang.
  • Jangkitan saluran pernafasan. Jangkitan pada saluran ini- selalunya disebabkan oleh selsema- boleh menyebabkan radang dan menebalkan lapisan sinus dan menghalang pengaliran mukus. Jangkitan ini boleh disebabkan oleh virus, bakteria atau fungi.
  • Alahan seperti demam alergi,radang yang berlaku bersama alahan boleh menghalang laluan sinus.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sinusitis Kronik?

Terdapat banyak faktor risiko sinusitis kronik, antaranya ialah:

  • Kecacatan pada laluan sinus, seperti septum hidung bengkok atau nasal polyp
  • Asthma, yang berhubung dengan sinusitis kronik
  • Sensitif dengan aspirin yang menyebabkan simptom-simptom pernafasan
  • Penyakit sistem imuniti seperti HIV/AIDS atau cystic fibrosis
  • Demam alergi atau keadaan alahan yang lain yang menjejaskan sinus anda
  • Kerap terdedah kepada bahan pencemaran seperti asap rokok

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Sinusitis Kronik didiagnosis?

Doktor anda akan memeriksa untuk kesakitan pada hidung dan muka dan melihat ke dalam hidung anda.

Metod lain untuk diagnos sinusitis kronik ialah:

  • Endoskopi hidung. Tiub nipis, felksibel (endoskopi) bersama cahaya fiber optik dimasukkan melalui hidung untuk doktor melihat ke dalam sinus anda. Ia juga dikenali sebagai rhinoskopi.  
  • Kajian imbasan. Gambaran ini diambil menggunakan imbasan CT atau MRI menunjukkan secara teliti tentang sinus dan bahagian hidung anda. Ini mungkin menunjukkan dengan tepat radang dalaman atau penghalang fizikal yang sukar untuk dikesan menggunakan endoskopi.
  • Kultur hidung dan sinus. Kultur ini secara amnya tidak boleh memberi diagnosis sinusitis kronik. Tetapi apabila keadaan ini gagal memberi respon kepada rawatan atau menjadi semakin teruk, kultur tisu mungkin membantu mengesan punca seperti bakteria atau fungi.
  • Ujian alahan. Jika doktor anda mengesyaki keadaan ini adalah disebabkan galakan daripada alergi, dia akan mencadangkan ujian alahn kulit. Ujian kulit ini selamat dan cepat sera membantu mengesan dengan tepat allergen yang menyebabkan berlakunya alahan tersebut.

Bagaimana pesakit Sinusitis Kronik dirawat?

Matlamat rawatan sinusitis kronik ialah:

  • Mengurangkan radang sinus
  • Mengekalkan pengaliran laluan hidung
  • Menghapuskan punca
  • Mengurangkan kekerapan sinusitis

Rawatan untuk meredakan simptom ialah:

  • Pengairan hidung saline, dengan spray atau larutan hidung, mengurangkan pengaliran dan membuang kotoran dan bahan alahan.
  • Kortikosteroid hidung. Spray hidung ini membantu menghalang dan merawat keradangan. Contohnya ialah fluticasone (Flonase, Veramyst), triamcinolone (Nasacort 24), budesonide (Rhinocort), mometasone (Nasonex) dan beclomethasone (Beconase AQ, Qnasl, dan lain-lain). Jika spray ini tidak berkesan, doktor anda mungkin mencadangkan untuk anda membilas menggunakan larutan saline yang dicampur dengan beberapa titisan budesonide (Pulmicort Respules) atau menggunakan mist larutan hidung.
  • Kortikosteroid secara oral atau suntikan. Ubat ini digunakan untuk melegakan keradangan akibat sinusitis kronik, terutamanya jika anda juga mengalami nasal polyp. Kortikosteroid oral boleh menyebabkan kesan sampingan serius jika digunakan dalam tempoh yang panjang, jadi, ia hanya digunakan untuk merawat simptom teruk sahaja.
  • Rawatan mengurangkan kesan aspirin, jika anda mengalami tindakbalas kepada aspirin yang menyebabkan sinusitis. Dibawah pemerhatian perubatan, anda diberi dos besar aspirin secara berperingkat untuk meningkatkan toleransi pada ubat tersebut.
  • Antibiotik kadang kala diperlukan untuk merawat sinusitis sekiranya anda mempunyai jangkitan bakteria.  Jika doktor anda tidak dapat mengesan punca jangkitan, mereka akan mencadangkan antibiotik, kadang kala bersama ubat-ubatan lain.

    Jika alahan menjadi punca sinusitis anda, suntikan alergi (immunotherapy) membantu mengurangkan tindakbalas badan kepada bahan alergi khusus mungkin memperbaiki keadaan.

    Dalam kes penyakit terhalang daripada rawatan atau ubat-ubatan, pembedahan sinus endoskopi mungkin menjadi pilihan. Untuk prosedur ini, doktor menggunakan tiub yang nipis, fleksibel bersama lampu (endoskopi) untuk memantau laluan sinus anda. Bergantung kepada sumber penghalang, doktor mungkin menggunakan pelbagai instrumen untuk membuang tisu atau polyp yang menjadi punca hidung tersumbat. Membesarkan bukaan sinus yang sempit juga merupakan pilihan untuk membantu pengaliran.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sinusitis Kronik?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi Sinusitis kronik. Ini dapat membantu badan anda melawan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

    • Minum cecair seperti air dan jus. Ini membantu mencairkan rembesan mukus dan menbantu pengaliran. Elakkan minuman yang mengandungi kafein atau alkohol, yang boleh menyebabkan dihidrasi. Alkohol juga boleh menyebabkan bengkak pada lapisan sinus dan hidung menjadi semakin teruk.  
    • Lembapkan kaviti sinus anda. Gantungkan tuala pada kepala anda seperti anda bernafas dalam wap daripada mangkuk air suam. Biarkan wap pada muka anda. Atau mandi dengan air panas, bernafas dalam udara suam, lembap untuk membantu meredakan kesakitan dan membantu pengaliran mukus.
    • Gunakan kompres suam pada muka anda. Letakkan tuala suam, lembap disekitar hidung, pipi dan mata anda untuk meredakan kesakitan pada wajah.
    • Cuci laluan hidung anda. Gunakan botol picit yang direka khas (bilasan sinus, dan lain-lain), saline canister atau neti pot untuk mencuci laluan hidung. Kaedah pengubatan sampingan ini, dipanggil lavage hidung , membantu melegakan sinus anda. Jika anda menggunakan air sendiri, pastikan air tersebut tidak tercemar- air suling, steril, dididih dan disejukkan, atau ditapis menggunakan penapis dengan saiz lubang 1 mikron atau lebih kecil. Untuk membuat larutan irrigasi. Pastikan juga untuk membilas alatan irrigasi  setiap kali selepas menggunakannya dengan air bersih dan biarkan ia kering.
    • Tidur dengan kepala terangkat sedikit. Ini membantu pengaliran sinus, mengurangkan sumbatan.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan