Senggugut: Kesannya Terhadap Kesuburan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/05/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Dismenorea merujuk kepada kesakitan dan kekejangan melampau semasa haid. Walaupun dismenorea tidak menjejaskan kesuburan, ia mungkin menjadi isu kesuburan. Kebanyakan wanita dengan dismenorea mempunyai dismenorea primer, yang disebabkan oleh sakit perut semula jadi semasa haid. Jenis dismenorea ini tidak dikaitkan dengan kesuburan.

Bagaimana pun, satu daripada empat wanita mengalami dismenorea sekunder, iaitu kesakitan atau kekejangan disebabkan oleh ginekologi. Berikut adalah kesakitan akibat haid yang boleh memberi kesan terhadap kesuburan.

Fibroid rahim

Fibroid rahim adalah ketumbuhan bukan biasa yang berlaku di dinding otot rahim. Ia boleh terdiri daripada saiz yang sangat kecil (ΒΌ inci) hingga lebih besar daripada cantaloupe dan anda boleh mendapat satu atau banyak fibroid.

Ramai wanita mempunyai fibroid rahim semasa hidup tidak menyedarinya kerana ia selalunya tidak menunjukkan simptom. Doktor boleh menemui fibroid secara kebetulan semasa pemeriksaan pelvik atau ultrabunyi pranatal.

Fibroid mungkin atau tidak boleh menjejaskan kesuburan, biasanya bergantung pada lokasinya. Fibroid submucosal adalah jenis yang paling mungkin untuk menjejaskan keupayaan anda untuk hamil. Fibroid ini boleh merosakkan rahim dan mengganggu implantasi embrio.

Endometriosis

Endometriosis adalah gangguan menyakitkan yang mana tisu yang biasanya melekat di dalam rahim tumbuh di luar rahim anda, iaitu di ovari, tiub fallopio, belakang rahim dan pundi kencing. Seperti lapisan rahim, tisu endometriosis rosak dan berdarah semasa haid dan ini menyebabkan kesakitan, terutama semasa haid anda.

Tisu parut (adhesions) boleh membentuk di dalam pelvis di mana pendarahan berlaku, dan boleh menyebabkan organ-organ melekat menyebabkan kesakitan. Masalah kesuburan juga mungkin timbul akibat daripadanya.

Sista ovari (Ovarian cysts)

Sista (cysts) adalah kantung berisi cecair yang boleh membentuk dalam ovari sebagai sebahagian daripada folikel yang berkembang secara bulanan dengan telur. Apabila telur tidak dilepaskan (iaitu ovulasi tidak berlaku) atau kantung telur tidak dibubarkan selepas telur dikeluarkan, ia boleh membentuk sista. Terdapat juga benign (tumor yang tidak berbahaya, bukan kanser) dan, jarang, sista kanser yang boleh terbentuk di ovari.

Kebanyakan wanita akan mengalami sista di ovari mereka sekurang-kurangnya sekali. Kebanyakan sista tidak disedari kerana ia tidak menyakitkan dan tidak menunjukkan simptom dan ditemui semasa ujian pelvik rutin.

Sesetengah sista ovari boleh dikaitkan dengan penurunan kesuburan, bergantung kepada jenis sista ovari yang anda miliki. Sista ovari yang boleh menjejaskan kesuburan anda termasuk:

  • Endometriomas

Endometriomas adalah sista yang disebabkan oleh endometriosis. Sista ovari ini boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan.

  • Sista ovari yang disebabkan oleh sindrom ovarium polikistik.

Sindrom ovarium polikistik (PCOS) adalah keadaan yang ditandakan oleh banyak sista kecil pada ovari anda, haid tidak teratur dan tahap hormon tertentu. PCOS dikaitkan dengan ovulasi yang tidak teratur, yang mungkin menyumbang kepada masalah kesuburan pada sesetengah wanita.

Sekiranya anda mengalami senggugut yang teruk dan tidak sembuh seperti biasa, rujuk pakar sakit puan anda untuk memastikan keadaan kesihatan rawatan yang bersesuaian.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kaum Hawa Jangan Buat Main Jika Sakit Datang Bulan! Senggugut Boleh Jejas Sistem Peranakan

    Senggugut bukanlah perkara asing dalam kalangan wanita. Namun, adakah senggugut mendatangkan apa-apa kesan sampingan pada badan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 25/08/2020 . 3 minit bacaan

    Senaman Adalah KUNCI Sperma Berkualiti & Berkuantiti! Berapa Kerap Lelaki Perlu Buat Ya?

    Semua lelaki mengimpikan sperma berkualiti dan berkuantiti bukan? Kunci utamanya adalah semudah melakukan senaman! Jom klik untuk baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 19/08/2020 . 3 minit bacaan

    Jaga-Jaga Wanita Bujang, Anda Juga Berisiko Dapat Masalah Kesuburan Seperti Endometriosis!

    Penyakit endometriosis sering melanda kaum Hawa, dan berpotensi mengganggu sistem pembiakan wanita, namun bagaimana pula bagi si gadis yang belum berkahwin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 29/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ganja Bukan Saja Buat Ketagih, Tapi Juga Boleh Buat Lelaki & Wanita Mandul, Benar Ke?

    Dadah seperti ganja sering diambil oleh orang ramai untuk relaks terutamanya jika mereka sedang stress dan ingin melarikan diri daripada realiti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jantina bayi

    Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
    jadual kitaran haid

    Wanita Jangan Pelik Jika Tiba-tiba Alami Haid Tak Tetap, Ini Faktor Peningkatan Usia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan
    testis lelaki

    Jangan Sangka Testis Lelaki Tidak Punya Bakteria, Kajian Kata Ia Boleh Jejaskan Kesuburan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    perokok pasif

    Husband Perokok Jangan Pelik Kalau Isteri Masih Tak ‘Lekat’ Lagi, Anda Mungkin Penyebabnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan