Primary Biliary Cholangitis: Penyakit Autoimun Saluran Hempedu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Dalam sebuah peperangan, musuh paling sukar dilawan dan dijangka apabila datang dari dalam. Itulah yang berlaku dalam satu penyakit autoimun yang disebut sebagai primary biliary cholangitis (PBC). Untuk memudahkan ia difahami, mari kita lihat maksud setiap perkataan tersebut.

Primary bermaksud primer iaitu ia berlaku disebabkan punca yang tidak dapat dikenal pasti secara jelas.

Biliary merujuk kepada bile atau hempedu.

Cholangitis bermaksud radang saluran hempedu.

Secara ringkasnya, primary biliary cirrhosis (PBC) ialah radang pada saluran hempedu disebabkan punca yang tidak dapat dikenal pasti secara jelas. Namun, kaitan dengan ahli keluarga mungkin ada dan perkara dari luar seperti merokok, bahan kimia tertentu, dan jangkitan boleh merangsang penyakit ini.

Pakar mengatakan bahawa radang tersebut disebabkan oleh keadaan autoimun, iaitu apabila sel darah putih yang sepatutnya menyerang jangkitan dan kuman sebaliknya menyerang saluran hempedu di dalam hati. Sel darah putih jenis limfosit T ditemui tinggi di dalam hati pesakit.

Apakah kesan radang saluran hempedu?

Saluran hempedu ialah jaringan saluran yang terdapat di dalam dan luar hati. Ia berfungsi menyalurkan hempedu (yang dihasilkan oleh hati) keluar dari hati ke dalam usus kecil (duodenum), sebahagiannya disimpan di dalam pundi hempedu. Hempedu memainkan peranan utama dalam proses penghadaman lemak, kolesterol, dan sesetengah vitamin (A, D, E, dan K). Ia juga membantu membuang sel darah merah yang telah rosak dan bahan lain yang tidak diperlukan oleh badan.

Saluran hempedu menyalurkan hempedu dari hati ke duodenum

Apabila saluran hempedu terganggu, hempedu akan terkumpul di dalam hati menyebabkan sel dan tisu hati mengalami radang dan mati. Kemudian, sel mati tersebut membentuk parut dan lama-kelamaan menjadi sirosis (parut pada hati) yang mengganggu hati berfungsi secara normal.

Antara simptom yang akan berlaku ialah:

  • Cepat letih, kulit gatal, mulut dan mata kering (simptom awal).
  • Sakit pada bahagian kanan atas abdomen.
  • Limpa (di bawah kiri abdomen) bengkak.
  • Mata dan kulit berwarna kuning (jaundis).
  • Cecair terkumpul di dalam abdomen (asitis).
  • Lapisan lemak (xanthoma) di sekitar mata, kelopak mata atau di tapak tangan, tapak kaki, siku, dan kaki.
  • Kolesterol tinggi.
  • Cirit-birit dan ketidakhadaman.
  • Hilang berat badan.

Antara komplikasi yang boleh berlaku ialah kanser hati, osteoporosis, kekurangan vitamin, hipertensi portal, gangguan fungsi mental, dan batu karang hempedu.

Rawatan membantu melambatkan perkembangan penyakit

Seperti penyakit autoimun lain, primary biliary cholangitis tidak mempunyai rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Apa yang boleh dilakukan hanya melambatkan perkembangan penyakit. Antara pilihan yang ada termasuk:

  • Ursodeoxycholic acid (UDCA). Sejenis ubat yang membantu membuang hempedu dari hati dan melambatkan kerosakan hati.
  • Antihistamin dan cholestyramine untuk mengurangkan gatal-gatal.
  • Pemindahan organ hati mungkin menjadi pilihan jika rawatan lain gagal membuahkan hasil. Namun, risiko penyakit ini berulang kembali masih ada selepas pemindahan organ.

Gaya hidup juga perlu diubah dengan berhenti mengambil alkohol, mengambil makanan rendah sodium, dan senaman berkala. Semua ini boleh membantu mengurangkan simptom.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Malaysia Berdepan Sekatan Ekonomi Amerika Kerana Ubat Generik Hepatitis C?

    Pada 11 Februari yang lepas, pertubuhan Doctors Without Borders (MSF) telah menghantar sepucuk surat sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyokong tindakan kerajaan untuk menggunakan lesen ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Berita, Berita Antarabangsa 13/02/2019 . 2 minit bacaan

    Kulit Gatal Tanda Penyakit Hati?

    Kulit bertindak sebagai jendela kepada tahap kesihatan keseluruhan anda. Disebabkan itu, penyakit dalaman mungkin menunjukkan tandanya dengan perubahan kulit. Kulit gatal atau pruritus boleh menjadi petunjuk kepada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 24/01/2019 . 2 minit bacaan

    Lambert-Eaton Myasthenic Syndrome (LEMS): Otot Lemah Kerana Penyakit Autoimun

    Bahagian otot yang terjejas akibat LEMS. Imej ihsan Muscular Dystrophy Association (MDA) Lambert-Eaton myasthenic syndrome (LEMS)? Dengar nama sahaja sudah memeningkan. Penyakit apakah ini? Sebenarnya mudah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 10/12/2018 . 2 minit bacaan

    Budd-Chiari Syndrome: Pembuluh Darah Vena Hati Tersumbat

    Budd-Chiari syndrome ialah satu keadaan kesihatan yang sangat jarang berlaku. Ia dianggarkan berlaku sebanyak satu dalam sejuta populasi. Doktor juga kadangkala susah membuat diagnosis penyakit ini kerana sangat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 07/12/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kebersihan gigi

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Pesakit Psoriasis Berisiko Alami Masalah Arthritis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/04/2020 . 3 minit bacaan
    artritis psoriatik Sofia Lovi

    Mengharungi Kehidupan Sebagai Pesakit Artritis Psoriatik

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 09/10/2019 . 5 minit bacaan

    Penyakit Autoimun: Adakah Berbahaya Dan Menyebabkan Kematian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 03/04/2019 . 2 minit bacaan