Pneumonia: Risiko Komplikasi dan Rawatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 07/11/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Pneumonia boleh menjadi satu keadaan yang serius bagi sebahagian orang khususnya bayi, kanak-kanak, warga emas berumur 65 tahun ke atas, penghidap penyakit kronik dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah. Golongan berisiko tinggi ini terdedah kepada beberapa risiko komplikasi meskipun telah menerima rawatan sewajarnya.

Komplikasi pneumonia

Antara komplikasi yang boleh berlaku ialah:

Bakteria dalam darah (bacteremia)

Bakteria yang menyebabkan jangkitan pada paru-paru boleh masuk ke dalam darah dan merebak ke organ-organ lain dalam badan serta berpotensi menyebabkan kegagalan organ.

Kesukaran untuk bernafas

Jika pneumonia sangat teruk dan pesakit menghidap penyakit kronik, pesakit mungkin mengalami kesukaran untuk bernafas. Kadangkala, pesakit tersebut perlu ditahan di hospital dan menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) untuk membantu paru-paru sembuh.

Paru-paru berair (pleural efussion)

Pneumonia boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam ruang nipis antara lapisan yang melitupi paru-paru dan rongga dada. Ruang tersebut disebut sebagai pleura. Keadaan ini membuatkan paru-paru gagal mengembang dan mengempis dengan baik. Jika cecair tersebut dijangkiti kuman, tiub khas mungkin diletakkan di dada untuk mengeluarkan cecair tersebut.

Paru-paru bernanah (lung abscess)

Nanah terbentuk di dalam rongga paru-paru. Kebiasaannya, antibiotik digunakan sebagai rawatan. Kadangkala, pembedahan mungkin menjadi pilihan atau membuang nanah tersebut menggunakan jarum atau tiub.

Bagaimana pneumonia dirawat?

Rawatan bertujuan menghapuskan jangkitan, mengawal simptom, dan mengelakkan berlaku komplikasi. Mereka yang mengalami community-acquired pneumonia (CAP) kebiasaannya boleh dirawat di rumah dengan ubat tanpa perlu ditahan di hospital. Simptom selalunya akan hilang selepas beberapa hari atau minggu tetapi rasa letih mungkin berlarutan sehingga sebulan atau lebih.

Rawatan khusus bergantung kepada jenis dan tahap pneumonia. Pilihan yang ada ialah:

  • Antibiotik. Pilihan ini digunakan khas untuk pneumonia yang disebabkan oleh bakteria. Doktor akan memilih antibiotik yang paling berkesan mengikut bakteria terbabit. Jika simptom tidak bertambah baik, antibiotik mungkin akan ditukar atau ditambah. Pastikan antibiotik diambil sehingga habis mengikut arahan doktor meskipun simptom sudah tiada.
  • Ubat batuk. Ubat ini diberikan agar pesakit dapat berehat tanpa perlu menghadapi simptom batuk. Walau bagaimanapun, doktor mungkin akan memastikan batuk tidak hilang sepenuhnya memandangkan ia membantu membuang cecair yang terkumpul di dalam paru-paru.
  • Ubat demam dan tahan sakit. Rawatan ini membantu mengurangkan simptom dan membolehkan pesakit berehat dengan lebih baik.

Dalam sesetengah kes, pesakit mungkin perlu ditempatkan di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk mendapatkan bantuan pernafasan daripada ventilator.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangkitan Respiratory Syncytial Virus

    Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 11/12/2019 . 4 minit bacaan

    Pneumonia: Dari Luar atau Dalam Hospital

    Pneumonia atau jangkitan paru-paru disebabkan oleh pelbagai organisma berbeza termasuk bakteria, virus, dan fungus. Bakteria dan virus ialah penyebab utama dan paling kerap berlaku. Badan anda kebiasaannya mampu ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 07/11/2018 . 2 minit bacaan

    Pneumonia: Jangkitan Paru-Paru

    Paru-paru anda terdiri daripada lebih 600 juta kantung udara atau alveolus yang kelihatan seperti gugusan anggur. Kantung udara ini mengandungi udara yang disedut melalui hidung dan mulut untuk diekstrak oksigen ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 07/11/2018 . 2 minit bacaan

    Fakta Mengenai MERS-CoV

    Pernah anda mendengar tentang MERS-CoV? Adakah semua fakta yang anda tahu mengenaninya adalah benar? Ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mendapatkan beberapa fakta penting mengenani MERS-CoV. Teruskan membaca! 1 ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Pusat Kesihatan 19/10/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan pneumonia

    AWAS! Ini Sebab Mengapa Jangkitan Pneumonia BAHAYA Untuk Orang Tua

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/02/2020 . 4 minit bacaan
    virus korona

    Netizen, Persiapkan Diri Anda Menghadapi Wabak Virus Korona Wuhan SEKARANG!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/01/2020 . 4 minit bacaan
    h1n1

    Tular Kes H1N1 Di Pusat Beli Belah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 02/01/2020 . 4 minit bacaan
    jangkitan-pneumonia

    Jangkitan Pneumonia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/12/2019 . 3 minit bacaan