backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Plasenta accreta

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu plasenta accreta?

Plasenta accreta merupakan keadaan ketika hamil yang berlaku apabila salur darah dan komponen lain plasenta tumbuh terlalu dalam pada dinding rahim.

Kebiasaannya, plasenta akan terpisah daripada dinding rahim selepas bersalin. Tetapi dengan plasenta accreta, sebahagian atau semua bahagian plasenta kekal melekat pada dinding rahim. Ini akan menyebabkan kehilangan darah yang teruk selepas bersalin.

Ia juga berkemungkinan kepada plasenta untuk tumbuh ke dalam otot rahim (plasenta increta) atau menembusi dinding rahim (plasenta pecreta).

Plasenta accreta dianggap sebagai komplikasi kehamilan berisiko tinggi. Jika plasenta accreta disyaki ketika mengandung, anda mungkin memerlukan pembedahan C-section yang awal diikuti dengan pembedahan membuang rahim (hysterectomy).

Apakah kebarangkalian plasenta accreta?

Dianggarkan 1 dalam 2,500 kehamilan akan terjadi kes plasenta accreta, increta atau percreta. Plasenta accreta adalah jenis yang paling lazim terjadi melibatkan sebanyak 75% daripada semua kes. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom-simptom plasenta accreta?

Plasenta accreta selalunya tidak mempunyai tanda-tanda atau simptom ketika mengandung – meskipun begitu pendarahan faraj mungkin berlaku ketika trimester ketiga. Biasanya, plasenta accreta dikesan ketika pemeriksaan ultrasonografi.

Mungkin terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunya persoalan tentang sebarang simptom, sila berhubung doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Anda harus menghubungi doktor anda jika anda mempunyai pendarahan faraj ketika trimester ketiga.

Punca

Apakah yang menyebabkan plasenta accreta?

Plasenta accreta seringkali dikaitkan dengan keadaan yang tidak normal pada lapisan luar rahim, terutamanya disebabkan oleh parut selepas pembedahan C-section atau pembedahan rahim yang lain. Ini mungkin akan membiarkan plasenta tumbuh terlalu dalam pada dinding rahim. Kadang-kadang, plasenta accreta berlaku tanpa mempunyai sejarah pembedahan rahim.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap plasenta accreta?

Terdapat banyak faktor risiko terhadap plasenta accreta, seperti:

  • Pembedahan rahim pada masa lepas. Jika anda telah menjalani pembedahan C-section atau pembedahan rahim yang lain, anda berisiko untuk mempunyai plasenta accreta. Risiko plasenta accreta meningkat apabila jumlah pembedahan rahim meningkat
  • Kedudukan plasenta. Jika plasenta anda menutupi cerviks anda (plasenta previa) secara separa atau penuh atau berada di bahagian bawah rahim, anda adalah berisiko untuk mempunyai plasenta accreta
  • Umur ibu. Plasenta accreta lazim terjadi kepada wanita berumur lebih daripada 35 tahun
  • Jumlah bersalin. Risiko plasenta accreta meningkat setiap kali anda bersalin
  • Keadaan rahim. Risiko plasenta accreta adalah tinggi jika anda mempunyai parut atau keadaan yang tidak normal pada tisu yang meliputi lapisan luar rahim (endometrium). Ketumbuhan yang tidak kanser membonjol ke dalam ruang rahim (submucosal uterine firbrois) juga meningkatkan risiko

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah plasenta accreta didiagnosis?

Jika anda mempunyai faktor risiko terhadap plasenta accreta ketika mengandung – seperti plasenta menutupi cerviks (plasenta previa) secara separa atau penuh atau pembedahan rahim sebelum ini – pihak penjagaan kesihatan anda akan memeriksa kawasan penempelan plasenta bayi anda degnan berhati-hati.

Di antara teknik-teknik yang membantu mendiagnosis plasenta accreta termasuklah:

  • Ujian pengimejan. Dengan menggunakan ultrasonografi atau pengimejan magnetik resonan (MRI), doktor anda boleh menilai bagaimanakah plasenta menempel di dinding rahim
  • Ujian darah. Doktor anda mungkin akan menguji sampel darah anda bagi sebab-sebab peningkatan jumlah alpha-fetoprotein – protein yang dihasilkan oleh bayi dan boleh dikesan di dalam darah ibu. Peningkatan ini boleh dikaitkan dengan plasenta accreta

Bagaimanakah plasenta accreta dirawat?

Plasenta accreta tidak boleh dicegah dan terdapat beberapa langkah rawatan yang boleh dilakukan sekiranya plasenta accreta didiagnosis. Jika anda telah didiagnosis dengan plasenta accreta oleh doktor anda, anda akan dipantau dengan plan untuk proses bersalin dirancang dan menggunakan pembedahan untuk menyelamatkan rahim anda.

Ia adalah penting untuk berbincang berkenaan pembedahan ini dengan doktor anda jika anda mahu mempunyai anak selepas ini.

Malangnya, plasenta accreta mungkin terlalu serius dan hysterectomy mungkin diperlukan. Maka, ia amat penting untuk berbincang tentang pilihan pembedahan dengan doktor anda.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani plasenta accreta?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu menangani plasenta accreta:

  • Mengesan plasenta accreta. Mencari maklumat berkenaan keadaan anda mungkin membantu anda berasa kurang gelisah. Berbincanglah dengan doktor anda, lakukan kaji selidik dan berhubung dengan wanita yang pernah mengalami plasenta accreta
  • Membuat persediaan untuk pembedahan C-section. Jika anda berasa kecewa seandainya anda tidak dapat bersalin secara normal, anda harus mengingati bahawa kesihatan bayi anda dan diri anda adalah lebih penting daripada cara anda bersalin
  • Membuat persediaan untuk hysterectomy. Selepas hysterectomy, anda tidak lagi mempunyai haid atau boleh mengandung. Ini mungkin mengakibatkan perasaan kehilangan. Sila bertanya doktor anda tentang apa yang perlu dilakukan semasa proses pemulihan. Jika anda memerlukan bantuan untuk menangani perasaan sedih atau murung, berhubunglah dengan doktor anda
  • Ambil berat tentang diri anda. Luangkan masa untuk aktiviti yang membantu anda menenangkan diri, seperti membaca atau mendengar musik. Teknik menenangkan diri, termasuklah meditasi, pernafasan dalaman atau teknik membanyangkan imej yang dibantu, boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan