Pituitari Adenoma

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apakah itu pituitari adenoma?

Pituitari adenoma merupakan sejenis ketumbuhan yang berlaku pada kelenjar pituitari. Pituitari adenoma umumnya terbahagi kepada tiga kategori bergantung kepada fungsi biologinya: adenoma benigna, adenoma invasif, dan karsinoma. Kebanyakan adenoma adalah benigna, hampir 35% adalah invasif dan hanya 0.1 ke 0.2% adalah karsinoma.

Apakah kebarangkalian pituitari adenoma?

Pituitari adenoma mewakili 10 ke 25% daripada semua kanser intra-kranial dan dianggarkan kadar prevalens dalam populasi umum adalah kira-kira 17%. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom pituitari adenoma?

Pituitari adenoma boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius disebabkan oleh rembesan hormon yang terlebih, kegagalan fungsi hormon pituitari, hilang penglihatan, sakit kepala dan pendarahan ketumbuhan (apopleksi).

Rembesan hormon yang terlebih

Tiga hormon adenoma aktif yang paling lazim adalah prolactinoma, GH-secreting tumors menyebabkan akromegali, dan ACTH-secreting tumors menyebabkan penyakit Cushing.

Kegagalan hormon pituitary (hypopituitarism)

Masalah ini biasanya berlaku kepada ketumbuhan yang besar (macro-adenoma) dan disebabkan oleh adenoma yang membesar menekan dan merosakkan kelenjar pituitari yang normal. Masalah ini dimanifestasikan dalam bentuk hypogonadism (disfungsi seksual, hilang nafsu syahawat, dan mandul), hypothyroidism (lesu, lemah, kegemukan, rambut kering dan kasar, hilang selera, tidak tahan sejuk, kemurungan), adrenal insufficiency (lesu, lemah, hilang selera, pening kepala, loya dan muntah), pembesaran terbantut (kepada kanak-kanak dan remaja).

Masalah neurologi

Pituitari macroadenoma yang besar menyebabkan hilang daya penglihatan atau penglihatan periferal disebabkan oleh tekanan pada saraf optik dan optik kiasma yang terletak di bawah kelenjar pituitari.

Sakit kepala

Pesakit macro-adenoma selalunya mempunya sakit kepala di bahagian dahi, frontal, dan temporal.

Pendarahan (pituitari apopleksi)

Keadaan ini berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari kesan daripada pendarahan atau infarksi pituitari adenoma. Simptom-simptomnya terdiri daripada sakit kepala, loya, hilang penglihatan, penglihatan berganda, dan kebingungan.

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca berlakunya pituitari adenoma?

Kebanyakan pituitari adenoma berlaku secara spontan, ini bermaksud ia tidak diwarisi.

Terdapat kes-kes tumor pitutari familial, apabila kemungkinan untuk berlakunya pituitari adenoma boleh diwarisi. Meskipun begitu, kes-kes ini jarang berlaku. Kebanyakan kes familial gigantism atau acromegali usia muda adalah lebih lazim terjadi. Multiple endocrine neoplasm type 1 (MEN 1) adalah penyakit yang jarang berlaku dan dikenali dengan tumor pituitari, pankreas dan kelenjar parathyroid berlaku secara serentak. Pituitari adenoma terjadi kepada 25% pesakit MEN.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan faktor risiko saya terhadap pituitari adenoma?

Terdapat banyak faktor risiko kepada penyakit ini, seperti:

Multiple endocrine neoplasia

Anterior pituitary gland adenoma merupakan kriteria penting kepada multiple endocrine neoplasia type 1 (MEN1), sindrom endokrin yang jarang berlaku dan boleh diwarisi menjejaskan seorang dalam setiap 30,000.

Carney complex

Carney complex (CNC), juga dikenali sebagai sindrom LAMB dan sindrom NAME merupakan penyakit autosomal dominan terdiri daripada myxoma pada jantung dan kulit, kulit terlebih pigment (lentiginiosis) dan aktiviti endokrin yang terlebih aktif dan ia berlainan daripada triad Carney. Kira-kira 7% daripada myxoma jantung adalah berkaitan dengan Carney complex. Pesakit CNC membentuk growth-hormone (GH) producing pituitary tumor dan terdapat sesetengah tumor yang merembes hormon prolactin.

Familial isolated pituitary adenoma

Familial isolated pituitary adenoma (FIPA) ialah terma yang digunakan untuk mengenali suatu keadaan yang menunjukkan penyakit autosomal dominan yang dikenali dengan terdapat dua atau lebih pesakit yang mempunyai pituitari adenoma sahaja, dan tiada simptom yang lain seperti yang terjadi kepada multiple endocrine neoplasia type 1 atau Carney complex.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah pituitari adenoma didiagnosis?

Jika doktor anda mengesyaki anda mempunyai penyakit ini, pemeriksaan fizikal akan dijalankan dan ujian tertentu akan disyorkan oleh doktor anda. Di antara ujian yang disyorkan adalah:

Ujian fungsi pituitari

Ujian fungsi hormon pituitari adalah perlu kepada setiap pesakit yang mempunyai tumor pituitari. Ini melibatkan pensampelan hormon di dalam darah untuk memantau atau memastikan sekiranya terdapat functional adenoma, selain daripada memastikan terdapatnya bukti bahawa kegagalan fungsi pituitari.

Scan pengimejan

Di antara cara kita mengesan pituitari adenoma ialah pengimejan resonans magnetik (MRI). MRI boleh mengesan adenoma yang besar daripada empat milimeter. Kita menggunakan protokol khas bagi mendapatkan imej yang jelas.

Bagaimanakah pituitari adenoma dirawat?

Bergantung kepada faktor-faktor tertentu, pilihan rawatan anda akan ditentukan oleh doktor anda, termasuklah:

  • Hormon yang dihasilkan oleh tumor (jika ada)
  • Saiz tumor
  • Keluasaan tumor yang telah merebak ke kawasan sekitar
  • Umur dan keadaan kesihatan anda

Sebaiknya, lebih daripada seorang pakar akan terlibat dalam menjalankan rawatan pituitari adenoma. Sesetengah pilihan rawatan yang boleh diberikan oleh doktor anda termasuklah:

Pengurusan Pituitari adenoma menggunakan ubat

Jika anda mempunyai hormone-producing pituitary adenoma, ia juga boleh dirawat dengan ubat. Pakar endokrinologi yang mempunyai kepakaran dalam menangani hormone-producing tumor juga mungkin diperlukan.

Pembedahan

Jika pituitari adenoma memerlukan pembedahan, selalunya prosedur yang terbaik adalah melalui hidung.

Terapi radiasi

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu saya menangani pituitari adenoma?

Melakukan senaman dengan selalu dan mempunyai diet yang baik adalah langkah terbaik untuk mencegah penyakit.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan