backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penyakit Kawasaki

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/05/2020

Definisi

Apakah itu penyakit Kawasaki?

Penyakit Kawasaki juga dikenali sebagai sindrom nod mucocutaneous, adalah suatu keadaan yang menjejaskan salur darah. Ia merupakan penyakit nadir yang berlaku di usia kanak-kanak yang menjejaskan salur darah. Ia juga boleh memberi kesan kepada kulit dan lapisan selaput di dalam mulut, hidung dan tekak.

Apakah kebarangkalian penyakit Kawasaki?

Penyakit ini adalah 10 sehingga 20 kali lebih kerap di Asia Timur, termasuk Jepun, Korea dan Taiwan. Kebanyakan pesakit dalam kalangan bawah lima tahun dan kebanyakannya adalah berumur dua tahun. Kanak-kanak lelaki menghidap penyakit ini dua kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom penyakit Kawasaki?

Simptom-simptom Kawasaki dilihat secara berperingkat. Simptom-simptom dan tanda-tanda yang dapat dilihat pada peringkat pertama adalah:

  • Demam suhu di atas 39oC dan melebihi lima hari
  • Mata yang sangat merah (jangkitan konjunktiva) tanpa lelehan yang pekat
  • Ruam di bahagian badan yang utama (tubuh badan) dan di bahagian kemaluan
  • Bibir kemerahan, kering, merekah dan lidah yang sangat merah dan bengkak (lidah strawberi)
  • Tapak tangan dan kaki yang kemerahan dan bengkak
  • Nodul limfa di leher dan mungkin di tempat lain bengkak

Pada peringkat kedua penyakit ini, anak anda juga mungkin mempunyai:

  • Kulit tangan dan kaki yang menggelupas, terutama di hujung jari tangan dan kaki dalam keadaan lembaran besar
  • Sakit-sakit sendi
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut

Pada tahap ketiga, tanda-tanda beransur hilang melainkan berlakunya komplikasi. Ia mungkin berlaku selama lapan minggu sebelum tahap tenaga kembali normal.

Ia juga mungkin terdapat tanda-tanda yang tidak disenaraikan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tanda yang mencurigakan, sila berhubung dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa dengan doktor saya?

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda-tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan doktor anda. Tubuh badan setiap orang mempunyai tindak balas yang berbeza-beza. Maka seeloknya adalah berbincang dengan doktor anda untuk keadaan diri anda.

Punca

Apakah yang mengakibatkan penyakit Kawasaki?

Para pengkaji masih tidak mengetahui punca-punca penyakit ini, tetapi dari pemerhatian penyakit ini tidak berjangkit dari orang ke orang. Penyakit ini sering berlaku semasa hujung musim sejuk dan awal musim bunga.

Anda adalah berisiko untuk mengidap penyakit Kawasaki jika anda mempunyai faktor-faktor berisiko seperti berikut:

  • Kanak-kanak di bawah lima tahun adalah sangat berisiko terhadap penyakit Kawasaki
  • Kanak-kanak lelaki adalah lebih cenderung untuk mengidap penyakit Kawasaki berbanding kanak-kanak perempuan
  • Kanak-kanak daripada keturunan Asia, seperti Jepun atau Korea, mempunyai risiko yang lebih terhadap penyakit Kawasaki
  • Rawatan dan diagnosis

    Maklumat yang disediakan ini bukannya menggantikan mana-mana nasihat perubatan. SILA berunding doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimanakah penyakit Kawasaki ini didiagnosis?

    Penyakit Kawasaki akan menjadi sukar untuk didiagnosis sekiranya tiada ujian yang boleh didapati. Doktor anda mungkin mendiagnosis penyakit Kawasaki sekiranya terdapat dua di antara perkara ini:

    • Demam yang berlangsung sekurang-kurangnya lima hari
    • Di antara lima tanda-tanda yang dinyatakan di atas

    Anak anda juga boleh menjalani ujian makmal untuk menolak sebarang kemungkinan penyakit yang mempunyai simptom-simptom dan tanda yang serupa di antaranya;

    • Ujian air kencing
    • Ujian darah

    Bagaimanakah penyakit Kawasaki dirawat?

    Rawatan untuk penyakit Kawasaki bermula di hospital. Di antaranya adalah:

    • Ubat immunoglobulin(IVI). Ubat ini diberikan melalui urat vena (intravena, atau IV) untuk mengurangkan keradangan terhadap salur darah
    • Aspirin untuk meredakan sakit dan demam dan juga untuk mengurangkan risiko untuk salur darah tersumbat

    Rawatan Aspirin seringkali diteruskan di rumah. Ini adalah kerana terdapat risiko kepada gejala Reye, jangan berikan aspirin kepada anak anda sebelum berunding dengan doktor anda. Jika anak anda terdedah kepada demam campak atau selesema (influenza) semam mengambil aspirin, sila berunding dengan doktor anda dengan segera.

    Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup atau rawatan sampingan yang dapat membantu saya menangani penyakit Kawasaki?

    Anak anda mungkin lesu dan cerewet, dan kering kulit selama sebulan atau lebih. Cuba untuk membiarkan anak anda menjadi letih yang berlebihan. Gunakan juga losen kulit untuk memastikan jari kaki dan tangannya sentiasa lembab.

    Jika penyakit ini menyebabkan masalah jantung, anak anda mungkin memerlukan rawatan lanjut dan ujian yang selanjutnya.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda untuk mempunyai pemahaman yang lebih mendalam untuk memilih rawatan yang sesuai.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 14/05/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan