backup og meta

Penyakit Fong: Perkembangan Kuku Terbantut

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    Penyakit Fong: Perkembangan Kuku Terbantut

    Sindrom kuku-patella juga dikenali sebagai penyakit fong, NPS 1, onychoosteodysplasia, sindrom Turner-Kieser, osteo-onychodysplasia dan arthro-onychodysplasia.

    Ia adalah keadaan genetik jarang yang menyebabkan masalah kuku, tulang dan buah pinggang. Penyakit fong ini diwarisi secara autosomal. Seperti kebanyakan gen, gen LMX1B wujud berpasangan (dua salinan), dan satu daripadanya diwarisi daripada ibu atau bapa.

    Menurut Genetic and Rare Disease (GARD), kira-kira 88 peratus (%) orang yang mempunyai sindrom kuku-patella mempunyai perubahan genetik dalam gen LMX1B yang diwarisi daripada ibu atau bapa. Dalam beberapa kes, ibu bapa mungkin tidak pernah didiagnosis dengan sindrom ini kerana simptomnya ringan.

    Manakala kira-kira 12% orang dengan sindrom kuku-patella, perubahan genetik gen LMX1B tidak diwarisi daripada ibu bapa. Sebaliknya perubahan genetik yang baru pada seseorang yang dipanggil de novo.

    Simptom

    Hampir semua orang dengan sindrom kuku-patella mempunyai kuku yang idak normal dan kebanyakannya juga mempunyai masalah dengan tempurung lutut (patellae), siku dan pinggul.

    Berikut beberapa simptom dan masalah yang dikaitkan dengan sindrom kuku-patella.

    Kuku

    Kuku mungkin hilang, tidak berkembang, berubah warna, pecah, bergaris dan berlekuk.

    Ibu jari adalah yang paling teruk terjejas dengan setiap kuku menjadi kurang terjejas dari ibu jari ke jari kelingking. Manakala kuku jari kaki biasanya kurang dipengaruhi oleh keadaan.

    Tempurung lutut

    Tempurung lutut mungkin hilang, kecil, bentuk tidak sekata dan mudah terkehel, dan boleh terhantuk, terkunci atau mungkin berasa tidak stabil atau menyakitkan.

    Lengan dan siku

    Sesetengah orang tidak dapat meluruskan tangan mereka sepenuhnya atau menggenggam telapak tangan sambil mengekalkan siku dalam keadaan lurus. Siku juga boleh sudut ke luar, dan beralih.

    Pinggul

    Pertumbuhan tulang belakang pada tulang pinggul (dilihat pada sinaran X) adalah perkara biasa, tetapi biasanya tidak menimbulkan masalah.

    Buah pinggang

    Mungkin terdapat protein dalam urin (tanda awal masalah buah pinggang), yang boleh disertai dengan darah di dalam urin. Ini kadang-kadang boleh menjadi penyakit buah pinggang.

    Selain itu, orang dengan sindrom kuku-patella juga mungkin mengalami:

  • Peningkatan tekanan pada mata (glaukoma) pada awal usia
  • Kebas, sesemut atau rasa terbakar di tnagan dan kaki
  • Peredaran darah di tangan dan kaki lemah
  • Sembelit atau sindrom usus iritabel (IBS)
  • Kesukaran mengangkat berat, terutamanya otot
  • Dahi dan garis rambut tinggi
  • Diagnosis

    Sindrom kuku-patella didiagnosis berdasarkan tanda-tanda dan simptom yang wujud. Dalam kebanyakan kes, ujian darah untuk memeriksa gen yang rosak dapat mengesahkan diagnosis. Kira-kira 5% orang yang didiagnosis dengan sindrom kuku-patella, satu kesalahan dalam gen LMX1B tidak dapat dijumpai.

    Rawatan

    Selepas diagnosis sindrom kuku-patella, seseorang boleh disyorkan menjalani pemeriksaan untuk masalah kesihatan yang lebih biasa pada orang sindrom. Ini termasuk pemeriksaan tekanan darah biasa, ujian urin untuk melihat perkembangan masalah buah pinggang, dan pemeriksaan oleh doktor mata mata (pakar mata) untuk memeriksa tanda-tanda glaukoma.

    Tanda-tanda sindrom kuku-patella yang memberi kesan kepada lutut dan siku (masalah ortopedik) boleh dirawat dengan terapi fizikal, pendakap, splint, atau pembedahan. Sebelum seseorang dengan sindrom kuku-patella menjalani pembedahan untuk masalah ortopedik, MRI disyorkan untuk memastikan doktor memahami anatomi unik bahagian sendi atau badan.

    Selain itu, jika anda mempunyai sindrom kuku-patella, terdapat kemungkinan 1 dalam 2 (50%) bahawa bayi akan dilahirkan dengan keadaan ini. Jika anda merancang untuk mempunyai bayi, berbincanglah dengan doktor anda dan rujukan daripada kaunselor genetik.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, rawatan atau diagnosis.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan