backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Nefritis Lupus

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurizati Hamizah Abd. Rahim · Disemak pada 29/11/2019

Definisi

Apa itu Nefritis Lupus?

Nefritis lupus adalah keadaan yang berlaku apabila buah pinggang mengalami keradangan.  Ia dianggap sebagai salah satu komplikasi yang selalu terjadi kepada pesakit Lupus Eritematosus Sistemik (SLE), atau lebih dikenal dengan nama lupus, iaitu sejenis penyakit auto-imun di mana sistem imun tubuh anda menghasilkan sejenis protein dipanggil auto-antibodi yang melawan tisu dan organ tubuh anda sendiri.

Nefritis lupus terjadi apabila auto-antibodi lupus memberi kesan kepada struktur buah pinggang anda yang memainkan peranan yang amat penting dalam menapis keluar bahan buangan dari badan. Ini menyebabkan radang buah pinggang dan boleh membawa kepada pendarahan di dalam air kencing (hematuria), protein di dalam air kencing (proteinuria), tekanan darah tinggi, fungsi buah pinggang terganggu atau sehingga kegagalan buah pinggang.

Apakah kebarangkalian Nefritis Lupus?

Nefritis lupus menjejaskan lebih kurang 3 dari 10 000 orang di serata dunia lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, ia selalunya lebih terjadi kepada wanita berbanding lelaki dan tipikalnya terjadi kepada mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lebih lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Nefritis Lupus?

Gejala yang sering berlaku ialah:

  • Bengkak pada kaki, pergelangan kaki dan tapak kaki.
  • Bengkak pada muka dan tangan.
  • Air kencing gelap.
  • Darah dalam air kencing.
  • Air kencing berbuih.
  • Lebih kerap buang air kecil, terutama pada waktu malam.
  • Pertambahan berat badan.
  • Darah tinggi.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau jika ada sebarang kemusykilan, sila dapatkan nasihat dari doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Ia adalah yang terbaik untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Nefritis Lupus?

Terdapat kecenderungan pada genetik yang boleh menjadi punca nefirtis lupus. Genetik yang pelbagai, kebanyakan masih belum dapat dikenal pasti, boleh menyebabkan kecenderungan ini.

Sistem imun melindungi tubuh badan manusia dari mendapat jangkitan, dengan sistem imun yang bermasalah, tubuh tidak dapat membezakan antara perkara yang bahaya dengan yang sihat.

Pathofisiologi untuk nefirits lupus adalah melibatkan auto-imun. Aut-antibodi bertindak menentang elemen nuklear.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Nefritis Lupus?

Terdapat banyak faktor risiko untuk mendapat nefritis lupus, seperti:

  • Jantina perempuan.
  • Berumur 20-40 tahun.
  • Sejarah penyakit auto-imun.
  • Penghidap SLE, yang mempunyai risiko dari sejarah keluarga.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Nefritis Lupus didiagnosis?

Jika doktor anda mengesyaki anda mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dijalankan dan beberapa ujian juga akan disarankan oleh doktor anda. Antara petanda pertama nefirits lupus ialah kewujudan sel darah dalam air kencing atau air kencing yang sangat berbuih. Tekanan darah tinggi dan bengkak di kaki juga adalah tanda anda mungkin menghidap nefirits lupus. Antara ujian yang disarankan untuk anda lakukan ialah:

Ujian darah

Doktor anda akan melihat jika terdapat peningkatan pada tahap bahan buangan badan seperti creatinine dan urea. Secara normalnya, buah pinggang akan menapis keluar bahan terbuang ini.

Pengumpulan air kencing selama 24 jam

Ujian ini untuk mengukur keupayaan buah pinggang anda memilih bahan untuk dibuang. Ia menentukan berapa banyak protein yang wujud dalam air kencing selama 24 jam.

Ujian air kencing

Ujian air kencing mengukur fungsi buah pinggang. Mereka mengenal pasti bacaan:

  • Protein.
  • Sel darah merah.
  • Sel darah putih.

Ujian pembersihan Iothalamate

Ujian ini menggunakan pewarna kontras untuk melihat jika buah pinggang anda menapis dengan betul.

othalamate yang bersifat radioaktif disuntik ke dalam darah anda. Doktor anda akan menguji berapa pantas ia dinyahkan dari tubuh anda. Ia juga mampu menguji secara terus berapa pantas ia meninggalkan darah. Ini dianggap ujian yang paling tepat untuk melihat kelajuan buah pinggang menapis.

Biopsi buah pinggang

Biopsy adalah cara yang paling tepat dan juga paling invasif untuk mendiagnosis penyakit buah pinggang. Doktor anda akan memasukkan jarum yang panjang melalui perut anda dan seterusnya ke dalam buah pinggang. Doktor akan mengambil sampel tisu buah pinggang untuk dianalisa sebarang tanda-tanda kerosakan.

Ultrasound

Ultrasound adalah gelombang bunyi yang membentuk imej teliti buah pinggang anda. Doktor anda akan melihat sebarang detail tentang keabnormalan saiz dan bentuk buah pinggang anda.

Bagaimana pesakit Nefritis Lupus dirawat?

Malangnya, tiada penyembuh untuk nefritis lupus. Matlamat rawatan adalah untuk tidak menjadikan masalah yang ada bertambah teruk. Memberhentikan kerosakan buah pinggang pada peringkat awal boleh dielak dengan cara pemindahan buah pinggang.

Rawatan juga boleh memberi kelegaan dari simptom lupus.

Antara rawatan yang sering dilakukan termasuklah:

  • Meminimakan pengambilan protein dan garam.
  • Pengambilan ubat darah tinggi.
  • Gunakan steroid untuk mengurangkan bengkak dan keradangan.
  • Ambil ubat yang boleh mengawal sistem imun seperti prednisone, yang mana mengurangkan kerosakan yang dilakukan oleh imun anda terhadap buah pinggang.

Kerosakan buah pinggang yang meluas mungkin memerlukan rawatan tambahan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Nefritis Lupus?

  • Minum air secukupnya untuk kekal hidrasi.
  • Amalkan pemakanan yang rendah sodium, terutama sekali jika darah tinggi merupakan masalahnya.
  • Jauhkan diri dari  merokok mengambil alkohol.
  • Bersenam secara kerap.
  • Kekalkan tekanan darah yang normal.
  • Hadkan kolestrol.
  • Jauhi ubatan yang boleh menjejaskan buah pinggang seperti ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAID).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurizati Hamizah Abd. Rahim · Disemak pada 29/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan