Kita Tahu Jenis Darah A, B, O, AB… Tapi Apa Pula Darah Bombay Ini? Tak Pernah Dengar Pun

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pasti ramai yang tahu mengenai kumpulan darah yang lazim seperti darah jenis A, B, O dan AB. Jenis darah anda ditentukan oleh jenis darah ibu dan bapa anda.

Selalunya, anda akan menerima sepasang gen – satu daripada sebelah bapa dan satu lagi daripada sebelah ibu untuk menentukan jenis darah yang anda ada sekarang.

Mungkin anda pernah tertanya-tanya, apakah jenis darah yang paling rare sekali di muka bumi ini? Untuk pengetahuan anda, jenis darah yang paling jarang mungkin berbeza-beza mengikut kawasan.

Di Amerika Syarikat, kumpulan darah yang paling jarang ditemui ialah AB negatif sementara O positif pula adalah yang paling lazim. Hanya 0.6% sahaja daripada penduduk AS mempunyai kumpulan darah AB negatif.

Namun, pernahkah anda dengar mengenai Bombay blood? Untuk pengetahuan anda, kumpulan darah ini merupakan antara yang paling jarang dijumpai di dunia!

Tapi apa sebenarnya Bombay blood dan mengapa ia amat unik?

Apa itu darah jenis Bombay?

kumpulan darah

Seperti namanya, kumpulan darah ini pada mulanya dijumpai di Bombay (Mumbai) di India oleh Dr. Y. M. Bhende pada tahun 1952.

Kumpulan darah jenis ini lebih banyak dalam kalangan rakyat di negara India. Di daerah Ratnagiri, 1 daripada 4,600 orang mempunyai darah jenis Bombay. Manakala, di Mumbai pula, 1 dalam 7,600 orang tergolong dalam kumpulan ini.

Walau bagaimanapun, di negara Eropah, kumpulan darah ini lebih jarang berbanding di India! Hanya 1 dalam 1,000,000 sahaja individu di Eropah yang mempunyai darah jenis Bombay!

Disebabkan jenis darah ini terlampau jarang berlaku dan sukar untuk ditemui, individu yang mempunyai jenis darah ini terpaksa menyimpan darah mereka sendiri untuk persiapan jika berlakunya sebarang kemalangan.

Pesakit yang mempunyai darah jenis h/h (ataupun dikenali sebagai OO) ini boleh meninggal dunia jika mendapat transfusi darah yang salah.

Pada tahun 2017, seorang pesakit dari Columbia terpaksa mengimport darah dari Brazil untuk pesakit mereka kerana mereka tidak mempunyai darah jenis ini di dalam simpanan mereka.

Darah O jika individu berdarah Bombay melakukan ujian darah

kumpulan darah

Selain itu, jika mereka yang mempunyai Bombay blood ini ingin melakukan ujian paterniti, mereka mungkin akan mendapat keputusan yang salah!

Sebagai contoh, cuba bayangkan situasi ini. Ayah Intan curiga terhadap ibu Intan. Menurutnya, Intan mungkin sebenarnya anak kepada orang lain.

Ibu Intan mempunyai darah jenis A (AO) manakala Intan pula lahir dengan darah jenis Bombay (OO). Ayah Intan pula mempunyai darah jenis AB (AB).

Oleh sebab itu, sepatutnya Intan perlulah berdarah A atau berdarah AB. Tetapi, mengapa Intan mempunyai darah O? Adakah ini bermaksud emak Intan curang?

Mungkin ayah Intan akan fikir begitu. Namun, sebenarnya tidak! Sebenarnya ayah Intan sememangnya adalah bapa kandung Intan!

Sebenarnya, Intan mempunyai darah Bombay yang menyebabkan ujian darah yang diambil menunjukkan Intan mempunyai darah O.

Ujian darah yang dilakukan selalunya akan mengesan antigen yang terkandung di dalam darah. Oleh sebab individu yang mempunyai darah Bombay tidak mempunyai antigen A ataupun B, keputusan akan menunjukkan individu tersebut mempunyai darah O.

Hanya ujian darah yang spesifik sahaja dapat menentukan seseorang itu mempunyai darah Bombay ataupun tidak.

Mereka perlu melakukan ujian yang boleh mengesan antigen h untuk memastikan sama ada mereka memiliki darah jenis Bombay ataupun tidak.

Apa yang akan terjadi jika saya mempunyai kumpulan darah jenis Bombay?

Darah jenis Bombay merupakan sesuatu yang amat jarang berlaku di negara kita.

Namun, jika anda mempunyai darah jenis Bombay, anda mungkin perlu lakukan beberapa perkara untuk pastikan anda kekal selamat ketika menghadapi sebarang kecemasan.

Jika anda mempunyai darah Bombay, anda perlu:

  1.  Berhubung dengan ahli keluarga dan minta mereka melakukan ujian darah. Jika anda mempunyai darah jenis Bombay, kemungkinan besar ada dalam kalangan keluarga anda turut mempunyai jenis darah yang sama.
  2. Pastikan anda menyimpan darah anda untuk tujuan kecemasan. Jika anda ditimpa kemalangan dan perlukan tranfusi darah, anda perlu bersifat terbuka untuk menerima derma daripada negara lain.

Individu yang mempunyai darah jenis Bombay perlu sentiasa berhati-hati dan peka. Kesilapan dalam menerima transfusi darah boleh membawa maut!

Kesimpulan

transfusi darah

Walaupun darah manusia semuanya berwarna merah dan kelihatan sama pada mata kasar, sebenarnya ada satu sistem yang lebih kompleks dalam mengkategorikan darah manusia.

Ramai yang familiar dengan sistem ABO dan Rh. Untuk kebanyakan orang, pengetahuan tentang dua jenis kumpulan darah ini sudah mencukupi.

Antara sebab anda perlu tahu kumpulan darah anda, salah satunya adalah untuk mendapatkan transfusi darah yang betul ketika kecemasan.

Selain itu, anda boleh tahu penyakit apa yang paling berisiko untuk anda hidap menerusi jenis darah anda.

Anda juga boleh menolong individu lain yang memerlukan darah jika anda tahu jenis darah anda. Kadangkala, hospital akan memanggil individu dengan jenis darah yang tertentu untuk menderma.

Pendek kata, banyak manfaatnya jika anda tahu jenis darah anda. Salah satu cara yang paling mudah dan pantas untuk anda tahu jenis darah anda adalah dengan cara menderma darah.

Jika anda tidak pernah menderma darah sebelum ini, cubalah! Bukan sahaja anda dapat menolong orang lain, malah anda juga dapat pahala atas sedekah anda ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Derma Darah Boleh Meningkatkan Kesihatan

Adakah derma darah boleh menggemukkan? Ini antara persoalan yang popular dan menjadi ketakutan kebanyakan orang yang ingin menderma darah. Ketahuilah ia hanya sekadar mitos sahaja dan menderma darah tidak akan menggemukkan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 25/06/2018 . 2 minit bacaan

Fahami Jenis Komponen Darah Anda

Sel darah merah merupakan komponen yang membentuk hampir 45% daripada darah dan menentukan pengkelasan jenis komponen darah dalam bidang perubatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 06/06/2018 . 3 minit bacaan

Penemuan Hebat Perubatan Moden: Jenis Darah Anda

Penemuan jenis darah merupakan antara penemuan terbesar dalam bidang perubatan moden, tanpanya pemindahan darah, tidak dapat dilakukan dengan selamat.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/06/2018 . 2 minit bacaan

Jenis Darah Bombay: Apa yang Perlu Anda Tahu

Ramai yang mungkin tahu tentang kumpulan darah berdasarkan ABO dan juga sistem rhesus positif dan negatif namun tahukah anda tentang jenis darah bombay?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/06/2018 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jenis darah

Tahu Jenis Darah Anda: A, B, AB Atau O? Ini Sebab Anda Perlu Tahu Darah Sendiri? PENTING!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan
pembawa talasemia

Sebelum Kahwin, Tanya Dulu Pasangan Ada Talasemia Atau Tak, Ini Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 06/12/2019 . 3 minit bacaan

Wow Macam Drama Drakula, Darah Tiruan Untuk Semua Jenis Darah Telah Dicipta!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Diterbitkan pada 22/10/2019 . 2 minit bacaan
penyakit hemofilia

Anda Tergolong Dalam Jenis Darah Apa? Ini Mungkin Penyakit Paling Berisiko!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada 16/10/2018 . 3 minit bacaan