Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Konkusi merupakan sejenis kecederaan traumatik otak yang disebabkan oleh pukulan pada kepala atau badan, jatuh, atau kecederaan lain yang mana otak bergegar atau bergoyang di dalam tengkorak. Walaupun mungkin terdapat kesan luka atau lebam pada kepala atau muka, mungkin juga tiada langsung tanda kecederaan otak yang dapat dilihat. Anda tidak perlu pengsan (tidak sedar diri) untuk mengalami konkusi. Sesetengah individu akan mempunyai simptom-simptom konkusi yang ketara, seperti pengsan atau lupa mengenai perkara yang berlaku sebelum cedera, tetapi individu lain tidak mengalaminya. Kebanyakan orang akan sembuh sepenuhnya daripada konkusi hanya dengan rehat. Sesetengah orang akan sembuh selepas beberapa jam. Orang lain mengambil masa beberapa minggu untuk sembuh.
Sesiapa sahaja boleh cedera akibat jatuh, kemalangan kereta, atau melakukan mana-mana aktiviti harian. Jika anda menyertai sukan yang lasak seperti bola sepak atau tinju, anda berisiko tinggi untuk mengalami konkusi.
Walau bagaimanapun, perkara ini dapat dielakkan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Tanda dan simptom konkusi berbeza bergantung kepada keterukan kecederaan dan individu yang tercedera. Tidak sedarkan diri selalu berlaku apabila individu tersebut mengalami konkusi adalah tidak benar. Sesetengah individu akan tidak sedarkan diri, tetapi yang lain tidak mengalaminya.
Simptom-simptom ini mungkin akan terus berlaku, atau ia mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom selama beberapa jam, hari, minggu, atau bahkan berbulan-bulan selepas cedera. Beberapa tanda konkusi yang biasa berlaku termasuk:
Semasa tempoh penyembuhan selepas konkusi, anda mungkin mengalami simptom berikut:
Anda harus menghubungi doktor anda jika anda mempunyai sebarang masalah berikut:
Otak anda mempunyai konsistensi seperti gelatin. Otak dilindungi daripada lambungan dan hentakan harian oleh cecair serebrospinal di dalam tengkorak. Pukulan kuat pada kepala dan tengkuk anda atau pada bahagian atas badan menyebabkan otak anda mengelunsur kebelakang dan hadapan dinding dalaman tengkorak anda dengan kuat.
Pecutan atau kehadapan (accleration) dan kebelakang (decleration) kepala secara tiba-tiba, disebabkan oleh peristiwa tertentu seperti kemalangan kereta atau digoncang dengan kuat, juga boleh mengakibatkan kecederaan otak.
Kecederaan ini mempengaruhi fungsi otak, biasanya dalam tempoh yang pendek, mengakibatkan tanda dan simptom konkusi.
Kecederaan otak sebegini mungkin akan menyebabkan pendarahan di dalam atau di sekeliling otak anda, mengakibatkan simptom seperti mengantuk dan keliru berpanjangan yang mana akan berlaku terus dan kemudian.
Pendarahan di dalam otak boleh membawa maut. Oleh itu sesiapa yang mengalami kecederaan kepala perlu dipantau selama berjam-jam selepas dirawat dan memerlukan penjagaan kecemasan jika simptom menjadi bertambah teruk.
Terdapat pelbagai faktor risiko bagi keadaan kesihatan ini, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Jika doktor mengesyaki anda mungkin mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian juga akan disarankan oleh doktor anda. Doktor akan bertanya soalan yang menguji keupayaan anda untuk menumpukan perhatian, belajar dan memori anda. Doktor anda juga akan cuba menguji kepantasan anda untuk menyelesaikan masalah. Doktor juga akan menunjukkan satu objek kepada anda, kemudian menyembunyikan objek tersebut dan meminta anda ingat apakah objek tersebut. Selepas itu, doktor akan memeriksa kekuatan, keseimbangan, koordinasi, refleks, dan sensasi.
Ujian neuropsikologikal telah digunakan secara menyeluruh selepas konkusi. Ujian ini hanyalah salah satu daripada pelbagai cara yang doktor anda boleh gunakan bagi mengetahui kebolehan anda untuk berfikir dan mengingat selepas konkusi. Ujian ini juga boleh menunjukkan jika anda mengalami sebarang perubahan emosi dan mood selepas konkusi. Kadang kala doktor akan melakukan ujian bergambar seperti pengimbas CT atau MRI bagi memastikan otak anda tidak lebam atau berdarah.
Rawatan bagi konkusi berdasarkan keterukan simptom anda. Anda mungkin memerlukan pembedahan atau prosedur perubatan yang lain jika anda mengalami pendarahan di dalam otak, bengkak pada otak, atau kecederaan yang serius pada otak. Walau bagaimanapun, mujurlah kebanyakan konkusi tidak memerlukan pembedahan atau sebarang rawatan perubatan yang besar.
Ketika 24 jam pertama selepas kecederaan, doktor anda akan menyuruh seseorang untuk membangunkan anda setiap dua hingga tiga jam. Perkara ini bagi memastikan supaya anda tidak koma dan juga membolehkan seseorang untuk memeriksa tanda konkusi yang teruk atau perlakuan yang abnormal.
Bagi kes konkusi yang menyebabkan sakit kepala, doktor anda akan menyarankan ubat pelega kesakitan tanpa preskripsi seperti ibuprofen (Advil) atau acetaminophen (Tylenol). Doktor anda juga akan meminta supaya anda mendapat rehat yang banyak, elakkan bersukan dan aktiviti lasak yang lain, serta elakkan daripada memandu kenderaan atau menunggang motosikal selama 24 jam atau bahkan untuk beberapa bulan, bergantung kepada keterukan kecederaan anda. Alkohol mungkin akan memperlahankan proses penyembuhan, jadi tanya doktor anda jika anda harus menjauhi alkohol. Jika anda harus menjauhi alkohol, tanya doktor anda untuk berapa lama.
Memakai topi kelendar yang bersesuaian dan kelengkapan keselamatan atlit yang lain ketika melakukan aktiviti sukan, anda dapat mengurangkan risiko untuk mengalami konkusi. Sentiasa pastikan topi kelendar dan kelengkapan yang lain dapat muat dengan baik dan dipakai dengan betul. Tanya jurulatih atau profesional sukan yang lain mengenai teknik untuk bermain dengan selamat, dan pastikan anda mengikut semua nasihat mereka.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen