backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Keratoconus

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apakah itu keratoconus?

Keratoconus berlaku apabila kornea anda – lapisan mata anda yang jernih berbentuk seperti kubah – menipis dan perlahan-lahan membonjol keluar dalam bentuk kon.

Kornea yang berbentuk kon akan menyebabkan penglihatan yang kabur dan sensitif terhadap cahaya dan silau. Keratoconus selalunya menjejaskan kedua belah mata dan terjadi kepada individu berumur 10 sehingga 25 tahun. Keadaan ini mungkin akan bertambah teruk selama 10 tahun atau lebih.

Pada peringkat awal keratoconus, anda masih boleh membetulkan masalah penglihatan dengan kanta mata atau kanta sentuh yang lembut. Kemudian anda mungkin boleh menggunakan kanta yang telap gas atau sebagainya. Jika keadaan anda sampai ke tahap yang teruk, anda mungkin memerlukan transplan kornea.

Berapakah kebarangkalian keratoconus?

Keratoconus adalah lazim terjadi. Sila berhubung doktor anda untuk maklumat lanjut.

Tanda

Apakah tanda-tanda keratoconus?

Tanda-tanda keratoconus mungkin akan berubah semasa penyakit ini menjadi lebih teruk. Di antaranya adalah:

  • Penglihatan kabur
  • Mata menjadi sensitif terhadap cahaya terang dan silau, ini akan menyukarkan pemanduan di waktu malam
  • Kekerapan menukar kekuatan kanta mata
  • Berlaku kabur penglihatan atau gangguan penglihatan secara tiba-tiba

Mungkin terdapat tanda-tanda yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang pertanya berkaitan tanda-tanda tertentu, sila rujuk doktor anda untuk keterangan lanjut.

Bilakah saya harus berjumpa dengan doktor?

Sila berjumpa doktor anda (pakar ophtalmology atau optometri), jika penglihatan anda terganggu secara mendadak, kerana ini mungkin disebabkan oleh lengkungan mata menjadi tidak sekata (astimatism). Doktor anda mungkin akan melihat kepada tanda-tanda keratoconus semasa ujian penglihatan mata.

Jika anda ingin menjalani pembedahan mata laser-assisted in-situ keratomileusis (LASIK), doktor anda akan memeriksa tanda-tanda keratoconus sebelum menjalani permbedahan tersebut.

Punca

Apakah punca keratoconus?

Serat-serat protein yang halus dikenali sebagai kolagen membantu memegang kornea pada tempat asalnya dan menghalangnya daripada menggelembung. Ketika serat-serat ini menjadi lemah, mereka tidak dapat mempertahankan bentuk asal kornea dan kornea berubah menjadi bentuk kon.

Keratoconus adalah disebabkan oleh pengurangan anti-oksida pelindung di dalam kornea. Sel-sel kornea menghasilkan bahan buangan yang berbahaya, seperti ekzos kereta. Umumnya, anti-oksida akan membuang bahan buangan ini dan mempertahankan serat kollagen. Sekiranya tahap anti-oksida berkurangan, kolagen akan menjadi lemah dan kornea akan menggelembung.

Keratoconus berlaku di kalangan ahli keluarga. Jika anda mempunyainya dan mempunyai anak-anak, seeloknya adalah untuk menjalankan pemeriksaan mata seawal umur 10 tahun. Penyakit ini akan menjadi teruk dengan mendadak dalam kalangan individu yang mempunyai masalah kesihatan, termasuklah penyakit alahan. Ia mungkin berkaitan dengan menggosok mata secara berpanjangan.

Keratoconus sering terjadi pada umur remaja. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak ataupun orang dewasa berumur 30 tahun. Ia juga mungkin berlaku kepada orang yang berumur 40 tahun ke atas tetapi ia adalah jarang.

Perubahan ini boleh berhenti pada bila-bila masa ataupun berlaku selama berpuluh-puluh tahun. Adalah sukar untuk meramal perubahan penyakit ini. Kebanyakan pesakit yang mempunyai keratoconus akan menjejaskan penglihatan di kedua belah mata, mungkin pada tahap yang berbeza-beza. Ia selalunya berlaku di sebelah mata pada permulaan dan kemudian menular ke mata yang lain.

Serat kolagen akan menjadi tegang kepada keratoconus yang parah dan menyebabkan parut yang berlebihan. Jika bahagian belakang kornea terkoyak, ia akan menggelembung dan mengambil masa berbulan-bulan untuk bengkak tersebut pulih. Keadaan ini selalunya akan menyebabkan parut besar di bahagian kornea.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap keratoconus?

Terdapat banyak faktor risiko terhadap keratoconus, di antaranya:

  • Mempunyai keturunan keluarga yang mengidap keratoconus
  • Menggosk mata anda dengan kasar
  • Mempunyai kondisi yang tertentu, seperti retinitis pigmentosa, Down syndrome, Ehlers-Danlos syndrome, rinitis alergi, dan asma

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah keratoconus didiagnosis?

Untuk mendiagnosis keratoconus, doktor anda (pakar ophthalmologis) akan melihat kepada rekod kesihatan anda dan keluarga anda dan menjalankan pemeriksaan mata. Dia juga mungkin menjalankan ujian yang lain untuk memastikan tahap keadaan bentuk kornea anda. Di antara ujian yang dijalankan untuk mendiagnosis keratoconus ialah:

  • Pembiasan mata. Semasa ujian ini, doktor anda akan menggunakan peralatan yang khas untuk menguji tahap penglihatan anda. Dia mungkin akan menyuruh anda untuk melihat melalui sebuah peranti yang mengandungi roda yang mempunya lensa berbeza-beza (phoropter) untuk menguji kombinasi manakah yang akan memberikan anda penglihatan yang terbaik. Sesetengah doktor mungkin akan menggunakan peralatan bimbit (retinoskop) untuk menguji mata anda
  • Ujian lampu-celah (slit-lamp). Semasa ujian ini, doktor anda akan mengenakan cahaya lampu ke atas mata anda dan mengunakan mikroskop berkuasa rendah untuk melihat mata anda. Dia akan menilai  bentuk kornea anda dan melihat kepada sebarang masalah yang mungkin terjadi kepada mata anda. Doktor anda mungkin akan mengulangi ujian ini selepas mengenakan ubat titisan mata untuk mengembangkan anak mata anda. Ini akan membantu untuk melihat kawasan belakang mata anda
  • Di dalam ujian ini, doktor anda akan memfokuskan bulatan cahaya di kornea anda dan mengukur pantulan untuk mengagak bentuk asal kornea anda
  • Pemetaan Kornea Berkomputer (Computerized Corneal Mapping). Ini adalah ujian fotografi yang khas, seperti ujian kejelasan optik tomografi dan topografi kornea, yang mana merekod imej kornea anda untuk menghasilkan bentuk kornea anda secara terperinci. Ujian ini juga boleh mengukur tahap ketebalan kornea anda

Bagaimanakah keratoconus dirawat?

Rawatan keratoconus bergantung kepada tahap perkembangan sejauh manakah penyakit ini merebak.

Pada peringkat awal dan sederhana, keratoconus boleh diubati dengan kanta mata ataupun kanta lekap. Kepada kebanyakan orang, kornea akan menjadi stabil selepas beberapa tahun. Jika anda dalam kalangan jenis ini, anda mungkin tidak akan mengalami masalah penglihatan yang serius atau memerlukan rawatan lanjut.

Manakala kepada sesetengah orang yang mempunyai keratoconus, kornea akan berparut ataupun mengalami kesukaran memakai kanta lekap. Jenis ini akan memerlukan rawatan pembedahan.

Kanta:

  • Kaca mata ataupun kanta lekap. Kaca mata atau kanta lekap yang lembut akan membetulkan penglihatan yang kabur pada tahap awal keratoconus. Tetapi ramai yang memerlukan preskripsi yang baru untuk kaca mata atau kanta lekap sebagaimana bentuk kornea ini berubah
  • Kanta lekap keras. Kanta lekap keras (telap gas) selalunya digunakan untuk rawatan keratoconus selanjutnya. Lensa yang keras mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan  pada mulanya, tetapi ramai yang membiasakan diri untuk menggunakannya dan ia memberikan penglihatan yang baik. Jenis lensa ini boleh ditempa mengikut bentuk kornea anda
  • Lensa gendong (piggyback lenses). Jika kanta yang keras tidak selesa, doktor anda akan mengesyorkan lensa keras yang disertakan di atas lensa lembut (piggybacking)
  • Lensa hibrid. Kata lekap jenis ini mempunyai kawasan tengah yang keras yang dikelilingi lensa yang lembut untuk meningkatkan tahap keselesaan. Pesakit yang tidak selesa dengan kanta lekap keras akan menggemari  lensa hibrid ini
  • Lensa sklera (scleral lenses). Kanta ini adalah berguna untuk kornea yang mempunyai bentuk tidak sekata yang terjadi pada tahap serius. Lensa ini tidak melekat di atas kornea seperti lensa-lensa yang sering diguna pakai, lensa sklera ini akan melekat di kawasan mata yang berwarna putih (sklera) dan mengelilingi kornea tanpa menyentuhnya

Jika anda menggunakan kanta lekap yang kerap atau lensa sklera, sila pastikan bahawa lensa ini ditentukan oleh doktor yang berpengalaman merawat keratoconus. Anda juga perlu menghadiri janji temu untuk memastikan sama ada lensa sesuai dengan bentuk kornea. Lensa yang tidak sesuai akan merosakkan kornea anda.

Pembedahan:

Anda mungkin memerlukan pembedahan jika kornea anda berparut, penipisan lapisan kornea yang berlebihan, gangguan penglihatan yang memerlukan lensa yang paling kuat atau kegagalan untuk menggunakan apa jenis lensa ada. Beberapa jenis pembedahan yang tersedia, ini mengikut kepada kawasan yang menggelembung dan tahap keseriusan kornea.

Di antara pembedahan yang ada ialah:

  • Selitan kornea (corneal inserts). Semasa pembedahan ini, doktor anda akan memasang sisipan yang kecil berwarna jernih, berbentuk bulan sabit yang diperbuat daripada plastik (Intracorneal Ring Segments) ke dalam kornea anda untuk meleperkan bentuk kon, memberi sokongan kepada bentuk kornea dan memperbaiki penglihatan. Selitan kornea boleh memulihkan bentuk asal kornea, melambatkan perkembangan keratoconus dan mengurangkan kerperluan kepada implan kornea. Pembedahan ini juga akan memudahkan mata untuk menyesuaikan dengan kanta lekap. Selitan kornea boleh dibuang, ini bermaksud prosedur ini bersifat sementara. Pembedahan ini mempunyai risiko, seperti jangkitan kuman dan kecederaan kepada mata
  • Pemindahan kornea (corneal transplant). Jika anda mempunyai parut di kornea atau penipisan yang berlebihan, anda berkemungkinan untuk pemindahan kornea (keratoplasti). Lamellar keratoplasty ialah pemindahan separa-lapisan, yang mana hanya sebahagian lapisan kornea yang digantikan. Penetrating keratoplasty ialah pemindahan kornea secara penuh. Semasa prosedur ini, doktor akan membuang semua lapisan kornea di kawasan tengah dan menggantikannya dengan tisu pemberi. Deep Anterior Lamellar Keratoplasty (DALK) akan memelihara lapisan dalam kornea (endohelium). Ia membantu menghalang penolakan lapisan dalam kritikal ini yang dijalankan semasa pemindahan lapisan penuh. Proses penyembuhan selepas keratoplasty boleh mengambil masa sehingga satu tahun dan anda mungkin perlu untuk meneruskan pemakaian kanta keras untuk memdapatkan penglihatan yang baik. Penglihatan anda mungkin akan pulih sepenuhnya selepas bebrapa tahun selepas proses pemindahan ini. Pemindahan kornea untuk keratoconus lazimnya sangat memberangsangkan, tetapi terdapat kemungkinan untuk berlakunya komplikasi seperti penolakan graf, gangguan penglihatan, astigmatisma, kegagalan untuk menggunakan kanta lekap dan jangkitan kuman

Rawatan masa hadapan:

Sejenis rawatan yang dikenali sebagai collagen cross-linking menunjukkan hasil yang memuaskan kepada penghidap keratoconus. Proses ini menggunakan titsan airmata yang khas and sinaran ultraviolet A (UVA) untuk menguatkan tisu di dalam kornea (cross-link). Rawatan ini masih lagi di dalam tahap percubaan di Amerika Syarikat, dan kajian lanjut adalah diperlukan sebelum ia diguna pakai secara meluas.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas keratoconus?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan