Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Lebih daripada 100 produk mengandungi acetaminophen, ubat tahan sakit diluar kaunter (over-the-counter) yang juga wujud dalam pelbagai ubat preskripsi kombinasi. Jika beberapa jenis produk yang sama diambil serentak, individu tersebut telah mengambil acetaminophen berlebihan secara tidak sengaja. Banyak ubat yang digunakan untuk kanak-kanak boleh didapati dalam bentuk cecair, tablet dan kapsul, dan ibubapa mungkin mencuba beberapa jenis ubat serentak atau dalam masa beberapa jam untuk merawat demam atau sakit, tanpa menyedari kesemua ubat tersebut mengandungi acetaminophen.
Acetaminophen adalah ubat yang selamat digunakan walaupun dalam dos yang tinggi, tetapi tidak berbahaya. Untuk menyebabkan keracunan, dos cadangan acetaminophen diambil beberapa kali. Sebagai contoh, individu yang mempunyai berat 68kg secara amnya perlu mengambil 30-325 milligram sebelum berlakunya kesan toksik kerana kemungkinan berlakunya dos berlebihan pada dos yang pertama. Kematian sangat jarang berlaku kecuali individu tersebut mengambil lebih daripada 40-325 milligram tablet. Oleh itu, acetaminophen tunggal berlebihan yang menyebabkan toksik serius adalah tidak disengajakan.
Ketoksikan juga boleh berlaku sekiranya beberapa dos kecil diambil berulang kali. Bagi dos toksik,acetaminophen boleh merosakkan hati dan menyebabkan berlakunya kegagalan fungsi hati.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom lazim keracunan acetaminophen ialah:
Selepas mengambil acetaminophen berlebihan, anda mungkin tidak mengalami sebarang simptom toksik. Anda bebas simptom selama 24 jam selepas mengambil dos toksik acetaminophen.
Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.
Anda perlu menghubungi doktor, pusat kawalan racun atau servis perubatan kecemasan jika anda mengesyaki berlakunya acetaminophen berlebihan.
Adalah penting untuk sesiapa yang disyaki telah mengambil acetaminophen secara berlebihan untuk mendapat rawatan awal sebelum simptom muncul. Rawatan awal memberi hasil yang lebih baik.
Dapatkan penjagaan perubatan kecemasan di jabatan kecemasan hospital dalam situasi berikut:
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas, atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.
Penyakit akibat acetaminophen berlebihan adalah disebabkan kerosakan hati.
Acetaminophen diproses oleh hati. Terlalu banyak acetaminophen mengganggu fungsi normal hati tersebut.
Jika hati telah rosak akibat jangkitan, penyalahgunaan alkohol atau penyakit lain, individu tersebut lebih cenderung untuk mendapat kerosakan lanjut akibat acitaminophen berlebihan. Disebabkan ini, individu yang mempunyai penyakit hati atau individu yang mengambil alkohol secara berlebihan perlu lebih berhati-hati semasa mengambil acetaminophen dan perlu berbincang dengan doktor sebelum mengambilnya. FDA mengesyorkan kepada individu yang mengambil acetaminophen untuk tidak mengambil minuman beralkohol.
Penggunaan acetaminophen dalam dos cadangan dalam tempoh yang panjang tidak berbahaya kepada hati.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor mungkin diagnos keracunan acetaminophen kepada individu yang cuba membunuh diri, kanak-kanak yang diberi ubat batuk dan selsema mengandungi acetaminophen dan individu yang tertelan acetaminophen secara tidak sengaja.
Doktor juga boleh menjangka ketoksikan acetaminophen dengan mengetahui jumlah yang diambil atau lebih tepat paras acetamiophen dalam darah individu tersebut. Paras darah, di antara 4 dan 24 jam selepas menelan ubat, boleh membantu menjangka kerosakan hati yang akan berlaku.
Jika acetaminophen diambil dalam beberapa jam lepas, arang aktif akan diberi kepada pesakit.
Jika paras acetaminophen dalam darah tinggi, acetylcysteine secara amnya diberi secara oral atau melalui saluran darah untuk mengurangkan ketoksikan acetaminophen. Acetylcysteine diberi berulang kali, untuk sehari atau beberapa hari. Antidot ini membantu mencegah kecederaan hati tetapi tidak dapat memperbaiki hati yang telah tercedera. Oleh itu, acetylcysteine perlu diberi sebelum berlakunya kecederaan pada hati. Rawatan untuk kegagalan fungsi hati atau transplan hati juga mungkin diperlukan.
Jika keracunan akibat pengambilan dos kecil berulang kali pada satu-satu masa, menjangka cara hati menjadi rosak adalah sukar. Acetylcysteine diberikan jika ujian menunjukkan kerosakan hati mungkin berlaku dan jika hati telah rosak sebelum ini.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani keracunan acetaminophen:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen