Jerawat Atau Bisul? Apakah Perbezaannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Pelbagai jenis benjolan atau ketulan boleh muncul pada kulit anda. Kadang-kadang apabila ada melihat pertumbuhannya, kurang jelas apa yang anda alami sebenarnya. Benjolan merah atau putih boleh menjadi jerawat, namun begitu, ia mungkin juga bisul. Ini kerana pertumbuhan jerawat atau bisul ini boleh kelihatan sama pada awalnya.

Jerawat atau bisul: Definisi

Jerawat adalah kecil, jangkitan setempat, biasanya dalam kelenjar minyak tunggal di dalam kulit. Jerawat boleh muncul di mana-mana tempat di tubuh anda yang terdapat kelenjar minyak, dan ia umumnya lebih kecil daripada bisul. Terdapat beberapa jenis jerawat yang kelihatan berbeza da dikenali dengan nama lain iaitu bintik putih (whiteheads), bintik hitam (blackheads), papules, pustules dan nodules.

Manakala bisul adalah jangkitan poket di dalam dan di bawah kilit. Istilah perubatan bagi bisul adalah abscess. Bisul biasanya bermula sebagai jangkitan kecil atau kawasan kemerahan dalam folikel rambut, kelenjar kulit atau luka terbuka kecil. Sepanjang hari, poket jangkitan ini akan mengumpulkan nanah, mula membengkak, tisu parut membentuk rongga yang menyakitkan. Rongga ini akan mengembang dan kulit akan bertukar menjadi merah apabila bisul menjadi lebih besar.

Faktor risiko jerawat dan bisul

Jerawat

Jerawat boleh dikaitkan dengan peningkatan usia remaja, tetapi anda boleh mengalaminya tanpa mengira peringkat umur. Anda lebih cenderung untuk mendapatkan jerawat jika mengalami perubahan hormon, seperti semasa akil baligh dan kehamilan, atau apabila anda mula atau berhenti mengambil pil kawalan kelahiran. Beberapa sebab lain jerawat termasuk:

  • Mengambil ubat tertentu, seperti steroid, ubat anti-sawan, atau litium
  • Makan makanan tertentu, termasuk makanan tenusu dan tinggi karbohidrat
  • Menggunakan produk kosmetik yang menyumbatkan liang pori, yang dianggap comedogenic
  • Sedang mengalami tekanan
  • Mempunyai ibu bapa yang mempunyai jerawat

Bisul

Sesiapa sahaja boleh mendapat bisul, tetapi paling biasa dalam kalangan remaja dan golongan dewasa muda, terutama lelaki. Faktor risiko lain termasuk:

  • Mempunyai diabetes, yang menjadikan anda lebih terdedah kepada jangkitan
  • Berkongsi tuala, pisau cukur, atau barang kebersihan peribadi lain dengan seseorang yang mempunyai bisul
  • Mempunyai ekzima
  • Sistem imun yang lemah

Bagaimanapun, seseorang yang mempunyai jerawat juga lebih cenderung mendapat bisul.

Tip kenal pasti jerawat atau bisul

Asal usul

Jerawat disebabkan oleh penyumbatan dalam folikel rambut. Penyumbatan itu disebabkan oleh kelebihan pengeluaran minyak oleh kelenjar minyak di kulit serta penumpukan kulit mati. Sebaliknya, bisul disebabkan oleh jangkitan bakteria di folikel. Bakteria yang menyebabkan bisul dan carbuncles adalah Staphylococcus aureus, atau “staph“. Jangkitan staph adalah akibat daripada bersentuhan dengan orang yang dijangkiti atau bersentuhan dengan item yang tercemar, seperti tuala.

Rupa/Penampilan

Jerawat dan bisul mungkin mempunyai penampilan yang sama, terutamanya jika bisul baru mula terbentuk. Kedua-dua jerawat dan bisul mungkin kelihatan merah dan timbul/membonjol. Walau bagaimanapun, bisul boleh menjadi lebih besar daripada jerawat. Bisul juga boleh bergabung dan membentuk carbuncles, yang merupakan sekumpulan bisul yang menyambung dan membentuk satu kepala. Bisul dan carbuncles biasanya sangat keras dan menyakitkan, sedangkan jerawat tidak keras dan mungkin atau tidak menyebabkan rasa sakit.

Lokasi

Salah satu cara untuk membezakan antara jerawat dan bisul adalah lokasinya. Jerawat selalunya muncul di muka, belakang, dan dada kerana ia adalah tempat kelenjar minyak menjadi terlalu aktif dan menyumbatkan folikel. Sebaliknya, bisul biasanya muncul di kawasan kulit yang terdapat banyak bakteria seperti lipatan kulit, pangkal paha, punggung, ketiak, atau dalaman peha. Walau bagaimanapun bisul dan jerawat juga boleh muncul di sekitar hidung atau di leher. 

Rawatan

Jerawat akan hilang sendiri tanpa rawatan, tetapi anda boleh menggunakan ubat bukan preskripsi atau salap preskripsi atau antibiotik untuk merawatnya. Namun, bisul memerlukan rawatan perubatan. Sekiranya tidak dirawat, Staphylococcus aureus boleh menyebabkan komplikasi yang serius, seperti septisemia, jangkitan otak atau saraf tunjang, jangkitan jantung atau artritis septik.

Bagi rawatan jerawat, jumpa pakar dermatologi jika:

  • Jerawat anda banyak
  • Rawatan bukan preskripsi tidak berfungsi
  • Tidak berpuas hati dengan penampilan diri, atau jerawat menjejaskan harga diri anda

Bisul kecil cukup mudah untuk dirawat sendiri. Tetapi jumpa doktor jika bisul:

  • Muncul di muka atau tulang belakang anda
  • Sangat menyakitkan
  • Lebih besar daripada 2 inci
  • Menyebabkan demam
  • Tidak sembuh dalam masa beberapa minggu, atau terus kembali

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pakai Makeup Bagi Kulit Berjerawat, Boleh Ke? Bagaimana Pula Kalau Berkongsi Alat Solek?

    Rakan baik anda mungkin mengatakan bahawa anda harus berhenti memakai makeup kerana ia menjadi faktor kulit berjerawat anda. Ini ke sebab jerawat tumbuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 19/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Jerawat Muncul Pada Setiap Anggota Badan, Kalau Nak Cegah, Kena Tahu Punca Dulu!

    Masalah jerawat boleh akibatkan tekanan jika tidak dirawat. Jika anda struggle merawat masalah ini, anda harus mengetahui punca jerawat badan dan muka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/07/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Benjolan Pada Alat Sulit, Ini Jerawat Atau Tanda Herpes? Sila Peka Perubahan Ini

    Kalian keliru sama ada herpes atau jerawat yang berlaku pada alat kemaluan anda? Jom klik artikel ini untuk tahu 3 panduan membezakannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 20/07/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Hilang Jerawat, Makan Pil Perancang: Sahih Ke Tidak?

    Pada awalnya, kami juga tidak mempercayainya. Namun, pil perancang benar-benar boleh bantu hilangkan jerawat. Ia adalah salah satu produk hilangkan jerawat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah jerawat

    Hati-Hati Kalau Nak Ambil Pil Jerawat Ini, Kena Faham Kesan Sampingannya Dahulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    kondisi kulit semasa menopaus

    Kulit Boleh Berubah Ketika Menopaus? Ini Yang Perlu Anda Tahu, Jadi Boleh Bersiap-sedia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    bintik putih

    Muncul Banyak Bintik Putih Pada Buah Zakar, Adakah Benar Ia Tanda Kanser Testis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab jerawat

    Bukan Sebab Hormon Sahaja, Beronani Juga Boleh Jadi Punca Jerawat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan