Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Jangkitan Shigella (syigelosis) adalah penyakit usus yang disebabkan oleh keluarga bakteria yang dikenali sebagai shigella. Tanda utama jangkitan shigella ialah cirit-birit, yang sering berdarah.
Shigella boleh disebarkan melalui sentuhan langsung dengan bakteria di dalam najis. Sebagai contoh, ini boleh berlaku dalam suasana penjagaan kanak-kanak apabila ahli kakitangan yang mengendalikan kanak-kanak tidak mencuci tangan dengan cukup baik selepas menukar lampin atau membantu kanak-kanak dengan latihan buang air. Bakteria Shigella juga boleh disebarkan dalam makanan yang tercemar atau dengan minum atau berenang di dalam air yang tercemar.
Kanak-kanak berumur antara 2 dan 4 paling berkemungkinan akan mendapat jangkitan shigella. Bilangan kes syigelosis yang dilaporkan setiap tahun kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention (CDC)) telah berubah sejak beberapa tahun kebelakangan, dari lebih 17,000 sepanjang tahun 1978-2003, kepada paras terendah sebanyak 14,000 pada tahun 2004, kepada hampir 20,000 pada tahun 2007. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom lazim jangkitan shigella adalah:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Hubungi doktor anda atau dapatkan penjagaan segera sekiranya anda atau anak anda mengalami cirit-birit berdarah atau cirit birit yang cukup teruk untuk menyebabkan kehilangan berat badan dan dehidrasi. Juga, hubungi doktor anda jika anda atau anak anda mempunyai cirit-birit dan demam 101 F (38 C) atau lebih tinggi.
Jangkitan berlaku apabila anda secara tidak sengaja menelan bakteria shigella. Ini boleh berlaku apabila anda:
Terdapat banyak faktor risiko untuk jangkitan shigella, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Banyak jenis kuman yang boleh menyebabkan cirit-birit, jadi mengenal pasti sebab akan membantu menentukan rawatan. Penyedia penjagaan kesihatan (Healthcare providers) boleh meminta ujian makmal dilakukan untuk mengenal pasti Shigella dalam najis orang yang dijangkiti. Makmal ini juga boleh membuat ujian khas untuk menentukan antibiotik mana, jika ada, adalah yang terbaik untuk merawat jangkitan.
Jangkitan Shigella biasanya berlangsung dalam lima hingga tujuh hari. Menggantikan cecair yang hilang dari cirit-birit mungkin merupakan satu-satunya rawatan yang anda perlukan, terutamanya jika kesihatan umum anda baik dan jangkitan shigella anda adalah ringan.
Elakkan pengambilan ubat untuk merawat cirit-birit, seperti loperamide (Imodium) atau atropine (Lomotil), kerana ubat-ubat tersebut boleh membuat keadaan anda menjadi lebih teruk.
Antibiotik
Untuk jangkitan shigella yang teruk, antibiotik mungkin memendekkan tempoh penyakit. Walau bagaimanapun, beberapa bakteria shigella telah menjadi bakteria tahan ubat. Oleh itu, adalah lebih baik untuk tidak mengambil antibiotik melainkan jangkitan shigella anda adalah teruk.
Antibiotik juga mungkin diperlukan untuk bayi, orang tua dan orang yang mempunyai jangkitan HIV, dan juga dalam keadaan di mana terdapat risiko yang tinggi untuk menyebarkan penyakit.
Penggantian cecair dan garam
Bagi orang dewasa yang umumnya sihat, air minuman mungkin cukup untuk mengatasi kesan dehidrasi akibat cirit-birit.
Kanak-kanak mungkin mendapat manfaat daripada larutan rehidrasi oral, seperti Pedialyte, yang boleh didapati di kedai-kedai ubat. Kebanyakan farmasi membawa jenama mereka sendiri.
Kanak-kanak dan orang dewasa yang ternyahhidrat teruk memerlukan rawatan di bilik kecemasan hospital, di mana mereka boleh menerima garam dan cecair melalui vena (intravena), bukannya melalui mulut. Penghidratan intravena memberikan tubuh dengan air dan nutrien penting lebih cepat daripada larutan oral.
Gaya hidup dan remedi rumah yang berikut mungkin membantu anda mengatasi jangkitan shigella:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen