Jangkitan Escherichia Coli

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Jangkitan Escherichia Coli?

E. coli (Escherichia Coli) ialah nama sejenis kuman atau bakteria yang tinggal dalam saluran penghadaman manusia dan haiwan.

Terdapat banyak jenis E. Coli dan kebanyakan daripadanya tidak berbahaya. Namun sebahagian daripadanya boleh menyebabkan cirit birit berdarah, anemia teruk dan kegagalan buah pinggang yang boleh mengakibatkan kematian.

Jenis lain E. coli boleh menyebabkan jangkitan saluran air kencing mahupun jangkitan lain.

Apakah kebarangkalian Jangkitan Escherichia Coli?

Jangkitan Escherichia Coli sangat biasa berlaku. Ia boleh terjadi kepada pesakit pelbagai umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Jangkitan Escherichia Coli?

Simptom biasa bagi jangkitan Escherichia Coli adalah:

  • Cirit birit, daripada tahap ringan dan berair hingga tahap teruk dan berdarah.
  • Kekejangan abdomen, sakit atau ketenderan.
  • Loya dan muntah, bagi sesetengah orang.

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda mengalami mana-mana yang berikut: berlarutan, sangat teruk mahupun berdarah.

Punca

Apakah punca Jangkitan Escherichia Coli?

Antara banyak jenis E. Coli, hanya sebahagian yang mencetuskan cirit birit. Satu kumpulan E. Coli – termasuk O157:H7- menghasilkan toksin yang sangat kuat. Ia merosakkan lapisan usus kecil yang boleh mengakibatkan cirit birit berdarah. Anda akan mengalami jangkitan E. Coli apabila anda termakan bakteria jenis ini.

Tidak seperti bakteria-bakteria lain yang menyebabkan penyakit, E. Coli boleh menyebabkan jangkitan walaupun jika anda termakan dalam kadar yang sedikit sahaja. Kerana hal ini, anda boleh sakit disebabkan oleh E. Coli daripada memakan hamburger yang kurang masak atau daripada menelan air kolam yang tercemar.

Sumber pendedahan yang berpotensi antaranya makanan atau air tercemar dan sentuhan manusia-kepada-manusia.

Kebanyakan cara biasa untuk memperoleh jangkitan E. Coli adalah dengan memakan makanan tercemar, seperti:

  • Daging sapi giling. Apabila lembu disembelih dan diproses, bakteria E. Coli dalam usus mereka boleh masuk ke dalam daging. Daging sapi giling menggabungkan daging daripada banyak haiwan yang berbeza. Hal ini meningkatkan risiko pencemaran.
  • Susu tidak dipasteurisasi. Bakteria E. Coli pada puting lembu atau pada peralatan pemerah susu boleh masuk ke dalam susu mentah.
  • Produk segar. Aliran dari ladang lembu boleh mencemarkan ladang di mana hasil segar ditanam. Sayuran tertentu, seperti bayam dan salad sangat terdedah kepada pencemaran jenis ini.

Najis manusia dan haiwan boleh mencemarkan tanah dan permukaan air, termasuk terusan, sungai, tasik dan air yang digunakan untuk mengairi tanaman. Walaupun sistem air awam menggunakan klorin, cahaya ultraviolet atau ozon untuk membunuh E. Coli, sesetengah wabak telah dikaitkan dengan bekalan air perbandaran yang tercemar.

Telaga peribadi adalah punca terbesar untuk dibimbangkan kerana ia selalunya tidak mempunyai sebarang sistem nyah jangkit. Bekalan air pedalaman sangat berkemungkinan untuk tercemar. Sesetengah orang turut terkena jangkitan selepas berenang dalam kolam renang atau tasik yang tercemar dengan najis.

Bakteria E. Coli dengan mudahnya berpindah dari seorang ke seorang yang lain, terutama apabila orang dewasa dan kanak-kanak yang dijangkiti tidak mencuci tangan mereka dengan betul. Ahli keluarga kanak-kanak yang menghidap jangkitan E. Coli khususnya sangat berkemungkinan untuk memperolehnya. Wabak juga berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang melawat zoo binatang dan di kandang haiwan pada pameran daerah.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jangkitan Escherichia Coli?

Terdapat banyak faktor risiko bagi jangkitan Escherichia Coli, seperti:

  • Kanak-kanak kecil dan orang dewasa yang lebih tua berisiko tinggi untuk mengalami penyakit yang disebabkan oleh E. Coli dan komplikasi serius daripada jangkitan tersebut.
  • Sistem imun yang lemah. Orang yang mempunyai sistem imun lemah – daripada AIDS atau ubat yang merawat kanser mahupun mencegah penolakan pemindahan organ – lebih cenderung untuk sakit kesan daripada termakan E. Coli.
  • Memakan jenis makanan tertentu. Makanan-makanan yang berisiko termasuklah hamburger kurang masak, susu yang tidak dipasteurisasi, jus epal atau cider; dan keju lembut diperbuat daripada susu mentah.
  • Musim.
  • Paras asid perut rendah. Asid perut memberi beberapa perlindungan daripada E. Coli. Sekiranya anda mengambil ubatan untuk mengurangkan paras asid perut, seperti esomeprazole (Nexium), pantoprazole (Protonix), lansoprazole (Prevacid) dan omeprazole (Prilosec), anda mungkin meningkatkan risiko mendapat jangkitan E. Coli.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Jangkitan Escherichia Coli didiagnosis?

Untuk mendiagnos penyakit disebabkan oleh jangkitan E. Coli, doktor akan menghantar sampel najis anda ke makmal untuk menguji kehadiran bakteria E. Coli. Bakteria ini mungkin dikulturkan bagi mengesahkan diagnosis dan mengenal pasti toksin yang spesifik, seperti yang dihasilkan oleh E. Coli O157:H7.

Bagaimana pesakit Jangkitan Escherichia Coli dirawat?

Bagi penyakit disebabkan oleh E. Coli, tiada rawatan terkini boleh menyembuhkan jangkitan ini, melegakan simptom mahupun mencegah komplikasi. Bagi kebanyakan orang, rawatan termasuk:

  • Rehat.
  • Cecair bagi membantu mencegah dehidrasi dan kelesuan.

Elakkan pengambilan ubatan anti-cirit birit – hal ini memperlahankan sistem penghadaman anda, menghalang badan anda daripada menyingkirkan toksin. Antibiotik umumnya tidak disyorkan kerana mereka boleh meningkatkan risiko komplikasi yang serius.

Sekiranya anda mempunyai jangkitan E. Coli yang serius, yang menyebabkan sindrom uremik-hemolitik, anda akan dirawat di hospital dan diberi rawatan sokongan, termasuk cecair IV, pemindahan darah dan dialisis buah pinggang.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan Escherichia Coli?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi jangkitan Escherichia Coli:

  • Air jernih. Meminum banyak air jernih, termasuk air, soda dan sup, gelatin serta jus yang jernih. Elakkan jus epal dan pear, kafein serta alkohol.
  • Tambah makanan secara berperingkat-peringkat. Apabila anda mula berasa lebih baik, kekalkan dahulu pada makanan serat rendah. Cuba kraker soda, roti bakar, telur atau nasi.
  • Elakkan makanan tertentu. Produk tenusu, makanan berlemak, makanan serat tinggi atau makanan yang sangat berperisa boleh membuatkan simptom menjadi lebih teruk.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Adakah Saya Perlu Menghabiskan Antibiotik Yang Diberikan?

    Adakah anda perlu berhenti mengambil antibiotik yang diberikan atau menghabiskannya walaupun telah berasa sihat? Ikuti jawapannya disini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/11/2019 . 3 minit bacaan

    Kegagalan Buah Pinggang: Adakah Anda Berisiko?

    Kegagalan buah pinggang adalah salah satu punca morbiditi dan kematian yang utama di Malaysia. Ketahui sama ada anda berisiko untuk mendapatnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 19/04/2019 . 4 minit bacaan

    Sakit Selepas Bercuti, Apa yang Perlu Dilakukan?

    Percutian sentiasa membawa kita kepada pengalaman yang hebat dan kenangan yang manis, malah kadang-kadang kita pulang dengan banyak cenderahati. Anda tidak perlu risau kerana kebanyakan penyakit pasca perjalanan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 18/02/2019 . 2 minit bacaan

    Hati-Hati Jika Anak Sakit Tekak Lebih 3 Hari & Demam Melebihi 38.3°C, Ini Sebabnya!

    Kenali simptom dan cara rawatan demam reumatik. Ia memerlukan ubat antibiotik untuk memastikan pesakit boleh sembuh dengan sempurna.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/12/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan bakteria

    Faraj Berbau Hanyir Selepas Berhubungan Intim? AWAS! Ini Tanda Jangkitan Bakteria

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    pengetip kuku

    BERHENTI Kongsi Pengetip Kuku! Anda Berisiko Dapat Banyak Penyakit Termasuk Hepatitis, Takutnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
    simptom darah tinggi

    5 Tanda Anda Menghidap Darah Tinggi, Salah Satunya Berkaitan Dengan Kencing Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/02/2020 . 4 minit bacaan
    Endokarditis

    Endokarditis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 7 minit bacaan