Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Hematoma intrakranium adalah darah yang terkumpul di dalam tengkorak kepala. Darah yang terkumpul boleh jadi di dalam tisu otak atau di bawah tengkorak, yang mana boleh menekan otak. Hematoma intrakranium boleh mengancam nyawa.
Hematoma intrakranium termasuklah:
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Anda mungkin akan mengalami tanda dan simptom hematoma intrakranium sejurus selepas dipukul pada kepala anda, atau mungkin mengambil masa berminggu-minggu atau lebih lama lagi untuk muncul. Anda mungkin kelihatan baik seperti biasa selepas mengalami kecederaan kepala, tempoh ini dipanggil lucid interval.
Walau bagaimanapun, semakin bertambah masa, tekanan di dalam otak anda meningkatkan, mengakibatkan beberapa atau semua tanda dan simptom berikut berlaku:
Apabila lebih banyak darah memenuhi otak anda atau terdapat ruang sempit di antara otak dan tengkorak anda, tanda dan simptom lain akan kelihatan, seperti:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.
Anda harus hubungi doktor anda jika anda mengalami sebarang masalah berikut:
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.
Punca-punca hematoma subdura
Hematoma subdura biasanya disebabkan oleh pendarahan daripada vena, termasuk vena jambatan, terletak di antara lapisan luar dan tengah tisu yang menyelaputi otak (meninges). Jarang-jarang, hematoma subdura boleh disebabkan oleh pendarahan daripada arteri.
Hematoma subdura boleh jadi akut, subakut, atau kronik.
Punca-punca hematoma epidura
Hematoma epidura disebabkan oleh pendarahan daripada arteri atau vena yang besar (vena sinus) yang terletak di antara tengkorak dan lapisan luar yang menyelaputi otak. Pendarahan sering berlaku apabila fraktur tengkorak telah mengoyak saluran darah. Punca yang paling biasa menyebabkan hematoma epidura ialah kecederaan.
Punca-punca hematoma intraparenkima
Jenis hematoma ini, juga dikenali sebagai hematoma intraserebrum, berlaku apabila darah terkumpul di dalam otak. Terdapat banyak punca, termasuk kecederaan, aneurisme yang pecah, malformasi vaskular, tekanan darah tinggi dan tumor. Terdapat juga penyakit yang boleh menyebabkan darah bocor ke dalam otak tanpa sengaja. Cedera pada kepala boleh menyebabkan banyak hematoma intraparenkima yang teruk.
Kecederaan kepala, sering berlaku akibat kemalangan kenderaan bermotor atau basikal, jatuh, diserang, dan kecederaan ketika bersukan, adalah punca yang paling biasa menyebabkan pendarahan (hemoraj) intrakranium.
Bahkan kecederaan kepala yang kecil juga boleh menyebabkan hematoma. Anda boleh mengalami kecederaan yang serius walaupun tiada bukaan luka, lebam atau kerosakan ketara yang lain.
Risiko hematoma subdural meningkat apabila anda semakin tua. Risiko ini juga meningkatkan pada individu yang:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Hematoma subdura kronik lebih sukar untuk didiagnosis kerana jangka masa antara kecederaan dan simptom yang dialami. Individu yang lebih tua akan mengalami simptom secara beransur-ansur, seperti hilang ingatan dan mengantuk, simptom ini mungkin akan disalah diagnosis sebagai dementia. Pengimbas CT boleh mengesan akut, subakut, dan pelbagai hematoma subdura kronik. Pengimejan resonans magnetik (MRI) khususnya sangat tepat dalam mendiagnosis hematoma subdura kronik.
Hematoma yang kecil dan tidak menyebabkan sebarang tanda atau simptom tidak perlu dibuang. Tetapi oleh sebab tanda dan simptom boleh kelihatan atau bertambah buruk dalam masa beberapa hari atau minggu selepas kecederaan, anda mungkin perlu diawasi untuk melihat perubahan neurologikal, tekanan intrakranium anda akan dipantau dan beberapa siri pengimbas CT kepala akan dilakukan.
Jika anda sedang mengambil ubat penipis darah, seperti warfarin, anda mungkin memerlukan terapi bagi membalik semua kesan ubat tersebut dan mengurangkan risiko pendarahan yang seterusnya. Kaedah bagi membalik semula ubat penipis darah termasuklah menggunakan vitamin K dan plasma beku segar.
Pembedahan
Rawatan hematoma sering melibatkan pembedahan. Jenis pembedahan bergantung kepada jenis hematoma yang anda alami. Pilihan termasuklah:
Penyaliran melalui pembedahan. Jika darah terkumpul pada satu tempat sahaja dan tidak mempunyai banyak darah beku, doktor anda mungkin akan membuat lubang burr melalui tengkorak anda dan menggunakan alat penyedut bagi mengeluarkan cecair tersebut.
Kraniotomi. Hematoma yang besar mungkin memerlukan sebahagian daripada tengkorak anda dibuka (kraniotomi) bagi mengeluarkan darah.
Pemulihan
Pemulihan selepas hematoma intrakranium mengambil masa yang lama, dan anda mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya. Tempoh masa pemulihan yang terbaik adalah sehingga tiga bulan selepas kecederaan, biasanya pesakit akan kurang mengalami peningkatan selepas tempoh ini. Jika anda terus mengalami masalah neurologikal selepas rawatan, anda mungkin memerlukan terapi pekerjaan dan fizikal.
Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi hematoma intrakranium:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen