backup og meta

Fakta Tentang Penyakit Kusta

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    Fakta Tentang Penyakit Kusta

    Penyakit kusta mungkin dianggap sebagai satu penyakit yang misteri bagi sesetengah orang. Kesan yang jelas pada fizikal terutamanya muka dan tangan menyebabkan ia digeruni. Mungkin banyak fakta mengenani penyakit ini yang disalah anggap oleh ramai orang.

    Mari ikuti beberapa fakta mengenai penyakit kusta.

    1. Jangkitan bakteria adalah punca kepada penyakit ini

    Bukan parasit, virus atau ‘buatan orang’.

    Bakteria yang bernama Mycobacterium leprae (M. leprae) adalah penyebab kepada penyakit ini. Bakteria ini berkembang biak dalam kadar yang perlahan. Oleh itu, ia mengambil tempoh yang lama sebelum memberikan sebarang simptom.

    Memandangkan penyebab penyakit ini adalah bakteria, salah satu daripada rawatan utamanya adalah antibiotik.

    2. Kusta mempunyai penawar

    Dakwaan yang mengatakan bahawa pesakit kusta tidak akan sembuh adalah salah sama sekali. Ia mungkin benar 100 tahun yang lalu. Kini, terdapat rawatan yang efektif menggunakan gabungan ubat-ubatan yang terdiri daripada antibiotik, anti-radang, dan ubat yang melemahkan sistem imun.

    Dengan rawatan ini, pesakit tidak lagi perlu merana seumur hidup dan mereka boleh sembuh sepenuhnya daripada kusta.

    3. Sentuhan biasa tidak menyebarkan jangkitan

    Antara stigma dan fahaman yang kurang tepat mengenai penyakit kusta adalah sentuhan dengan pesakit boleh menyebabkan mereka dijangkiti. Ini tidak sepenuhnya benar. Jangkitan hanya akan berlaku jika berlaku sentuhan berulang kali dengan cecair daripada mulut atau hidung pesakit yang tidak dirawat.

    Oleh itu, jangan terlalu takut untuk membantu dan menyantuni pesakit. Selagi mana sentuhan tidak berlaku dengan kerap dan pesakit sedang menjalani rawatan, anda tidak akan mendapat jangkitan tersebut.

    4. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mensasarkan dunia bebas kusta pada tahun 2020

    Kusta masih lagi mencatatkan kes yang tinggi di beberapa negara seperti India, Brazil dan Indonesia. Di peringkat global, sebanyak sekitar 200,000 kes baru setiap tahun melibatkan 145 buah negara di 6 kawasan WHO.

    Strategi utama untuk mencapai matlamat ini adalah dengan menguatkan komitment daripada pihak kerajaan, merawat penyakit serta komplikasinya, dan menghentikan diskriminasi terhadap pesakit.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan