TAK Semua Senggugut Itu Normal, Ada Mungkin Tanda Endometriosis, Ambil Tahu Sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/05/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Senggugut atau sakit semasa haid mungkin merupakan aduan biasa yang dialami oleh wanita. Namun, bukan semua senggugut adalah normal dan biasa lebih-lebih lagi jika ia sampai menjejaskan aktiviti harian sehingga terpaksa mengambil cuti dan tidak mampu bangun dari katil.

Antara sebab yang biasa bagi senggugut seperti ini adalah endometriosis. Penyakit yang kerap berlaku dalam kalangan wanita ini masih agak asing dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Keadaan di mana terdapat tisu lapisan dalam rahim (endometrium) di luar rahim ini bukan sahaja boleh menyebabkan sakit semasa haid, tetapi juga berpotensi menjejaskan kesuburan wanita tersebut.

Endometriosis boleh membuatkan wanita tertekan

Rasa sakit yang teruk semasa haid yang disebabkan oleh endometriosis kadangkala melibatkan seluruh badan. Ada juga wanita yang mungkin boleh pengsan.

Pengalaman seperti ini tentunya membuatkan hidup mereka tertekan. Lebih-lebih lagi, ia bukannya berlaku sekali, tetapi setiap bulan!

Tambahan pula, kesuburan turut boleh terjejas. Ini sudah pasti akan menambah lagi tekanan yang terpaksa dihadapi oleh mereka. Jika tidak ditangani, kualiti hidup mereka akan terjejas.

Oleh sebab itu, kesedaran tentang penyakit ini perlu diperluas. Masyarakat perlu tahu dan mereka yang mengalaminya tidak harus malu untuk mencari bantuan.

Tidak pasti jika disebabkan perasaan malu atau tidak, masih ramai wanita di luar sana yang berdiam diri daripada mendapatkan bantuan sepatutnya.

Pasangan dan ahli keluarga memainkan peranan besar

Orang yang paling hampir dengan pesakit adalah pasangan dan ahli keluarga. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam memberikan sokongan serta membantu mendapatkan bantuan perubatan yang tepat.

Endometriosis adalah penyakit kronik dan kerap datang semula walaupun selepas rawatan. Dalam sesetengah kes, pembedahan mungkin perlu dilakukan selama beberapa kali. Oleh itu, mereka memang sangat memerlukan sokongan.

Selain ahli keluarga, berada dalam satu medium atau kumpulan bersama mereka yang menghadapai keadaan yang sama juga banyak membantu berkongsi maklumat, cerita dan mengekalkan motivasi untuk melawan penyakit ini. Apa yang penting adalah untuk tidak berputus asa kerana setiap ujian itu pasti ada jalan keluarnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Normal Ke Kalau Perut Kembung Ketika Haid? Cuba 7 Cara Atasinya Ini Di Rumah!

    Masalah perut kembung ketika haid atau senggugut sering menghantui wanita di seluruh dunia. Kami kongsikan punca senggugut ketika haid dan 7 cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 22/01/2019 . 3 minit bacaan

    Mengapa Haid Tidak Teratur Sewaktu Bercuti?

    Ketika anda sedang bercuti atau melakukan perjalanan jauh, anda pasti mempersiapkan diri dengan segala kemungkinan, termasuk menghintung hari haid akan datang. Jika haid anda dikira akan muncul bertepatan dengan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 01/10/2018 . 2 minit bacaan

    Haid Tak Teratur, Jadi Bila Waktu Subur?

    Haid tak teratur merupakan satu masalah biasa di mana mengalami ovulasi secara tidak teratur atau dalam beberapa kes, tidak mengalami ovulasi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 24/09/2018 . 2 minit bacaan

    Sakit Perut Sebelah Kanan: Appendisitis atau Bukan?

    Walaupun appendisitis adalah penyebab utama sakit perut sebelah kanan, pelbagai jenis penyakit lain boleh menjadi puncanya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/09/2018 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jadual kitaran haid

    Wanita Jangan Pelik Jika Tiba-tiba Alami Haid Tak Tetap, Ini Faktor Peningkatan Usia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/09/2020 . 3 minit bacaan
    masalah senggugut

    Kaum Hawa Jangan Buat Main Jika Sakit Datang Bulan! Senggugut Boleh Jejas Sistem Peranakan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit endometriosis

    Jaga-Jaga Wanita Bujang, Anda Juga Berisiko Dapat Masalah Kesuburan Seperti Endometriosis!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 29/07/2020 . 3 minit bacaan
    masalah kesihatan wanita

    Awas Ya Ladies, 3 Kondisi Ini Sering Kali Salah Didiagnosis Ketika Pemeriksaan Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 22/03/2019 . 3 minit bacaan