backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Apakah yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ketagihan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/01/2023

    Apakah yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ketagihan?

    Ketagihan dadah, juga dipanggil gangguan penggunaan / penyalahgunaan bahan, adalah pergantungan pada dadah atau ubat yang sah atau tidak sah. Orang boleh menjadi ketagih kepada beberapa bahan serta tingkah laku.

    Definisi

    Ketagihan ditakrifkan sebagai obsesi dengan bahan atau tingkah laku yang merosakkan diri. Ia adalah pergantungan kronik, kompulsif terhadap tingkah laku atau bahan. Jika masalah dalam kehidupan harian anda berlaku apabila anda menggunakan beberapa jenis ubat, anda berkemungkinan mempunyai masalah penyalahgunaan dadah atau ketagihan. Kesudahan yang teruk, bertahan lama, termasuk masalah kesihatan fizikal dan mental, hubungan, kerja boleh tercetus dengan ketagihan dadah.

    Anda boleh ketagih dengan beberapa perkara, termasuk:

    • Dadah
    • Alkohol
    • Tembakau
    • Seks
    • Perjudian
    • Kafein
    • Membeli-belah
    • Senaman
    • Penyamakan (Tanning)

    Punca-punca

    Orang menjadi ketagih kerana kurang kekuatan untuk mengalahkan pergantungan psikologi mereka. Dengan ketagihan, bahagian-bahagian otak – seperti kawalan motivasi, perasaan, ganjaran, dan kepekaan – dirangsang untuk memberi keseronokan. Sebilangan orang dikatakan dengan mudah mendapat ketagihan kerana kimia otak mereka yang khas, sementara banyak doktor membahaskan bahawa sesiapa sahaja boleh mendapat ketagihan.

    Selain itu, faktor alam sekitar, termasuk kepercayaan dan sikap keluarga dan pendedahan kepada kumpulan sebaya yang menggalakkan penggunaan dadah, menyumbang kepada penggunaan awal dadah.

    Faktor-faktor risiko

    Kemungkinan dan perkembangan ketagihan boleh dipengaruhi oleh:

    • Sejarah ketagihan keluarga. Dalam sesetengah keluarga, ketagihan dadah adalah lebih biasa dan lebih berkemungkinan berkaitan dengan predisposisi / kecenderungan genetik
    • Jantina Lelaki. Terdapat lebih besar kemungkinan bahawa lelaki akan mengalami lebih banyak masalah dengan ubat daripada wanita. Selain itu, perkembangan gangguan ketagihan diketahui lebih cepat dalam kalangan wanita
    • Mempunyai gangguan kesihatan mental yang lain. Contohnya, kemurungan, masalah hiperaktif dan kekurangan tumpuan (ADHD), atau gangguan tekanan pasca trauma menjadikan seseorang itu mudah bergantung kepada ubat-ubatan
    • Tekanan rakan sebaya. Salah satu faktor penyumbang paling penting kepada permulaan penggunaan dan penyalahgunaan dadah, terutamanya untuk golongan muda datang daripada tekanan rakan sebaya
    • Kekurangan penglibatan keluarga. Situasi keluarga yang sulit atau kurang ikatan dengan ibu bapa atau adik-beradik anda boleh meningkatkan risiko ketagihan, sama seperti kekurangan pengawasan ibu bapa
    • Mengambil dadah yang sangat menagihkan. Sesetengah ubat, seperti perangsang, kokain atau ubat penghilang rasa sakit, boleh mengakibatkan ketagihan lebih cepat daripada dadah-dadah lain

    Simptom-simptom / Gejala-gejala

    Setiap orang mengalami simptom-simptom yang berbeza. Ia juga bergantung kepada pilihan bahan atau tingkah laku. Walau bagaimanapun, kebanyakan ketagihan mempunyai satu set ciri yang mungkin berlaku sama ada secara tiba-tiba atau dalam tempoh masa yang lama. Ini termasuk:

  • Rasa bahawa anda perlu menggunakan dadah dengan kerap – ini boleh jadi satu atau banyak kali sehari
  • Mempunyai keinginan yang hebat untuk dadah tersebut
  • Memerlukan lebih banyak dadah dari semasa ke semasa untuk mendapatkan kesan yang sama
  • Sentiasa memastikan bahawa anda masih mempunyai bekalan dadah
  • Menghabiskan wang untuk dadah, walaupun ia tersangat mahal
  • Tidak dapat memenuhi kewajipan / obligasi dan tanggungjawab kerja, atau mengurangkan aktiviti sosial atau rekreasi
  • Melakukan segalanya untuk memiliki dadah, seperti mencuri
  • Bersedia untuk menyertai aktiviti berbahaya apabila anda berada di bawah pengaruh dadah
  • Menumpukan lebih banyak masa dan tenaga untuk mendapatkan dan menggunakan dadah
  • Gagal dalam percubaan anda untuk berhenti menggunakan dadah
  • Mengalami simptom-simptom penarikan (withdrawal symptoms) semasa anda cuba berhenti menggunakan dadah
  • Anda boleh mengenali penyalahgunaan dadah dalam ahli keluarga dengan petunjuk berikut, contohnya:

    • Masalah di sekolah atau kerja – biasanya ponteng sekolah atau kerja; secara tiba-tiba tidak suka aktiviti sekolah atau kerja; kejatuhan gred atau prestasi kerja
    • Isu kesihatan fizikal – kurang tenaga dan motivasi
    • Penampilan terabai- kurang perhatian dalam pakaian, dandanan atau penampilan
    • Perubahan dalam tingkah laku – terlalu banyak usaha untuk menghalang ahli keluarga daripada memasuki biliknya atau berahsia di mana dia melepak, atau perubahan drastik dalam tingkah laku dan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan
    • Menghabiskan wang – secara tiba-tiba meminta wang tanpa penjelasan munasabah. Anda mungkin mendapati bahawa wang telah hilang akhir-akhir ini

    Pilihan-pilihan rawatan

    Oleh kerana ketagihan adalah penyakit mental dan fizikal, ia sering dirawat dengan kaedah tradisional seperti terapi dadah dan kaunseling. Malah, ada kumpulan sokongan yang diketuai oleh penagih, untuk penagih. Terdapat juga beberapa ubat yang boleh digunakan untuk merawat ketagihan dadah. Rawatan perubatan kurang tradisional termasuk terapi rangsangan otak seperti terapi elektrokonvulsif (electroconvulsive therapy) atau stimulasi / ransangan saraf vagus. Ini secara umumnya disasarkan kepada orang yang mempunyai lebih daripada satu gangguan, seperti ketagihan dadah bersama-sama dengan kemurungan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan