home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

4 Tip Waktu Bila Anda Patut Ambil Vitamin Semasa Bulan Puasa, Jangan Risau Lagi!

4 Tip Waktu Bila Anda Patut Ambil Vitamin Semasa Bulan Puasa, Jangan Risau Lagi!

Walaupun anda sedang berpuasa Ramadan, selain menjaga amalan pemakanan pengambilan vitamin juga boleh membantu kecergasan dan kecerdasan tetapi ia mungkin sedikit sukar apabila perut dalam keadaan kosong. Lihat tip mudah ini.

Tip pengambilan vitamin

Ambil bersama makanan
Kesan sampingan yang paling biasa yang berlaku apabila mengambil vitamin adalah loya, cirit-birit ringan dan ketidakselesaan perut.

Terutama ketika sedang berpuasa kerana perut kosong. Untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan dan mengehadkan kesan sampingan, kebanyakan pembuat vitamin mengesyorkan anda mengambil makanan tambahan bersama makanan.

Arizona State University juga melaporkan bahawa anda boleh mendapatkan hasil yang lebih baik apabila anda mengambilnya dengan makanan.

Ambil pada masa berbeza
Adalah sebaiknya ada mendapat nasihat daripada doktor atau mana-mana pengamal perubatan sebelum mengambil sebarang vitamin atau suplemen pada bulan puasa.

Ini kerana berlakunya perubahan waktu makan bagi mengelakkan ketidakselesaan perut selepas memakannya.

Sebagai contoh, mengambil vitamin sebelum tidur, mungkin memudahkan anda bertolak ansur dengan suplemen jika berlakui ketidakselesaan.

Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjejaskan tidur anda jika ketidakselesaan itu sangat teruk.

Berhati-hati semasa makan
Semasa Ramadan anda berpuasa lebih kurang 12 jam, maka anda cenderung untuk makan tanpa kawalan.

Mengambil vitamin anda selepas waktu puasa mungkin lebih baik untuk anda. Jika anda mengambil jus semasa berbuka, anda mungkin lebih mudah bertolak ansur jika anda mengambilnya dengan salah satu jus anda.

Atau, jika ketidakselesaan teruk, anda mungkin melangkau pengambilan multivitamin semasa berpuasa.

Kebimbangan dengan puasa
Menurut artikel 2008 yang diterbitkan dalam Today’s Dietitian, puasa dalam jangka panjang boleh menyebabkan keabnormalan elektrolit dan kegagalan jantung.

Puasa juga boleh menyebabkan cirit-birit.

Untuk mengelakkan sebarang ketidakselesaan apabila tidak berpuasa, makan semula makanan pepejal secara perlahan-lahan.

Di samping mengambil vitamin atau suplemen untuk memastikan badan menerima nutrien secukupnya sepanjang Ramadan, anda juga perlu memastikan pengambilan 8 gelas air daripada waktu berbuka hingga sahur bagi membantu badan mendapat bendalir yang cukup supaya tidak membebankan fungsi buah pinggang.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

How to Take Vitamins While Fasting https://www.livestrong.com/article/262739-how-to-take-vitamins-while-fasting/ Accessed 15 May 2018.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 24/04/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor